You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...

Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

tak payah nak tunggu wiken tuk jumpa....
tak payah lagik nak call, sms setiap hari....
duduk serumah.......
mangkit pagi n nak tidoq jumpa muka yang sama....
masak makanan feveret selalu........
sebelum pi gheja dapat cium tangan dulu.......
setiap kali time solat leh jemaah skali or maybe ikut pi jemaah skali ka..
dan macam2 lagiklah yang aku nak buat.....huhuuhuu
ya...aku sangat mengharapkan dan berdoa agar dapat selalu berada di sisi, tak kisahlah sebelah kiri or kanan insan ini......=(

sangat tidak best bila anda bergelar isteri tapi tidak berada dekat dengan suami....klo kira dekat dari segi hati tu insyaAllah sentiasa rasa dekat tapi sekarang nak dekat dari segi fizikal...........

Dulu, tarikh ini seakan akan hari-hari yg lalu...
Skadar bertandang, menjengah dan berlalu...
Tapi kini, tarikh ini sangat penting bagi diriku...
Kehadirannya telah mengubah coretan helaian buku hidupku...
Kehadirannya seolah enzim pemangkin sinar kebahagian dalam diriku...
Kehadirannya kini insyaAllah tidak akan berlalu dari hati dan mindaku...
Kehadirannya juga inginku sambut tetapi kali ini ku tak mampu...
Apa yang pasti, tarikh ini akan sentiasa mengukir senyuman di hatiku...
Biar adapun ketika itu hatiku tidak menentu kerana sesuatu...

Bukan kerana ramalan zodiac aku menulis entri ini...
Bukan juga kerana jangkauan mindaku dalam tilik-meniliki...
Bukan juga untuk mengangkat atau memuji...
Namun kerana hakikat, fakta yang juga hakiki...
Kerana insan yang lahir pada tarikh ini bagiku amat bererti...
Punyai ciri dan keperibadian yang tersendiri...
Dan kehadirannya dalam hidupku amat ku hargai...=)

Insan yg lahir pada tarikh ini aku kenali 3 tahun yg lalu...
Pada mulanya pandang aku pun dia tak mahu... ;p
Katanya aku sombong, nak bersembang ketika itu pun tak tahu...
Kerana menemani temannya, dia terpaksa berdepan denganku...
Biasa lah, orang KL, suma jahat dan buruk tingkah laku...
Itu pandangan dia dan temannya ketika itu...
Kerana orang KL lah, gejala sosial berbuku buku...
Tapi kini, berlainan pula yang aku tahu...;p

Sejak mula bicara, tiada apa pun kurasa istimewa...
Tapi apa kunampak di mata, orangnya kuat pegangan agama...
Kain membalut badannya sentiasa terjaga, namun percakapannya biasa sahaja...
Mengetahui segala yang fardu ainnya, meninggalkan apa yg kurang diyakininya...
Ada ketika bergurau senda, namun batas pergaulannya tetap dijaga...

Setelah bertemu beberapa kali, terdetik di hati utk lebih mengenali...
Tapi logik la niat suci hanya tersimpan diam tersemat di dalam hati...
Takut kantoi nanti, lubang mana nak sorok mukaku ini... ;p
Perlahan-lahan aku cuba meneliti, semakin lama semakin disenangi...
Orangnya tegas tak kira di mana dia berdiri, namun bergurau tetap ada sesekali...
Punyai perancangan yang agak rapi, masa depannya diusahakan sendiri...
Kelebihannya yang amat ku pasti, dia hidup begitu berdikari...=)
Walaupun bergelar anak dara sunti, jalan hidupnya disuluh sendiri...
Ke mana sahaja dia pergi, fardu ainnya memang dijunjung tinggi...
Namun mungkin terlalu berdikari, egonya ku rasa sedikit tinggi...
Punyai pendirian yg tersendiri, klo nak berdebat dgnnya kena hati-hati... ;p
Dengan ibunya di kampong, stiap minggu pasti dikhabari...
Perbelanjaannya, seorang yang jimat cermat, duit dilabur hanya pada yg bererti...
3 jam menelefon seseorang jika ditimbangi, lebih baik dia menelefon ibu sendiri... =)

Setelah hatinya berjaya kutangkap sipi-sipi...
Maklumlaa, orang yg lahir di tarikh ini mgkin sukar sket utk mengakui... ;p
Semakin aku rasa bertuah andai kata dapat memiliki...
Bukan kerana paras rupa atau bentuk body...
Bukan juga kerana harta benda yg dia miliki...
Dan bukan juga kerana keturunan yg dia warisi...
Namun kerana sesuatu yang sentiasa ada dalam diri...
Di mana Nabi berpesan kalau nak bahagia dunia akhirat, menda ini patut dicari...

Satu perkara yang amat kusuka, pakaian baju kurung sentiasa menjadi keutamaannya =) =)

Setelah ditakdirkan dirinya aku miliki, semakin byk perkara dapat kuselongkari...
Punyai azam yang tinggi sebagai isteri, sememangnya redha Allah yg dia cari...
Redha dengan segala ketentuan yg ditakdiri, tidak mengeluh walopun terpaksa bersusah sendiri...
Terpaksa hidup berjauhan kerana sesuap nasi, stiap pergerakan pasti direport pada suami...
Sikap jujur dan berterus terang sentiasa tersemat di dalam diri...=)
Kenderaan kapcai 2 roda yg aku punyai, tidak sedikit pun dia khuatiri...apatah lagi untuk persoali...
Malah setiap kali aku menunggangi, dia tidak kekok utk naik sekali...=) penah skali dia menunggangi!
Setelah accident tempoh hari, sedikit kerisauan timbul di hati, namun peneranganku dia yakini...
Kerana dia tahu dan menghormati, yang aku punya minat yang tersendiri...
Kenapa kereta belom kubeli, biarlah dia sahaja yang mengetahui...
Satu lagi amat ku pasti, dia punyai sikap toleransi yang amat tinggi...

