You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers


Setelah sebulan di perantauan lagi… ;) 

Pagi ini, aku masih sendiri…
Mengenangkan perjuangan seorang isteri yg kini bergelar Umi,
Cuba menghargai pengorbanan seorg puteri, yg mungkin tak pernah beliau fikiri,
Namun dek kerana kepentingan suami, atas sokongan yang tak berbelah bahagi,
Keputusan ini beliau ambil dengan sepenuh hati…

Andai tertanya kenapa tetiba ada entri ini...
Aku skadar cuba utk mengingati
Payah jerihnya pengorbanan seorg isteri dan seorg umi
Yang aku tinggalkan apabila anak ketiga kami berusia 40 hari
Yang mana ketika itu pantangnya mungkin tinggal beberapa hari lagi
Yang mungkin mengharapkan adanya suami di sisi stiap hari
Yang mengharapkan kasih dan sokongan insan bergelar suami
Namun kerana sesuap nasi, beliau redha aku dihantar ke perantauan lagi

Kenapa dah sebulan baru diingati?
Percayalah, tiada suami yg inginkan keadaan sebegini
Meninggalkan family, anak2 dan isteri utk kesekalian kali
Cuma ku tangguhkan penulisan ini, walaupun stiap hari terasa sepi
Kekuatan mental seharusnya diuji, itu yg kulakukan buat sygku sijantung hati
Tak mahu dirintih menanggung rindu setiap hari
Tak mahu ditulis tentang hati dalam stiap text yg dikirimi
Agar kekuatan dibina dari hari ke hari
Mungkin satu hari nanti, aku selamanya tiada disisi
Sekurang2nya, Allah telah memberi pelan dan kekuatan yg rapi buat kami

Aku hanya seorg insan yg tidak pandai menghargai
Memberi kata romantis, bunga and ayat indah apatah lagi
Tabahlah hatimu wahai sang isteri sijantung hati
Menerima takdir suamimu mmg sebegini ;p
Yang percaya dan yakin perasaan itu masing2 alami
Hanya tingkah laku dan perbuatan akan dizahiri…

Bukan senang menjaga anak2 yg masih kecil
Ditambah pula dikurniakan baby yg comel…(mcm daddy!)
Stiap pagi kejutkan si kembar dari katil
Kena mandi, siapkan bju dan jaga baby sambil2
Ke skolah beranta dan petang berambil
Namun sang umi tak pernah mengomel
Apatah lg memasamkan muka yg smakin comel ;p
Cuma mungkin terkadang mulutnya terbebel ;p

Baby comel pun perlukan umi
Untuk dptkan bekalan penuh nutrisi
Selang 3 jam merengeklah kembali
Mengharap belaian utk kesekian kali

Waktu mengepam nak kena atur,
Agar pengeluaran bekalan tersusun dan teratur,
Namun kadang kala terlepas, terlanjur atau tertidur,
Rasa bersalah namun masih tetap bersyukur

Waktu rehat yg sering tak cukup,
Waktu tidur yg sentiasa tersangkut,
Waktu mandi yg sememangnya terbantut,
Waktu berak, kompem tak sempat kentut!

Waktu makan tak pernahnya tetap
Masa makan kompem ketogori pelahap
Bukan kerana mknannya sedap
Hanya nak dptkan tenaga di kala waktu tersingkap!

Bila makan pun dah tak sempat
Jangan tnya masak boleh dak buat
Namun kehebatan sang isteri mmg tak tergugat
Sempat jugak masak simple2 beliau bersilat!

Memandu kereta sendiri utk check-up baby
Tak suma org mampu buat sendiri
Cuba bagi baby kat suami p sorg diri
Mulalah gelabah alasan tetek laki takdak nutrisi!

Balik skolah si kembar nak bersukan
Teman berbasikal antara kewajipan
Bukan senang nk kawal 2 org berkayuhan
Cmno nak buat klo sorg ke utara sorg ke selatan?!

Penat kejar basikal nak singgah pulak ke taman
Memang sihat badan umi hampa kerjakan
Baru nak duduk berehat di kerusi disediakan
Memanjat manjat pulak depa dan kengkwn!!

Balik taman nak kena mandi dan makan,
Nasib baik ada org taman tolong masakkan ;p
Ingt lepas bg mkn nak rehatkan badan,
Tetiba teriak sbb berebut mainan!!

Waktu malam sang umi belum lelap
Tapi anak2 dah selamat tido
Bangun nak makan malam dalam gelap
Badan menyirap terpijak lego!!!

Keadaan di atas bukti tertera,
Andai tertnya dimana kuatnya kaum hawa,
Kalo kaum adam kena ikut setara,
Tentu lembik lutut dan mintak nyawa!

Buat isteriku Asyikin si jantung hati
Terima kasih tak terhingga atas pengorbanan selama ini
Mmg ucapan saja tak cukup untuk menghargai
Beritahulah abg andai dapat abg perbaiki

Buat isteriku Asyikin si jantung hati
Maafkan abang andai tersusah seorang diri
Apa yg mampu, akan terus abg penuhi
Tak mungkin terbalas jasamu sampai mati

Buat isteriku Asyikin si jantung hati
Pengorbanan dan jasamu tiada tandingi
Kalo diukur sehingga ke hari ini
Tiada sedikit pun kurang sebagai isteri dan seorg umi!

Cukup la dlu entri setakat ini
Takut lama2 air mata meleleh di pipi
Sememangnya itu paling ditakuti
Mental koyak kita kena hindari!

Kalo takut mental koyak,
Jangan baca berulang kali,
Meh sini org hensem ghoyak,
Insyaallah lagi 2 minggu sang suami kembali ;p
Insyaallah…