You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

assalamualaikum....

tuk kali ni mari kita bercerita tentang pasai puasa dan hari raya di oslo..puasa dan raya pertama bersama suami serta pertama kalinya tak beraya bersama famili di malaysia.....
aku sempat berpuasa sehari ja di oslo memandangkan kat sini raya lebih awal..oslo raya hari khamis dan malaysia raya hari jumaat....aku sampai oslo hari rabu jadi sempatlah berbuka bersama suami di bulan Ramadan buat pertama kalinya sejak menjadi suami isteri...tapi rasanya macam puasa hampir 24 jam jugak sebab waktu m'sia dan norway yang berbeza.stat naik flight dari klia dalam pukul 12 malam waktu m'sia dan sampai ke oslo dalam pukul 9 waktu norway...beza masa oslo n norway adalah 6 jam waktu tu...bila sampai ja oslo aku berpuasa sampai pukul 8 malam...jadi bila dikira2 rasanya adalah dekat 25 jam tak makan...sepatutnya ada diner dalam flight tapi memandangkan aku terhele awal jadik terpaksalah berpuasa tanpa sahur...(tu salah diri sendiri) tapi alhamdulillah taklah rasa lapar sangat dan dapat menyempurnakan ibadat tersebut.
ni adalah menu pertama aku di bumi oslo.....burger ayam dari sweden dengan salad yang sangat sedap ditambah cheese dan sos cili bawa dari m'sia serta air suam memang sangat menyelerakan...gigitan pertama tu memang sangat nikmatlah rasa ditambah plak ni hasil tangan air suami..lagiklah sedap rasanya....=)

hari raya kali ni makan yang simple2 ja...aku sempat buat rendang menggunakan perencah daripada kedai mak cik kat jasin..tapi memang sedap...then ada rebus ketupat skit tuk kami berdua...rendang ni sempat gak bawak tuk kak mar n famili sebab nak beraya kat rumah dia malam tu....
kat atas adalah menu kami di pagi hari raya...ekceli sepatutnya makan waktu berbuka tapi memandangkan burger dah membuatkan kami sangat kenyang jadik kami makan ni di pagi raya b4 pi solat sunat....sayur kubis dengan sambal udang yang dimasak oleh chef Hafiz..=) sangat sedap tapi agak pedas sebab cili2 kat sini semuanya pedas..bayangkan cili padi tu depa jadikan cili kering...adus, 5 biji ja pun dah buley berasap rasanya...tq so much abg ;-)
ni plak biskut raya kami....sebab apa banyak sangat almond london? sebabnya encik Hafiz sangat suka makan kuih daripada cekelat n kacang2....almond london aku buat dengan kak not....semperit mak buat dan popia simpul tu mama buat......sangat sedap semuanya....=) lupa plak tart nenas tu beli dengan adik assila....

ni kami di pagi raya tengah bersiap2 nak pi solat sunat aidilfitri.....


siang raya kami memang tak kemana2 sekadar bergambar dekat taman botani then lepas tu dok rumah sambil makan2 n tengok fb..hehehe...tapi malam tu baru pi beraya ke rumah kak mar...rumah kak mar ni ala2 malaysia hall gaklah kat oslo ni...kat norway tak dak apa2 pejabat kedutaan atau pesuruhjaya tinggi dan kalau ada pun kat stockholm sweden...jadiknya umah kak marlah tempat berkumpulnya semua orang2 malaysia kalau nak buata ap2 event....famili kak mar ni memang ramah tamah........malam tu gerak pi rumah kak mar n tido kat sana sebab esoknya kak mar nak buat makan2 skit sempena aidilfitri....alhamdulillah time ni dapatlah jumpa ramai orang malaysia....=)

sekitar majlis makan2 sempena aidilfitri....tuan rumah yang berbaju melayu maroon...

ni bersama sebahagian orang malaysia kat oslo...tuan rumah yang berbaju hitam putih dan bertudung hitam....yang lain2 tu semuanya stay kat oslo sebab depa kawen ngan orang norway....
ni plak anak kak farah....bapak mat norway mak minah malaysia lalu lahirnya anak yang sangat cute ini.....
keseokannya pada hari sabtu ada plak makan2 kat rumah kak ayu (yang membelakangkan kamera tu)...alhamdulillah meriah jugak raya kami kat oslo walaupun sedey jugak sebab jauh darik famili....alhamdulillah kami diberikan pengalaman yang berharga untuk beraya di bumi orang...walaupun tak semeriah di malaysia tapi aku hepi sebab dapat beraya bersama suami untuk kali pertama setelah kami dinikahkan pada raya ketiga tahun sebelumnya..Alhamdulillah.....=)
lepas ni kita jalan2 sekitar oslo plak yer.....=)
to be continued....