Andaikata ada sesuatu aku tidak setuju, memang cepat-cepat dia berubah keranaku...
Tapi seandainya sesuatu dia tidak setuju, dia tidak akan terburu-buru...
Perlahan-lahan mendekatiku, pabila sesuai sedikit-sedikit dia bg hint dlu...
Lepas dah nampak aku agak mula setuju, baru dia mengeluarkan segala hujahnya itu...walopun kekadang berbuku-buku ;p
Seperti semua sedia tahu, hidup suami isteri pasti ada perkara yang tak sebulu...
Namun tak pernah dia menghempas pintu, jauh skali untuk naik suara padaku...
Untuk berdiskusi perkara tertentu, secawan air pasti dia siapkan dahulu =)

Pernah sekali dulu aku tegur mengenai egonya itu,
Setiap kali dia bertnyakan feedback utk stiap tindakannya selepas itu... =)
Kini kuyakin dia tahu mana untuk meletakkan egonya itu...pada pandanganku...
Ketika denganku? Sudah pasti tiada lagi kurasa seperti di awalan kenalan dahulu =)
Bahkan setiap masa denganku, tergigit lidah sedikit pun pasti dia mengalah dulu =)

Kenapa aku berani menulis semua ini?
Tidakkah aku takut dia rasa sudah cukup sifatnya sebagai seorang isteri?
Tidakkah ku takut dia akan rasa puas dan bangga diri?
Kerana aku yakin ku tahu siapa insan yg lahir pada tarikh ini...
Punyai sifat rendah diri, bukan pujian yg dia kehendaki, tp kekurangan diri senantiasa dicari...
Setiap hari niatnya di hati, dia ingin perbaiki diri dari hari ke hari...=)
Biar apa pun orang menguji, hanya suami dahulu yang dia cari...=)
Dan di sini aku bukan utk memuji, skadar menghargai pengorbanan seorg isteri...
Seorang isteri yang punya objektif hidup bersama sang suami... =)

Buat insan teristimewa dalam hidupku,
Selamat Hari Lahir utkmu...
Ketahuilah akan dirimu, abg sgt bahagia bersamamu...
Andai ditakdirkan tidurku tidak lagi terjaga selepas itu...
InsyaAllah abg sentiasa meredhai dirimu sebagai isteriku...
InsyaAllah antara dirimu dan diriku, telahku maafkan stiap waktu sebelum tidurku...
Niat di hatiku, doa dari diriku, moga di syurga nnt kita bertemu...
InsyaAllah...

Buat isteriku Nurul ‘Asyikin Bt Mohamed...
Selamat Hari Lahir buat mu...


Tulus,
Abang...

Dan aku pilih utk terus berjalan...

Hari ini masuk hari kesebelas aku berpuasa...
Terima kasih Allah kerana aku masih bernyawa...
Terima kasih Allah kerana menentukan segalanya...
Terima kasih Allah kerana ketentuanMU sentiasa nampak hikmahnya...=)

Hari2 aku lalui rutinnya hampir seperti biasa...
Bersahur, berpuasa, bekerja, memasak, iftar, terawikh dan tak lupa tidonya ;p
Niat di hati tiap paginya, smoga hari ini lebih baik dari sebelumnya...
Alhamdulillah, niatku deperkenankan olehNYA...
Pelbagai pintu jalanNYA semakin dibuka...
Hanya pilihanku menentukan segalanya...
Dan aku pilih utk terus berjalan melalui pintu2NYA... =)

Di office, aku tidak lg solat di workstationku seperti biasa...
Aku diberi satu bilik utk bersolat, sebuah office juga, namun penghuninya tiada...
Bukan kerana mereka tidak suka melihatku beribadat kepadaNYA,
Bukan juga mereka tidak menghormati caraku denganNYA,
Cuma mereka bimbang apabila sejadahku dibentang, mereka terpinga2...
Bolehkah kami terus berbincang dan bercakap soal kerja seperti biasa?
Bolehkah kami terus menggunakan telefon seperti sediakala?
Bolehkah kami berdiri atau berjalan di depannya?
Bolehkah itu dan bolehkah ini smakin berjela-jela...
Alhamdulillah, ‘concern’nya suma rakan sekerja...
Nk bgtau disediakan bilik pn smpai dekat 5 minit mukadimahnya...
Alhamdulillah...

Dan di bilik yg tersedia aku dipertemukan dgn seseorang pada hari selasa...
Hamba Allah muslim di office yg pertama kujumpa...
Solat zohor kami langsaikan bersama...Alhamdulillah, solat zohorku berteman jua...
Org Europe, Sweeden negara asalnya...
Hampir 4 tahun dia bekerja, dan aku org yg kedua muslim yg dia jumpa...katanya...
Masih menetap di Sweeden, dan di sana juga ahli keluarganya...
Di sini dia dtg skadar utk bekerja, berulang alik stiap mgu rutinnya...
Yaa, kapal terbang seolah keretanya!!Fuhhh (siap terkluaq ayaq liuq), besar betul belanjanya!;p
Kenapa begitu?Mungkin itu pilihan yg dipilih dlm perjalanannya...

Sedang bicara tentang Ramadhan dan iftar, aku mengajaknya berbuka...
Di apartmentku yg serba sederhana...apartment orang sbenaqnya!;p
Memberanikan diri walopun masak dok tengah coba coba...
Kerana Nabi pernah berpesan, makan, klo boleh carilah teman...
Alhamdulillah Allah memberi jalan...
Dia bersetuju berbuka bersama pada hari berikutnya =)
Alamak, aku nk masak apa?orang putih slalu makan apa?
Gundah gulana aku memikirkannya, takut berbuka nanti dia tengok saja... ;p
Aku ja dok melantak sorg2 bagai nak gila ;p
Aku terus bertanya, Alhamdulillah, nasi pn dia makan juga =)
Lauk sambal udang masih ada, tp kompem kalo dia makan, kluaq asap kot telinga!
Terus sup sayuq campoq menjadi cubaanku buat sekian kalinya ;p

Balik dari gheja, aku ke kedai nak cari apa nak bubuh dlm sup nanti ;p haha, baru nak cari, bukan tau apa nak p beli!
Dalam fikiranku, apa saja yg berbentuk sayuq akan kusebati...
Dah nama sayuq campoq, akanku taram sesuka hati...
Tambah bulan posa ni, memang aku berserah jaa apa rasa supku nanti! ;p
Selesai memasak jam 8.30, aku dapat msg kata dia di depan pintu bwh sedang menanti =)
Salamnya kujawab, senyuman kami terukir dan datangnya dengan tangan berisi...
Desert, juice dan coklat utkku yg mana aku masih menyimpan smpai ke hari ini =)

Malam itu, satu lg sejarah tercipta, di mana jalan ini aku x pernah menyangka...
Tp aku yakin DIA yg mengatur segalanya...
Alhamdulillah, buat pertama kalinya aku ada teman bicara ketika berbuka =)
Buat pertama kalinya aku menjamu tetamu dgn masakanku seniri yg sememangnya x seberapa...
Buat pertama kali juga baginya berbuka bersama teman kerana sosial bukan gaya hidupnya...
Pelikkan seseorang yg tidak bersosial, hanya pergi dan blk kerja menerima tawaran berbuka bersama?
Aku terus bertanya, lalu dijawabnya dia pn tidak tahu kenapa, tp yg pasti dia gembira!
Aku yakin, DIA yg menentukan segalanya...MasyaAllah...
Apa yg menggembirakanku, sup sayoqku abis dihirupnya!!! =)
Kerana banyak yg disembngkan, aku xsempat mandi sebelum berbuka...
Buat pertama kali juga aku ke masjid bermandikan wuduk saja ;p
Kami ke masjid dan bertarawikh bersama, yg mana itu adalah terawikhnya yg pertama ketika hari bekerja =)
Namun dia tidak menunggu hingga selesai ke semua 23 kerana mengejar bas terakhir ke apartmentnya...
Aku mengajaknya tido di apartmentku, tp paham2 sajalah apabila org yg tidak bersosial, macam2 alasannya...

