You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

Dulu, tarikh ini seakan akan hari-hari yg lalu...
Skadar bertandang, menjengah dan berlalu...
Tapi kini, tarikh ini sangat penting bagi diriku...
Kehadirannya telah mengubah coretan helaian buku hidupku...
Kehadirannya seolah enzim pemangkin sinar kebahagian dalam diriku...
Kehadirannya kini insyaAllah tidak akan berlalu dari hati dan mindaku...
Kehadirannya juga inginku sambut tetapi kali ini ku tak mampu...
Apa yang pasti, tarikh ini akan sentiasa mengukir senyuman di hatiku...
Biar adapun ketika itu hatiku tidak menentu kerana sesuatu...

Bukan kerana ramalan zodiac aku menulis entri ini...
Bukan juga kerana jangkauan mindaku dalam tilik-meniliki...
Bukan juga untuk mengangkat atau memuji...
Namun kerana hakikat, fakta yang juga hakiki...
Kerana insan yang lahir pada tarikh ini bagiku amat bererti...
Punyai ciri dan keperibadian yang tersendiri...
Dan kehadirannya dalam hidupku amat ku hargai...=)

Insan yg lahir pada tarikh ini aku kenali 3 tahun yg lalu...
Pada mulanya pandang aku pun dia tak mahu... ;p
Katanya aku sombong, nak bersembang ketika itu pun tak tahu...
Kerana menemani temannya, dia terpaksa berdepan denganku...
Biasa lah, orang KL, suma jahat dan buruk tingkah laku...
Itu pandangan dia dan temannya ketika itu...
Kerana orang KL lah, gejala sosial berbuku buku...
Tapi kini, berlainan pula yang aku tahu...;p

Sejak mula bicara, tiada apa pun kurasa istimewa...
Tapi apa kunampak di mata, orangnya kuat pegangan agama...
Kain membalut badannya sentiasa terjaga, namun percakapannya biasa sahaja...
Mengetahui segala yang fardu ainnya, meninggalkan apa yg kurang diyakininya...
Ada ketika bergurau senda, namun batas pergaulannya tetap dijaga...

Setelah bertemu beberapa kali, terdetik di hati utk lebih mengenali...
Tapi logik la niat suci hanya tersimpan diam tersemat di dalam hati...
Takut kantoi nanti, lubang mana nak sorok mukaku ini... ;p
Perlahan-lahan aku cuba meneliti, semakin lama semakin disenangi...
Orangnya tegas tak kira di mana dia berdiri, namun bergurau tetap ada sesekali...
Punyai perancangan yang agak rapi, masa depannya diusahakan sendiri...
Kelebihannya yang amat ku pasti, dia hidup begitu berdikari...=)
Walaupun bergelar anak dara sunti, jalan hidupnya disuluh sendiri...
Ke mana sahaja dia pergi, fardu ainnya memang dijunjung tinggi...
Namun mungkin terlalu berdikari, egonya ku rasa sedikit tinggi...
Punyai pendirian yg tersendiri, klo nak berdebat dgnnya kena hati-hati... ;p
Dengan ibunya di kampong, stiap minggu pasti dikhabari...
Perbelanjaannya, seorang yang jimat cermat, duit dilabur hanya pada yg bererti...
3 jam menelefon seseorang jika ditimbangi, lebih baik dia menelefon ibu sendiri... =)

Setelah hatinya berjaya kutangkap sipi-sipi...
Maklumlaa, orang yg lahir di tarikh ini mgkin sukar sket utk mengakui... ;p
Semakin aku rasa bertuah andai kata dapat memiliki...
Bukan kerana paras rupa atau bentuk body...
Bukan juga kerana harta benda yg dia miliki...
Dan bukan juga kerana keturunan yg dia warisi...
Namun kerana sesuatu yang sentiasa ada dalam diri...
Di mana Nabi berpesan kalau nak bahagia dunia akhirat, menda ini patut dicari...

Satu perkara yang amat kusuka, pakaian baju kurung sentiasa menjadi keutamaannya =) =)

Setelah ditakdirkan dirinya aku miliki, semakin byk perkara dapat kuselongkari...
Punyai azam yang tinggi sebagai isteri, sememangnya redha Allah yg dia cari...
Redha dengan segala ketentuan yg ditakdiri, tidak mengeluh walopun terpaksa bersusah sendiri...
Terpaksa hidup berjauhan kerana sesuap nasi, stiap pergerakan pasti direport pada suami...
Sikap jujur dan berterus terang sentiasa tersemat di dalam diri...=)
Kenderaan kapcai 2 roda yg aku punyai, tidak sedikit pun dia khuatiri...apatah lagi untuk persoali...
Malah setiap kali aku menunggangi, dia tidak kekok utk naik sekali...=) penah skali dia menunggangi!
Setelah accident tempoh hari, sedikit kerisauan timbul di hati, namun peneranganku dia yakini...
Kerana dia tahu dan menghormati, yang aku punya minat yang tersendiri...
Kenapa kereta belom kubeli, biarlah dia sahaja yang mengetahui...
Satu lagi amat ku pasti, dia punyai sikap toleransi yang amat tinggi...