assalamualaikum....

setelah sekian lama ni baru rasa ada semangat tuk mengupdet blog ini....dah lama sangat dok umah rasa malas mencengkam untuk menupdet blog..tapi sebagai kenangan di masa hadapan..lalu kugagahkan juga untuk menupdet blog kami ini....=) banyaknya gambaq2 jalah kot dengan sikit2 penerangan tuk dikongsi bersama semasa berada di bumi asing...hehehehe..btw, sorilah klo ada setengah cerita tu telah diceritakan oleh Encik Hafiz...repeat dua, tiga atau empat kali pun takpa kan....=)

tengok yang belakang tu ada rupa2 masjid dak? mostly masjid kat sini memang attach ngan bangunan lain dan biasanya kat corner2 ja..tapi masjid depa nampak ja macam tu dalam Alhamdulillah besaq n muatlah nak menampung jemaah tuk solat jumaat..yang aku sempat pi masjid Pakistan waktu solat hari sunat hari raya aidilfitri tapi bukan masjid dalam gambaq ni...aku pi masjid lain....memang sangat asing rasanya berada dalam masjid bersama2 ngan orang yang lain tapi Islam menyatukan semua manusia tak kisahlah apa pun warna kulitnya...kebanyakannya Muslim kat sini orang Pakistan tapi yang tak bestnya depa pun macam ada berpuak2 jugak....huhuhu...

inilah tempat pertama yang hasben aku bawak tuk berjalan2 di pagi raya..memandangkan tak dak rumah sapa2 nak diziarah lagik tuk hari ni so kami mengambil keputusan melakukan ziarah ke sekitar taman botani yang terletak kira2 5 minit dari apartmen kami....cantek gak sebab ni dah hujung2 spring n nak masuk autumn...daun masih belum berguguran dan time spring tak environmentnya hampir sama ja ngan Malaysia cuma suhu ja lebih sejuk dari Malaysia..rasanya macam kalau kita dok kat Cameron Highland ja suhunya....

yang belakang tu apartmen yang suami aku sewa..rasanya gambaq apartmentnya dah ada dalam entri hasben aku yang terdahulu....tingkat empat tu...sangat bagus tuk exercise..bila turun rasa tak nak naik dah...dan bila naik rasa malas nak turun2...hehehehe.......tapi tuk berjalan2 di sekitar oslo ni agak best sebab selalunya cuaca tidak terlalu panas...ala2 suam2 kuku gitu...(erk ada ka term tu tuk suhu =P)
next adalah entri pasai raya kami di oslo....later i'll update k.....=)
to be continued.....................................................



Sempena hari lahir abg yang ke 28, sayang harap semoga hidup kita bersama sentiasa diredhai dan dirahmatiNya...
Alhamdulillah sayang sangat bahagia bila kita dapat hidup bersama dalam erti kata hasben n wife yang sebenaqnya selama hampir sebulan setengah lalu...kita mangkit pagi n bila nak tidoq malam dapat menghadap muka yang sama =)

insyaAllah harapnya suatu hari nanti kita akan dapat kembali merasai kehidupan seperti itu untuk sepanjang hidup kita.....=)

pejam celik, pejam celik tak terasa masa yang berlalu walaupun sebenarnya dah hampir 1 tahun 4 bulan kita disatukan sebagai suami isteri....rasa macam baru semalam jer nikah...hehehe...setakat ni dah macam2 kita lalui dan share bersama....moga kebahagian kita ini akan sampaia ke syurga...dan alhamdulillah dah macam2 kita belajar dalam saling mengenali antara satu sama lain serta meneruskan kehidupan bersama di muka bumi ini...

insyaAllah syg sentiasa menanti kepulangan abg dan semoga kerja2 abg disana berjalan dengan lancar dan sentiasa dipermudahkanNYA......ameen......

Selamat Hari Lahir Encik Mohamad Hafiz Bin Abd Halin...2.1.2011
Suamiku dunia dan akhirat......
Moga kebahagiaan kita bersama sampai ke syurga....
syg sangat suka gambaq ni sebab bila tengok abg happy syg pun rasa sangat happy....=)
p/s : sori entri ni sangat lambat sebab besdey abg dah lama lepas...huhuhu..tapi sayang nak letak gak supaya nanti bila belek2 blog ni kita akan sentiasa ingat kan....=)