Keesokkan harinya, aku dapat email yg dia menginginkannya lagi!Alhamdulillah...

Petang itu, seperti biasa, aku ke masjid bersolat Asar apabila pulang dari gheja...
Alhamdulillah aku dipertemukan lagi dengan seorang hamba Allah dari Gambia...
Di masjid, bahasa Pakistan menjadi bahasa ibonda mereka...
Namun saudaraku ini boley berbahasa inggeris sbg bhs keduanya...
Sumanya bermula apabila tpt solat kami tiba2 berpindah ke tingkat dua...
Aku tak paham akan pengumumannya lalu bertanya...
Alhamdulillah dia dtg menyapa...=) dia mengexplainkan segalanya...
Dan selepas itu aku mendapat seorang lg teman baru =)
Kami berjanji utk stiap waktu Asar utk bertemu...
Alhamdulillah...

Aku teringt akan kisah Saidina Ali Karamallahu Wajhah,
Dimana kisahnya mendapat sebijik buah buat isterinya Siti Fatimah...
Ketika itu Siti Fatimah sedang mengidam buah epal hijau...
Dan Saidina Ali pergi mencari dan ketemui tp dlm perjalanan pulang terdapat sedikit ranjau...
Dimana terdapat seorg fakir miskin yg kelaparan menemui beliau...
Saidina Ali memberi separuh daripada epal hijau itu...
Dan apabila ingin smpai di depan pintu rumahnya, seorg lagi dtg meminta...
Saidina Ali tidak sampai hati dan memberi separuh lg itu kepadanya...
Masuk kedlm rumah, Saidina Ali memohon maaf kepada Siti Fatimah...
Faitimah menerimanya dengan senyuman terindah...
“Sebentar td ada seseorg memberi epal hijau ini” kata Fatimah...
Sambil menunjukkjan 9 epal hijau yg ada...
Uik?mana lg 1? Saidina Ali terus bertanya...
Fatimah menjawab “Saya minta maaf abg, saya dh mkn satu x sempat tunggu abg pulang”...
Persoalannya, bagaimana Saidina Ali mengetahui kurang satu?
Kerana beliau tahu 1 beliau memberi 10 akan Allah balas...=)

Kenapa aku teringat kisah itu?

Aku bertemu dgn sahabatku, Daudah namanya dr Gambia,
Oh ya, sahabatku Sweeden td, Akif Coku namanya...
Setelah selesai solat, aku ditnya apakah di hujung minggu aku bekerja?
Aku menjawab, aku duduk di umah bergoyang saja...
~~“duduk di rumah seorang saja, mengarang lagu cinta...”~~ ;p
Dan tidak semena mena “I got plan for you” dia berkata...
Hah?!
“How about you come to my house and we do iftar together?”
MasyaAllah, indahnya PINTU yg KAU buka ini...
“Please think about it” dia akhiri...

Dan Asar Jumaat yg lalu, aku tetap ke masjid seperti yg dijanjikan...
Namun shabatku Daudah, kelibatnya tidak kelihatan...
“sesuatu yg urgent berlaku mungkin” detik hatiku sambil tidak terkilan...
Namun sesuatu yg ajaib bagiku telah disuratkan...
Aku didatangi Imam masjid tersebut utk bersalaman dan berkenalan...

“Kaifa halaq” dia membisik ke telingaku apabila pipi kami bertemu...sini salam main laga2 pipi tu! ;p
“Bi qhair, Alhamdulillah” hanya itu antara bahasa arab yg aku mampu ;p dia tnya lebeh ni mampoih aku!
Kali kedua pipi bertemu, aku terus menyatakan Malaysia negara asalku...
Beliau kurang phm dan terus memanggil pembantu...
Pengurus masjid itu mampu berbahasa inggeris utk memahamiku...alhamdulillah...
Beliau menerangkan yg Tok Imam ini slalu terlihat akan kelibatku...
Tp xpernah nampak aku sebelum ini, jadi beliau ingin tahu...
Aku menerangkan yg aku br tiba di sini 3 mgu yg lalu...
Dan akan berada di sini sehingga hujung tahun, itu perancanganku...
Tp perancangan Allah aku tidak tahu...
Mereka tersenyum mendengar jwpanku...
Aku memperkenalkan “Hafiz” namaku...
Waaahh “Al-Hafiz” terus Tok Imam memeluk erat badanku...
Ah, sudah!!
Takut depa ingt aku Al-Hafiz, terawikh mlm tu, depa umum ada imam baru, terus depa tolak aku!
Hah!!Mau mati kejung aku depan tu!!baik aku slamatkan diriku, juga nama Malaysiaku! ;p
“No, no, no, my name is ‘Mohamad Hafiz’ but I’m not Al-Hafiz” terangku...
Alhamdulillah, mereka paham akan expanationku...fuuhhh ;p
Selesai solat Asar, Tok Imam dan pembantunya dtg kepadaku...
Menerangkan bahawa Tok Imam menjemput aku iftar bersama-sama dgnnya!! =)
MasyaAllah...istimewa sungguh perjalanan dan cara pintu yg KAU buka ini...
Aku tak mampu menolak ajakan Tok Imam, apatah lg beliau org dihormati...
Apa yg pasti...ini adalah satu rezeki, heheheee ;p

Waaahh, best jugak rasanya xpayah masak dan xyah pikir menu...;p
Tp series aku xtau apa nk buat apabila tiba2 rutinku terganggu...
Selesai beribadat sedikit, aku duduk berteleku...
Alhamdulillah, aku sgt bersyukur atas segala pencaturanMU...
Jam 8.20mlm, aku kembali pada rutinku, mandi membersihkan diriku...
Aku mula berjln ke msjid jam 8.40 kerana 8.57mlm waktu iftarku...[hari pertama buka b4 9mlm =)]
Tiba di masjid, xbrapa ramai org di situ...
Alamak, harap2 betul lokasiku, sbb yg aku tahu msjid tu cuma 1 pintu...
Tak lama lepas tu, ada sesorg membuka pintu...
Alhamdulillah, betul juga tempatku!!
Dlm hatiku “mesti dia ingt aku dh lapaq hok haq smpai xsabar menunggu”
Rupa2nya di tingkat 3 lokasinya iftar dijamu...
Apabilaku naik, ramai org telah menunggu...haaa, lg ramai yg lapaq hok haq drp aku!! ;p heheheee

