You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...

Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

salam...
entri kali ni adalah satu contest yang aku saja join setelah terlihat di blog iryd.....so nak gambar percutian yang paling menarik, dan aku rasa gambar ni paling menarik tuk aku......hehehehe...mari kita mencuba beramai2 yer.....=)

saya suka gambar ni sebab ............................
1) ni gambar pada hari raya pertama tahun 2010 selepas solat sunat aidilfitri.....kami jalan2 sebab tak dak umah sapa yang kami nak melawat di aidilfitri..=( tapi kami sangat hepi sebab ni merupakan raya pertama kami sebagai suami isteri.....=)
2) gambar ni diambil di taman botani oslo norway, tempat pertama yang saya lawat semasa saya bercuti dengan menjadi suri rumah sepenuh masa selama hampir 2 minggu di oslo....
3) walaupun dalam gambar kami tak sehala tapi insyaAllah pemikiran kami searah dan matlamat kami mardhatillah.....=)


Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go
.
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
.
Insha’Allah
Insha’Allah
Insha’Allah
You’ll find your way
.
Insha’Allah
Insha’Allah
Insha’Allah
You’ll find your way
.
Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
.
Insha’Allah
Insha’Allah
Insha’Allah
You’ll find your way
.
Insha’Allah
Insha’Allah
Insha’Allah
You’ll find your way
.
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
.
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way
.
Insha’Allah
Insha’Allah
Insha’Allah
We’ll find our way
.
Insha’Allah
Insha’Allah
Insha’Allah
We’ll find our way
.
Insha’Allah
Insha’Allah
Insha’Allah
You’ll find your way
.
entri untuk peringatan diri sendiri..ingatlah bahawa setiap kali kita merasa buntu dengan hidup, jangan lupa bahawa Dia sentiasa ada, cuma kita perlu berusaha dan berdoa ke arah jalan yang sepatutnya....Jalan itu akan muncul hanya dengan bantuanNYA......kita hanya mampu berusaha merancang dengan apa yang kita ada namun DIA penentu segalanya dan perancanganNYA adalah yang terbaik......=) jangan susah hati klo rasa susah sebab di sebalik kesusahan itu tersembunyi hikmahnya, namun kita perlu berusaha mencari dimana hikmahnya itu.......
.
usaha + doa +tawakal = Insya'Allah kita akan sentiasa redha dengan apa yang berlaku....
.
p/s lirik diatas dicopy dari lagu maher zain....


Salam…


Entri kali ni sekadar menceritakan perjalanan yang tak pernah aku impikan dalam hidup. First time dan aku keseorangan kecuali Dia menemaninya bersama iringan doa dari suami tercinta, family dan shabat handai.

Oslo here I come……hehehe….demi tuk berjumpa hasben tercinta, setakat naik flight hampir 13 jam tu apalah sangat kan……=)

Aku mulakan perjalanan dari KLIA dihantaq oleh anak2 sedara beserta ibu bapanya…….jenama syarikat penerbangan yang aku naik…..tak penah aku travel sejauh ni dan sorang2 lah pulak…tapi demi untuk berjumpa suami tercinta, ya, aku kena kuatkan semangat dan tak henti2 berdoa semoga semuanya dipermudahkannya….

Dalam flight, aku rasa tak berada di negara sendiri sebab penuh manusia2 yang sangat asing…..Awal penerbangan, mula2 tgk video, last2 bila sedaq aku dah nak sampai Amsterdam..lama betoi aku tehele……dinner semua aku terlepas, sekadar brekpes tapi tu pun tak sempat sebab waktu soq dah abeh pun…..kesimpulannya aku sekadar minum sky juice ja…..memang betoi2 sky juice lah sebab aku kat sky pun time tu.=)..badan ja kat sky tapi minda aku dah mendarat dulu ke bumi oslo…hehehe…..bila terjaga, sembang2 skit dengan org sebelah, then kepala menerawang kembali apa yang bakal berlaku satg…

B4 landed, Alhamdulillah aku tak payah pening2 nak carik next gate tuk naik flight pi oslo…..info2 yang diberi sangat memudahkan aku….sempat pi toilet sat then continue balik journey aku….adus….punyalah besaq schiphol airport ni…memang xcercise berjalan lebih kurang 1.5km kot….

Ya, dan akhirnya aku masuk ke dalam flight yang akan membawaku ke tempat yang dah hampir sebulan lebih aku menghitung hari……..=)


Dari Amsterdam ke Oslo amek masa dalam lebih kurang 2 jam….tengok awan kat luaq rasa macam nak lompat kluaq n jalan2 atas awan tu…hahaha… Subhanallah memang sangat indah ciptaanNYA…..time ni aku dok terbayang citer kartun pony……tapi yang pasti aku bukan pony ok..so jangan cuba memandai tuk buat apa yang pony buat…itu semua khayalan belaka....huhuhuu

alhamdulillah akhirnya setelah amek beg yang sarat dengan makanan, aku sampai jua ke tempat dituju dan sudah semestinya wajah yang sangat dinanti2 lah muncul dulu bila aku kluaq ja pintu arrival hall tu........fuh, memang hilang terus semua rasa penat naik flight tu.......(sila abaikan muka baru bangun tiodq tu yer, ditambah plak kewangian akibat belum berjaya merasa ayaq free di oslo..=P )
Dan kegumbiraan memang tak terungkap time tu sebab dah dapat jumpa org yang lama ku nanti setelah hampir sebulan setengah tidak ketemu……