Andaikata ada sesuatu aku tidak setuju, memang cepat-cepat dia berubah keranaku...
Tapi seandainya sesuatu dia tidak setuju, dia tidak akan terburu-buru...
Perlahan-lahan mendekatiku, pabila sesuai sedikit-sedikit dia bg hint dlu...
Lepas dah nampak aku agak mula setuju, baru dia mengeluarkan segala hujahnya itu...walopun kekadang berbuku-buku ;p
Seperti semua sedia tahu, hidup suami isteri pasti ada perkara yang tak sebulu...
Namun tak pernah dia menghempas pintu, jauh skali untuk naik suara padaku...
Untuk berdiskusi perkara tertentu, secawan air pasti dia siapkan dahulu =)

Pernah sekali dulu aku tegur mengenai egonya itu,
Setiap kali dia bertnyakan feedback utk stiap tindakannya selepas itu... =)
Kini kuyakin dia tahu mana untuk meletakkan egonya itu...pada pandanganku...
Ketika denganku? Sudah pasti tiada lagi kurasa seperti di awalan kenalan dahulu =)
Bahkan setiap masa denganku, tergigit lidah sedikit pun pasti dia mengalah dulu =)

Kenapa aku berani menulis semua ini?
Tidakkah aku takut dia rasa sudah cukup sifatnya sebagai seorang isteri?
Tidakkah ku takut dia akan rasa puas dan bangga diri?
Kerana aku yakin ku tahu siapa insan yg lahir pada tarikh ini...
Punyai sifat rendah diri, bukan pujian yg dia kehendaki, tp kekurangan diri senantiasa dicari...
Setiap hari niatnya di hati, dia ingin perbaiki diri dari hari ke hari...=)
Biar apa pun orang menguji, hanya suami dahulu yang dia cari...=)
Dan di sini aku bukan utk memuji, skadar menghargai pengorbanan seorg isteri...
Seorang isteri yang punya objektif hidup bersama sang suami... =)

Buat insan teristimewa dalam hidupku,
Selamat Hari Lahir utkmu...
Ketahuilah akan dirimu, abg sgt bahagia bersamamu...
Andai ditakdirkan tidurku tidak lagi terjaga selepas itu...
InsyaAllah abg sentiasa meredhai dirimu sebagai isteriku...
InsyaAllah antara dirimu dan diriku, telahku maafkan stiap waktu sebelum tidurku...
Niat di hatiku, doa dari diriku, moga di syurga nnt kita bertemu...
InsyaAllah...

Buat isteriku Nurul ‘Asyikin Bt Mohamed...
Selamat Hari Lahir buat mu...


Tulus,
Abang...

6 comments:

indahnye ayat...=)

abgku sayang Mohamad Hafiz Abd Halin....

terima kasey sangat2 abg for this really2 special entry....
sayang tak tau nak cakap camana....speechless....
yang sayang tau sayang sangat2 terharu dengan apa yang abg luahkan dan kata2 abg...dari kita kenal sampai sekarang kita dah hidup bersama(walaupun sekarang kita dok jauh tapi abg selalu ada dalam hati sayang)abg dah luahkan segalanya.....tq so much abg....

insyaAllah sayang akan berusaha menjadi isteri terbaik untuk abg...saya akan cuba memperbaiki segala kekurangan yang ada pada sayang..susah senang jatuh bangun menagis ketawa semuanya kita akan lalui bersama...semoga kita akan sentiasa dirahmati dan diredhaiNYA....=)

ni adalah hadiah birthday yang sangat2183 bermakna darik abang walaupun abg dan sayang sekarang terpisah beribu2 batu.....tapi sayang tau yang abg sayang sayang dan sayang sayang abg jugak......=)

p/s: abg memang sangat pandai menulis(ni bukan perli na)...indah dan cantik sungguh susunan ayat abg....=)

oh, kak syikin mesti dah rase kat awan ketujuh bila baca ni. sangat mendalam hujah2 hafiz :) korang berdua memang ditakdirkan hidup bersama, insyaAllah sampai syurga. apa lagi kak, hafiz dah jual entri best2 nih, akak beli la pulak. heheh

dayah : erk?!mana yg indahnya, aku taram je suma tuh,huhu...skadar belasah jek...cmne nk baca blog ko eh, aku tgk 1 entri jek arini, yg lepas2?maafla, aku kan buta it ;p

'asyikin : insyaAllah, sama2 kita berdoa supaya kita senantiasa mendpt keredhaanNYA,amin...tq so much for being such a good friend and a good wife :) happy birthday sayang :)

assilla : thanx assilla mendoakan kami smpai ke syurga :) anda bilanya status bujang nk diakhiri? ;p entri best?!hmm...baiklah, sy akan cuba lg pasni...

salam,26 august 2005,tarikh perkahwinan kami..mase tuh jugak mula2 kenal dgn hafiz nih.tak sangka tarikh nih juga hari lahir isteri hafiz..

alhamdulillah,bahagia tgk kawan2 bahagia..doakan kami juga yer..

neeza...senanglah nak ingat besdey saya kan....=)

btw,kami juga doakan hampa n johan bahagia sampai ke syurga...ameen....doakan kami plak lepas ni dapat kawan untuk anak2 hampa....=)