Waaaahhh, byk sungguh mknan berbukaku kali ni...
Ada tamar, anggur, pisang, manisan, kuih Pakistan dan roti...
Aku dijemput duduk di depan Imam ketika sedang menanti...=)
Aku sangkakan tidak disediakan iftar di masjid, tp ada juga situasi begini di sini,
Tp mgkin hanya kepada sesiapa yg dijemput kufikiri...
Aku sempat berbual dgn org disebelahku, rupanya dia dtg ke sini stiap hari...
Oo, mmg ada program berbuka sebegini, xyah dijemput pn boleh dihadiri...
Masuk waktu Maghrib, ada seseorg melaungkan azan di muka pintu...
Melihat suma di situ mulai mkn, aku mengambil tamar memulakan iftarku...alhamdulillah =)
Dan terus utk mencuba mknan yg lainnya...
Ternyata, mknan manis memberi tenaga...kebanyakan mknan mereka manis2 belaka...
Semanis hatiku tersenyum sekiranya senyuman hatiku boleh dibuat ujian pemendakan merah bata ;p
Sungguh, aku amat gembira...=)
Alhamdulillah...

Selesai iftar, kami suma bangun setelah Tok Imam mula berdiri...
OOo, Tok Imam merupakan leader dlm program ini...
Jd, klo nk mkn byk, kita tahan Tok Imam or suruh Tok Imam mkn lebey lg ;p
Solat jemaah Maghribku yg kedua selepas bersama Akif...
Aku sangkakan tamat sudah iftarku bersama Tok Imam... Alhamdulillah...
Rupanya Tok Imam menantiku semasa aku menunaikan solat sunat ba’diahku...
Mana aku tau sbb depa sini solat mcm peluru...
Aku smayg sunat 2 rakaat, depa semayg sunat 4 rakaat, tp depa sudah dlu...
Aku siap berdoa pjg sbb pas solat td depa xberdoa, depa terus mgkit utk solat sunat...
MasyaAllah, sesudah sapu muka abes doa, aku dapati Tok Imam masih ada...
Br aku tau yg jemputan mkn bersama itu adalah mkn mlm slps solat...
Huh?!awat x habaq awai2 td, ni msjid nk kosong xdak org br aku tau...adeh...
Mesti Tok Imam pikiaq “Mamat ni nk lawan aku kot!” doa pjg bukan main!;p
Takpun “Takpa laa, dia byk dosa” huhu...yg mana aku sgt stuju dgn pemikiran kedua...hmm..

Aku di bawa ke bahagian dapur masjid terletak di tgkat bawah...
Sesampai di sana, tiada apa lg yg ada, cuma meja kopi dan 6 kerusi tersedia...
Aku diminta duduk di sebelahnya dan beberapa ketika kemudian, yg lain turut serta...
Mknannya gulai kambing di mkn dgn roti mereka...roti plata aku rasa namanya...
Waaahh, aku makan gulai daging!!!alhamdulillah...
Walopn aku kurg mkn kambing, tp ketika itu aku beranikan diri mencicah...
Alhamdulillah, kambing ini tidak berbau seperti yg slalu aku rasa...=)
Mgkin kambing di sini tak takut air compare ngn kambing di Malaysia ;p hehee...
Jumlah daging yg Tok Imam letak dlm pingganku mcm utk mkn satu keluarga...sungguh byk...
Alhamdulillah, aku sungguh menikmati hidangan mlm itu...
Ada ketikanya aku rasa berada di Malaysia...kerana mknanannya...
Ada ketikanya aku berasa sedang berada di penggambaran filem Hindustan bersama Shah Rukh Khan...kerana bahasa ibunda mereka...;p
Apa yg kurg cuma scene menyanyi2 dan bertukar tukar baju sja...
Yang lain mmg seperti dlm filem bollywood, dan aku pelakon tambahannya...
Yang hanya tau makan tanpa sebarang bicara...
diambil berlakon mgkin kerana bdnku seperti Salman Khan ;p
Bknnya apa, sbb yg aku reti ckp cuma “Nahi he” “Nahi he” sja...
Satgi kena halau dr penggambaran, gulai kambing td aku dpt bau saja... ;p
Alhamdulillah, aku kenyang setelah melantak 2 pinggan gulai kambing dan 2 roti plata...
Tp aku mmg xbuley melawan mereka...seorg depa mkn mcm kita mkn sekeluarga...
Selesai mkn, kami suma bersedia utk solat isyak dan terawikh bersama-sama...
Alhamdulillah, indahnya mlm ini ENGKAU aturkan utk ku...=)

Berbalik kpd kisah Saidina Ali, kenapa aku teringat tentangnya...
Kerana aku mengira jumlah org yg temanku berbuka...
Di masjid Allah temankan aku 6 hambanya...
Dan insyaAllah Ahad ini aku berbuka bersama keluarga Daudah yg 4 jumlah ahli keluarganya...
MasyaAllah...
Aku hanya mengajak dan menemani seseorg, 10 org Allah telah balas utk menemaniku...

Alhamdulillah...


Akif Coku, sahabatku dr Sweeden yg merupakan teman pertama iftarku =)

Yang di sebelah kanan itu Tok Imam yg aku mengajakku berbuka. Kalo perasan, Tok Imam ini jugalah yg ada dlm gmbar ketika gambar solat Jumaat di post yg lalu...