Dan aku menghabiskan masa 2 minggu aku di Oslo…..gambarnya nanti aku masukkan dalam entri yang lain sebab kalau masuk entri ni gak panjang sangat jadiknya…..
Setelah 2 minggu, dan sampailah waktu2 yang sangat2 menyedihkan….time to go back to Malaysia..aku bukan sedih nak tinggal Oslo, tapi aku sedih sebab nak tinggalkan hasben aku…nak kena tunggu lagik sebulan setengah untuk dia kembali ke tanah tumpah darah kami…huhuhu….perasaan time ni sangat sukar digambarkan….moga perasaan sebegini akan sentiasa mengingatkan kita padaNya dan supaya kami suami isteri akan sentiasa menghargai antara satu sama lain…….

Dari oslo, aku terbang balik ke Amsterdam airport dan dengan kalutnya aku ke gate tuk amek flight balik ke Malaysia….dahlah masa diberi 30 minit ja…..dengan airport yang besaq tu, semput gak aku berjalan dengan laju……

tgh tunggu boarding tiba2 depa announce ada aircraft prob plak…jadi, KLM terpaksa rearrange balik penumpang2……yang tragisnya akan ada yang tak dapat naik flight malam tu dan kena stay overnight kat Amsterdam. Adus, parah ni…..tunggu punya tunggu, last2 aku tercampak lagik semalam kat Amsterdam…tak pasai2 dapat vacation free lah plak….hotel bagai semua depa tanggung….


nilah flight yang menyebabkan aku tak leh balik malaysia malam tu.......

seb bek aku jumpa dua Malaysian…..aku follow ja depa tuk pi hotel semua…klo tak dak depa memang terpaksa meredah gak bumi yang kalah piala dunia tahun ni…..risau gak wooo, sorang2…klo hilang tak dak sapa sedaq kehilangan aku kat amsterdam tu…..dan time tu memang tak putus2 aku dok gtau hasben aku apa perkembangan yang berlaku…..dan Alhamdulillah akhirnya aku sampai ke hotel dengan selamatnya…..

sedeynya dalam hati, kalau ku tahu flight akan delay camni, lebih baik aku stay lagik semalam kat oslo, at least ada suami di sebelah……..huhuu…tapi tulah kita merancang, Dia juga merancang dan Dia adalah sebaik2 perancang…..


hotel buley tahan tapi klo dah sorang memang tak bermakna ketahanannya....basah katil tu dengan lelehan ayaq mata + ayaq hinguih skali kot...=(


skit2 pemandangan kat amsterdam yang aku sempat snap dalam bas n area dekat2 hotel aku tidoq......bunga tulip yang femes kat holland tu memang tak daklah sebab aku tau aku tercampak kat Amsterdam ja tapi tak tau Amsterdam part mana..maybe aku kat ulu Amsterdam kot....


cakap flight delay ni rupa2nya ada dekat 100 org yang kebanyakannya Malaysian yang tak dapat balik malam tu….oh, masih ramai lagi rupanya….btw, tima kaseylah sesangat pada 2 malaysian yang tolong aku kat Amsterdam itu..sorang lelaki melayu, n sorang lelaki india…siap belanja aku makan lagi……Alhamdulillah ada kedai menjual makanan halal kat Amsterdam airport..jadik tak daklah aku kelaparan….klo tak pun, aku nak telan biskut yang dibekalkan suami aku semalam ja….
bergambaq sat bersama baju yang dah diapakai hampir dua hari....
kat Amsterdam ni disediakan tempat tuk solat....tapi depa buat tuk semua agama.....yang pasti tuk Muslim punya bahagian solat, depa sediakan sejadah, Al-Quran n tunjuk arah kiblat dengan jelas...
Dari Amsterdam, aku kena naik flight ke Bangkok dulu...aku naik KLM…dari Bangkok ke KLIA aku naik Lufthansa…ni first time aku dengaq nama ni..pelik gak..ingat Thailand punya airlines dan aku dok terpikiaq maybe flight pun macam firefly kot tapi jangkaan ku meleset…bley tahan besaq gak aircraft yang aku naik ni….

suvarnabumi airport yang buley tahan gak besaqnya.......yang ni lagik letih berjalan dari Amsterdam Airport aku rasa...2km kot aku jalan2 dalam airport tu.....

setelah hampir 16 jam perjalanan termasuk waktu transit kat Bangkok, Alhamdulillah akhirnya aku sampai ke KLIA dengan selamatnya jam 6.30 pm hari rabu 22 September 2010……..sepatutnya hari ni adalah first anniversary kami berdua mengikut kalender omputih….klo calendar hijrah jatuh pada hari raya ke 3..insyaAllah ada rezeki tahun depan leh celebret kot......

Untuk semua, janganlah rasa gundah gulana sangat andai apa2 pun yang terjadi…yakinlah bahawa Dia sentiasa ada bersama2 kita……..
tiba2 terngiang2 plak lagu mirwana hikmah kembara kat telinga....
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur
di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia
setiap yang berlaku ada hikmahnya........=)