Ini adalah juadah berbukaku (appetizer, hehehe ;p)

Ini adalah gulai kambing tersebut, dan rotinya di dalam plastik itu...2 pinggan penuh ini Tok Imam soh aku mkn, fuhhh...alhamdulillah =)



Kehidupan ini kuanggapkan seperti gunung…

Berada di puncak, itu impian!
Sedang berjalan, itu kenyataan…
Di tengahnya halangan, itu cabaran…
Duduk, merangkak, berlari atau berjalan, itu pilihan…
Sesuatu yg xpasti, itu masa depan…
Setiap yg berlaku, itu ketentuan…

But what’s important are…
Lesson that I’ve learned,
Challenges that I’ve experienced,
People that I’ve known,
Which help me moving on…

Dlm assignment letter, mesti menginap di hotel utk bln yg pertama…
Bln2 berikutnya, terpulangla kpd empunya nama…
Mungkin memberi kesenangan kpd pekerja2…
Mungkin itu caranya pekerja dimanja…
Gym, sauna, swimming pool suma ada…antara nak guna ngn dak jaa…
Apatah lg laundry dan bgn pg, mmg ada yg setelkan sumanya…
Apa yg perlu, pastikan suma kos dlm anggarannya…

2 mgu duduk di hotel, mmg syok gila, mgkit pg buley tinggai… =)
Blk gheja, suma menda buleh main punggai-punggai… ;p
Nak mkn, leh cr ja memana kedai… tp mmg kompem mahai!
Tak jumpa kedai, meggi ja aku tibai… ;p
Tp bila pikiaq blk, Ramadhan dh nk mai…
Tgh summer, siang pjg mlm sejengkai…
Tgk waktu soq dia, mmg gila bapak awai…
Mkn pepagi buta, mana aku nk gapai…adeh!

Aku menulis 1 email ke HR, baget cuba memberanikan diri…
Meminta kebenaran utk tgal di apartment sendiri…
Mmg ini berlawan dgn surat yg diberi…ish, nk lawan company guideline ni!;p
Dlm fikiranku, di apartment ada peluang utk masak sendiri,
Pandai2 la cari nnt walopun masak xreti…;p
“If this cannot be done, it’s OK” antara ayat penyedap hati ;p
“Your consideration is highly appreciated” aku akhiri…
Aku dpt reply dr HR lepas 3 hari…
Memandangkan email yg ku hantar penuh ranjau berduri, ;p hahaha
Mesyuarat ditamatkan dgn APPROVAL diberi… ALHAMDULILLAH… =)
Tp, approval ini, hnya utk insan bernama Mohamad Hafiz yg smart ini… ;p
“However, please be reminded that this approval should not be set as precedent case” mereka akhiri…

ALHAMDULILLAH…

Sememangnya aku sudah mencari apartment utk bln yg kedua…
Apa yg kupentingkan, jarak ke masjid dan ke kedai2 brgan mentah halal…
Alhamdulillah, DIA membuka jalan lg…
Ketika sedang mencari, ada seorg engineer disini menghampiri…
Katanya, adiknya ingin sewakan apartment di kwsn yg aku teliti…
Terus malam berikutnya, appointment dibuat dgn tuan empunya diri…

Lokasinya, hotel yg aku duduki dan apartment lebey kurg sama…
Jaraknya 10 minit jln laju, x smpai klo berdiri, 15 minit jln bersahaja…;p
Apa yg perlu, kebenaran utk masuk lebih awal…
Mmg tidak ditolak laa, ulam mendatang ketika pucuk dicita..
Apa yg pasti, duit kena tambah laaa…
“I’m not negotiable” ms mula2 bicara…
Alhamdulillah, DIA membantu stiap masa =)
Diskaun NOK 900 sebagai pengakhiran kata =) heeeee ;p RM 540 tu!

10/8/2010,
Alhamdulillah aku masuk ke apartment baru…
Sehari seblm aku dgn Ramadhan bertemu…
Suma yg berjln sgt lancar manadah kesyukuran aku padaMU =)
Cuma sedikit cabaran kitika membawa beg sebesar almari itu…
Pertama kali di bumi Norway ini, aku terasa peluh keringatku!
Bayangkan lah, aku tarik, pikul dan tanggung beg seberat 25kg spjg 20minit perjlnanku…

Utk pengetahuan suma, aku menyewa di tingkat atas skali…
Niat di hati ingin exercise setiap hari ;p
Haa, bila kena angkat 25kg, mmg terasa separuh mati!
Rasakanlah kononnya x exercise sejak menjejakkan kaki di sini!!! ;p
Nasib baik otot ketak2ku masih berfungsi ;p heheheee…
76 anak tangga aku berjaya tangani! =)
Tp logik la ada brenti2 ;p
Klo dak, Husin bolt aku berjaya kekangi ;p

Haaa, syg, baik exercise dr laa, nnt mai sini kena tangani 76 anak tangga !;p

Apartment fully furnished, Alhamdulillah suma dah ada...
Cabarannya, suma perkakas masak perlu disamak sblm diguna...
Satu kali air bercampur tanah, 6 x air mutlak, aku setelkan mlm itu juga...
Alhamdulillah, Allah sentiasa membantu...

Dlm usaha mencari tanah itu...=)
Sebuah taman di kwsn umah menjadi lokasiku...
Yg pd mulanya, kewujudan taman itu aku x tahu...

Blk dr opis, aku siapkan brg2 keperluan memsk...
Bwg, halia, cili, kicap, sos, garam, gula dan minyak...
Maaaakk aaai, brg xbyk, harga mmg mahai gila bapak... =(
Harga garam RM 6.50? mcm nk pitam sat ms memula tgk...
Apa nk buat, itu mmg sesuatu yg tersurat... =)
Alhamdulillah aku masih mampu utk suma itu =)
Haaa, ayam n teloqnya aku beli ari tu jugak! ;p

11/8/2010,
Ramadhan bermula...sbenarnya bermula Maghrib 10/8 itu...
Alhamdulillah aku ke msjid pd mlm itu...
Dlm perjlnan ke situ, seorg hamba Allah lalu di sebelahku...
“Assalamualaikum” aku memulakan kataku...
~ “Alaikumussalam” mgkin di sini xsuka akan perkataan ‘dan’ itu...
Is Ramadhan start tomorrow?
~InsyaAllah...
aku pn terus menyahut Alhamdulillah, terukir senyuman pd wajahnya...;p heheee(yes dh dpt!)
Terawikh pd mlm itu berakhir hmpir jam 12.00 tgh mlm...
Kerana Isyakku di sini jam 11.00 mlm...
Bjln pulang seorg diri di tgh mlm memberikanku pengalaman baru...
Stiap kali lalu di kwsn gelap, aku mempercepatkan langkahku...
Aku yakin syaitan dan kaumnya dirantai, tp seriau akan manusia yg kurg berakai... ;p

Alhamdulillah, 15 minit slps itu aku slamat smpai...

Perutku masih belum terisi kerana dr td sedikit bz...
Telur dadar, sayur kubis dan serunding daging menjadi habuanku...
Semuanya ku bahagi dua...
Utk sahurku di mana jam dikunci tepat jam 3...walopun waktu itu sudah jam 1...
Malangnya, pukul 3.20 aku terjaga, 3.30 waktu imsaknya...
Aku terus mengambil 3 bijik kurma dan meneguk air kosong yg tersedia...Alhamdulillah, DIA masih menjaga =)
Lauk yg td?aku simpan buat berbuka =)

Ayam kubeli niat di hati nak masak pedas Mama
Namun blender tidak disedia...tp batu lesung ada! Haha, omputih tumbuk smbal belacan aku rasa!
Xsanggup aku menumbuk bwg dan cili, walopn itu sejenis senaman lg ;p
Kira punya kira, aku rela bersenam mengusung blk pengisar...
RM 180 aku laburkan utk kemudahan hidup lg beberapa purnama...
Mmg blk Mesia akan kubawa walopn extra limit begku, ku xkira!! ;p
Buley jd hadiah kawen sesapa ;p hahhahaa

Hari pertama, jam 9.30mlm waktu berbuka...
Agak lama posa?pengalaman ini bgku sgt berharga...
Kenapa?kerana siangku lapang utk ku peruntukkan bersamaNYA... =)
Bayangkan 5.30ptg blk dr opis xdak nk wat papa...
Sempat kuselitkan masa ke msjid seketika...=) alhamdulillah
Pukul 7.30 baru ku mula segalanya...
Setel memasak jam 8.30, tp aku xtau apa rasa...
Br kutahu susahnya msk di bln puasa,
Ada lidah tak buleh merasa, ada hidung makruh hukumnya...
Mmg ku sedari pengalaman mmg sgt berharga...
Terima kasih MAMA, kerana memasak stiap kali berbuka! =)
Tp akhirnya, ayam masak pedasku ada berasa...Alhamdulillah =)
Juga skali lg suma laukku bahagi 2, itu pesan ibonda terchenta =)
Bagaimana ku tahu waktu berbuka?
Hanya jamku penentu masa...azan x didengari, tv mmg x ada yg mengamati...
Setelah 5 minit dr waktu sbenar iftar, aku mulakan dgn buah tamar...Alhamdulillah...



Jam 10.15mlm, aku ke msjid, niat di hati, iktikaf di msjid dpt pahala...
Iktikaf kat umah dok nk tgk facebook stiap masa ;p
Bacaan terawikhnya laju juga, tiada selawat di antaranya...
Witirnya juga berbeza...3 rakaat sekaligus, rakaat terakhir ada berhenti seketika...
Berhentinya setelah bacaan surah slps fatihah,ditakbir skali, setgh minit kemudian rukuk pula...
Doanya juga pendek, sependek "Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"...

Alhamdulillah, kini sudah 3 hari aku menjalani ibadah puasa...
Apa yg kurasa?
Tidurku belom pernah selesa... ;p
Jam 12.30mlm tdo, jam 3pg mgkit, tdo blk sesudah subuh jam 4.15, jam 7pg mgkit utk ke kerja...=)
Namun sumanya pengalaman berharga...
Cuma hari ini, aku qada’kan tdo yg lama2,hehee...
Jam 10pg br ku betul2 jaga ;p

Jumaat lps, Solat Jumaatku yg kedua...
Tiba jam 2.45ptg, pintu msjid sudah berbuka ;p
Kali ini aku nmpak khatibnya, dimana mimbarnya cuma spt tangga...
Yg berbezanya, khutbahnya mmg skadarnya menurut rukunnya yg lima...
Jam 3.15ptg tepat, perkataan “Alhamdulillah” menandakan khutbah bermula...
Slesai “Ittakullah” dan sepotong ayat Al-Quran, khatib duduk sbg selesai khutbah yg pertama...
Suku minit kemudian, khatib bangkit utk khutbah yg kedua...
Selesai berselawat, khatib berdoa sbg pengakhiran khutbahnya...
Aku lihat jam di tgnku, khutbahnya x lebih dr 4.83826 minit...;p
Patut la Jumaat lps aku termanggu-manggu...
3.30ptg, solat Jumaatku selesai...
Alhamdulillah, satu lg pengalaman baru ku gapai...=)


Sedikit gambar ku disini...




Yg sedang berdiri itu khatib, smbil memberi khutbah...

Itu adalah masjid, di mana masjid di sini terletak dlm bangunan...

Dari luar apartmentku...bgnan merah klo ada sesiapa nk mai beraya naa... ;p

Tanah yg ku ambil dr taman berhampiran...mudah2an tanah ini suci bersih, amin...

Setelah selesai meyamak skali dgn air bercampur tanah...

Ini adalah bekalan perangku ;p

Ini juga, klo dibenarkan membawa brg mknan perang yg sejuk =)

Ini adalah bilik airku, nk basuh berak, terpaksa tarik shower mandi ;p
Depa sini beristinjak dgn tisu, kurang konfiden aku!

Ini adalah ruangan dapurku...medan perangku jua ;p

Ini adalah ruang tamuku...klo kengkwn dtg beraya, meja itulah saja yg ada...
Tp klo ada rezeki, insyaAllah ada kuih raya ;p

Ini adalah bilik tidoku...adeh, x rotate plak ;p
Buley bergolek n berpusing 360 darjah! =)
Ini adalah almari baruku =)

Almariku lg ;p
Ini adalah jln ke ruang tamu di mana ruang berdiri ketika memasak...

Ini adalah rak kasutku...Kasut2 lain aku simpan, takut hampa nk curik ;p

Blender baruku!

First time menggunakan dapur setelah macam2 punat aku tekan utk menghidupkannya...

Lauk dinnerku di kala jam 1 pg ketika 1st masuk umah itu...

Lauk ayam pedas kononnya resipi MAMAku, mmg xsama rasanya! ;p

Lauk berbukaku pada 1 Ramadhan =)

Lauk berbukaku ketika 2 Ramadhan...

Ketika masak sup ayam dan sayur kacang bendi ;p

Lauk ketika berbuka 3 Ramadhan...

76 anak tangga yg menjadi rutinku =)
Sumber exerciseku!!










Salam Ramadan Al Mubarak tuk semua pembaca blog (erk..perasan macam ramai ja baca...=P)
Semoga kita dapat manfaatkan bulan ini dengan sebaiknya dan semoga kita akan bertemu lagi pada Ramadan yang akan datang...ameen....

jangan semangat bertarawih di awal bulan ja, harap dapat istiqamah sampai ke hujungnya.....(pesanan untuk diri sendiri juga).

Ramadan is a month of Allah s.w.t
Whose beginning is Mercy
Whose middle is Forgiveness
Whose end is Freedom from Fire

Selamat berpesta ibadah di bulan penuh barakah ini daripada kami :
Hafiz & 'Asyikin.....
Salam Ramadan.....

Arini genap 2 mgu aku di perantauan...
Perasaan?
Hujan emas di negara org, hujan batu di negara sendiri...=)
Mmg selayaknya ia bergelar peribahasa...
Mmg mendalam makna kata org tua-tua...
Mmg hanya yang berpengalaman mampu bicara tentangnya...

Jumaat lepas, solat jumaat pertama aku di sini...
Setelah jumaat sebelum ini, msjid belum kutemui...
1.23pm waktu Lohor di sini...lebey kurg Lohor di Malaysia...
Mengapa Lohor?
Menjadi orang ISLAM, mesti lengkap Isyak, Subuh, Lohor, Asar dan Maghrib =)
Tertinggal, mgkin jd org SLAM, atau ISAM atau SAM ;p

Jam 1 tghari, aku cuba masuk ke dlm msjid... berkunci!
Alamak, jam aku rosak!itu yg pertama kufikiri...
Namun jam pertama kubeli dgn gajiku ini masih berfungsi...alhamdulillah
Rupa2nya, msjid dibuka jam 2pm...kenapakah?
Aku dibenarkan masuk jam 1.45, org pertama msuk masjid slps pemegang kunci...haha
Peerrghh, kali pertama buka msjid solat jumaat dlm hidupku! =)
Rupa2nya lg, Solat Jumaat jam 3.15pm...pulok dah?
Aku x pasti kenapa...
tp mgkinkah ianya seperti di Egypt yg pernah ku terkejutkan jua...
Solat jumaat berbeza2 masa...
Sepjg waktu Lohor,setiap msjid seperti mengambil gilirannya...
Mgkin itu juga dipraktikkan di sini...aku masih cuba selongkari...
Tp yg pasti, klo mengetahui gilirannya, x sempat solat pd waktunya, cr msjid yg blum solat Jumaat!
Negatifnya, pasti ramai yg akan ambil smbil lewa =(

Qurannya juga berbeza...mgkin bukan dr mazhab shafie...
Jd, hanya surah2 lazim yg kuyakini utk dibaca... ;p
Yg peliknya, aku tak tahu bila khutbahnya...
Apatah lg utk berdoa di antara yg duanya...
Azan pertama berkumandang jam 2...menandakan msjid dibuka mungkin...
Jam 3 ada seseorg seolah2 memberi ceramah...
Bahasa ibunda mereka, yg aku paham, “Ramadhan”... “Ramadhan” ;p
Klo xphm gak yg tu, mmg sja xmau posa!! ;p

Kemudian dia menamatkannya tepat jam 3.15...azan lg skali...
Suma org melihat ke skrin di tepi...
Lg terpapar bahasa ibunda yg aku sukar fahami...
Pd ms yg sama, terdengar suara samar2 di speaker berbunyi...
Khutbahkah itu?hmm...
Tiba2 iqamah memecah sunyi...
Suma org kelam kabut bgn berdiri...
aah sudah, cuak aku, kang dorg solat sunat plak!
Rupa2nya dh msnya Solat Jumaat, Alhamdulillah...tp mana imamnya???
Skali imam dok tgkat atas daa...mknanya khatib dok atas gak laaa...hmmm...
Ku sangkakan tgkt atas utk muslimat...adeh!
Next week, aku ke atas pulak!at least ada mission!hehe =)

Wiken baru ini, lagi sejarah tercipta!
Aku hnya duduk di hotel sepjg ketika...
Upgraded to business class room, movie English tersedia...
Ni klo aku dok lg lama, mau diupgrade smpai suite istana...
Klo masih di bilik lama, Norwegian language penuh di dada...
Aku tulis blog, hampa suma xleh baca.... ;p

Lunch and dinner...
Sambal tempe ikan bilis mamaku...
Ckup merasakan aku di negara aku...
Rendang daging sebagai lauk sampinganku...
Sedap?mmg sedap dan mengenyangkan!=)
Alhamdulillah...

Aku aktif facebook tiba2,haha...
Betul, memory lama menggamit nostalgia...
Sedih, sayu, gembira mahupun hiba...
Ckup suma prasaan memenuhi masa...
Dan yg plg penting, aku dan isteri ym sepjg detik ketika =)

Suatu masa, pertama kali masak nasi di sini...
‘Abg masak nasi setgh pot arini...’ketika ym...
“huh?!cukup ka setgh pot abg nk mkn?”
Soklan yang ckup senang...
Ckup utk mengganggu hatiku yg tenang...
Ckup utk membuatkan air mata jantanku bergenang...
ketika first time masak, mmg aku xtau mengagak...
mmg kemudian aku rasa xckup, tp puas skadar mengalas perut...
namun isteriku...hmm, itu lah isteri...
mengetahui apa keperluan sang suami...
walaupun sang suami tak menyedari...
walaupun blum sepenuhnya hidup skali...
walaupun masak bersama hanya sesekali...
Mmg la, ms isteri memsak, hg tunggu nak melantak!! ;p
Blk dr gheja, tgk2 mknan dh tersedia!
Msk nasi?ikut arahan yg diberi ja!! ;p
Mana nak tau byk mana nk dimasak??!!haa pdn dgn muka!

Terima kasih sesgt syg kerana menjadi isteri yg terbaik utk abg =)
Klo ku tahu akan dpt isteri sebegini, sesudah SPM akan kunikahi,hehee...
Terima kasih ALLAH...

Namun MAMA...tidak siapa boleh melawan...
Pasti sgt memahami anaknya...itu mmg sgt PASTI!
“angah jgn la dok simpan smbal tempe tu, mkn la jugak!nnt berkulat suma xleh mkn!”
Ketika berckp di telefon...
Tidak sepatah pn aku mengatakan aku xmkn...
Mama ku tahu yg aku masih menyimpan...
Bkn ku xnak mkn, cuma aku menyimpan utk Ramadhan...
Memastikan pahala puasaku dpt dikongsikan...insyaAllah...
Bagaimana mamaku tahu?
Kerana beliau seorg IBU, dimana letaknya syurgaku...

Air mataku ketika itu? nasib baik ada lengan bajuku...;p

Dan arini genap sethn skiranya aku masih bertunang...
Antara turning point dlm hidupku yg smakin bercabang...

Terima kasih ALLAH...
Terima kasih ibu bapaku...
Terima kasih Nurul ‘Asyikin Mohamed...yg kini bergelar ISTERIku...
Terima kasih kakakku...
Terima kasih adik beradikku dan ahli keluargaku...
Terima kasih sahabat2 yg juga keluargaku...

Terima kasih sumanya...


Foto ku disini?

Pemandangan siang dr bilik hotel tgkat 28 setelah diupgrade

Pemandangan Maghrib dr tgkat 28

Pemandangan siang dr tgkat 12 sblm diupgrade

Pemandangan mlm dr tgkat 12

Moske adalah Mosque.
MAN - TOR adalah Monday - Thursday
FREDAG adalah Friday
LORDAG adalah Saturday
SONDAG adalah Sunday
Dikirinya adalah masa masjid ini dibuka

Ini adalah contoh surah dr Qurannya. Qof nya seperti Fa. Baris depannya seperti koma.


Menu Malaysiaku yg pertama =)

Kebab daging yg pertama ku beli di sini =)

30 Julai 2010...
Allah pertemukan aku dgn hamba Allah dr Malaysia...
Prakash, Aker Commercial Manager, had been in Europe lebey kurg 10 thn...
Patut laa dia buley stay lama n gheja kat sini...

Blk dr office, aku naik bas skali dgn Prakash...
Commercial Manager naik bas wooo...membuatkan aku rasa suma dlm bas tu gheja hebat2...jd aku pn hebat!hahaha...pencacai subsea yg hebat!bju pn dok ulang pakai bju petronas bg free, ada hati nk compare ngn org pakai bju timberland! ;p
Dialah insan yg pertama menunjukkan di mana kedai halal di Oslo...
Juga lokasi2 mknan mentah halal...
Dia juga mencari daging halal...
Kenapa? Tak tertnya kerana aku yakin dia tahu kenapa...
Dia juga mengajarku menaiki public dgn lebey efficient...
Stgh jam dia meluangkan masanya utk aku sblm dia blk ke apartmentnya...
Thanks Prakash...

31 Julai 2010...
Aku memulakan pelaburan masaku...tp logik aa stat pas zohor ;p
Pelaburan tenagaku jua...
Mencari kedai halal sbg persiapan Ramadhanku...
Mencari kedai seandainya buka di waktu sahurku...mimpi je la, sini mana ada mamak 23jam!
Mencari jln selamat ke tpt beribadatku...gelap n sunyi wooo nk terawikh 12.30 tghmlm nnt...

Adeh, msjid opposite direction daa...xpa, akan diusahakan nnt...

Alhamdulillah...
Beras sekilo NOK 18 – NOK 20
Ayam sekilo NOK 70
Daging kambing sekilo NOK 160
Sayur sayuran 250g NOK 25-NOK 30
Buah – buahan – ikut buah apa nk mkn!
Meggi, AHA!! NOK 5 sebungkus
Telor, mknan rugi ini tidak dilupakan,haha – NOK 60 utk 30 bijik...
Minyak masak – alamak, lupa plak harga dia, tp kompem ada...
Rempah – tumbuk sendiri lah! Depa mana mkn kari!!!
Pepper ada laa...
serbuk kurma adabi? – tutup mata anggap ja ayam goreng tu ayam kurma...;p
serbuk kari alagapas? – nk masak gulai ikan solmon??? cr daun kari dlu tgk!!
kicap manis cap kipas udang? – yg ada kicap soya yg mkn ngn telur 3 suku masak tuh...jd laa, mgkin klo mkn smbil tutup mata n hidung ada rasa manis...
Ada juga oyster sauce, tomato sauce...gula, garam...
Alhamdulillah, ckup la utk aku msk nnt...
Tp chilli sause xdak, depa xreti rasa nikmat chilli tu lg, ilang 1 nikmat dunia...
Yg bgusnya, suma kedai2 ini menggunakan kad kredit!

mahal? Halal itu lebey penting! =)

Tomyam? Padprik? meggi goreng telor mata koyang? nasi goreng daging merah?nasi goreng USA? – suma mknan tu xsehat!byk minyak!aku dh xmkn! ;p

Hamboih, check harga cam reti memasak ja! Slalu syikin dok buat, la ni rasakanlahhhh...
Thanx a lotssss sygku ‘Asyikin =)

1 Ogos 2010...
Alhamdulillah, arini aku berjaya jmpa msjid di Oslo
Stelah beberapa hari gagal kerana terslh direction...
Solat jemaah yg pertama di bumi Norway ini...
Tidaklah terperosok mana, tp cukup sesat jika tidak bertanya...
Tidaklah besar mana, tp ckuplah utk berkumpul dan bersolat bersama...
Tidaklah jauh mana, tp ckup mencabar apabila melihat waktu solat yg lima...
Dr office aku, hadoih, 2 daerah berbeza...next mission!

Arini juga, aku berkenalan dgn org Muslim Somalia...
Satu lg perkara yg aku blajar, dan aku yakini btul...
Perkataan yg x lekang dr bibir mereka...
Stiap perkara yg aku ckp, pasti disambut dgn “INSYAALLAH” atau “ALHAMDULILLAH”

~Are U tourist?
No, I’m here for work...
~InsyaAllah...(terfikir aku, betul gak...)

~How long will U stay here?
Until End of the year...
~InsyaAllah...(aku tersenyum, masih xdpt lg!)

I’ll be fasting here and celebrate Aidilfitri here...smbil tersenyum kononnya aku plak yg mula bicara...
~InsyaAllah...lg laaa aku tersenyum kambing...haaiih...

~Are U married? - AHA, takkan nk ckp InsyaAllah...lain mksudnya nnt,heheheee ;p
Alhamdulillah, I got married last year...
~Alhamdulillah...

~Is your family here?
No, my wife will come here end of Ramadhan, InsyaAllah...(yes, aku bejaya ckp dlu!)

~Alhamdullillah...

Komuniti Muslim di sini ckup sedikit, tp yg sedikit itu tinggi nilainya...
Terfikir aku sejenak, komuniti Islam di Malaysia besar...
Tp yg besar itu ckup mencabar...

Smoga "INSYAALLAH" dan "ALHAMDULILLAH" jua lekat di bibirku...including "SUBHANALLAH","LAILAHAILLALLAH" dan "ALLAHUAKBAR"...insyaAllah,amin...

Dan arini gak aku berjaya membeli meal pertama aku di bumi Norway ini...
Kebab daging yg diyakini halal...org muslim yg jual...
Paling murah sepjg perjlnan aku di Oslo ini...
NOK 30, lebey kurg RM 18...kira gerai mcm pasar mlm aa...
“Thank you” tanpa sebarang beg plastik ataupn bungkusan...
Hnya dilitupi aluminium paper...cut cost!
Perlahan2 aku masukkan ke dlm beg galas utk dinikmati di hotel nnt...takut terkoyak, terburai dlm beg, esok bwk beg tarik besar almari tu letak laptop p opis!

Mmg roti kosong dan daging berserta sedikit timun + sos tomato...
Sedap? Bkn itu nikmat yg dicari...
Ckuplah skadar mengenyangkan dgn mknan halalan toyyiban...
Alhamdulillah...