'HE does not required us to be the best, HE just want us to do our very best, and let HIM take care of the rest'.

Monday, February 1, 2010

Pre Project for Another Big Project....

Ini adalah pra projek yang pertama untuk aku dan encik Hafiz......cubaan yang alhamdulillah menjadilah jugak....juri untuk hari tersebut adalah dibawa khas daripada Taman Seri Indah iaitu Encik Firdaus dan Pn Haziah.........dan masa akan datang insyaAllah akan dipanggil lebih ramai juri....Resipi daripada mama yang dicatat melalui call sahaja......hehehhe.....
mari kita lihat gambar2nya yer.......














dan akhirnya terhasillah seperti yang di atas ini.....


nampaknya juri agak berpuas hati dengan hasil usaha kami pada hari tersebut.....=)

Menu pertama....=)

salam....

ekceli dah lama nak update tapi tak sempat2 nak update...kali ni bercerita pasai makanan....
nak tunjuk menu pertama yang aku makan hasil daripada air tangan suami....=) untuk aimi, akhirnya dapat jugak aku merasa en.Hafiz memasak...klo dulu waktu berkawan encik Hafiz janji nak buatkan kami cucoq udang, tapi sampai la pun tak buat2 lagik....takpa aimi, nanti aku akan cuba pastikan hang dapat gak merasa cucoq udang tu...hehehe...
.
.
ayam masak merah(yang ditumbuk cilinya), telor dadar ngan kubis goreng oyster...air, air masak ja.....
.
.
menu ni berjaya dihasilkan sebab waktu ni hasben aku tengah bercuti dan aku terpaksa kheja...amaklumlah encik Hafiz ni banyak betoi cutinya....hehehhe....apa yang boleh dikatakan, walaupun simple ja menunya tapi sedappppppppp......=) pasni boleh masak lagi yer abang.....hehehe =) tq sooooooo much for da very special meal......=)

Wednesday, January 20, 2010

......m.....i.......s.........s..........._..........n...........g........

“Do not marry with someone that You can live with….
Marry someone that you cannot live without “ =) =)





Monday, January 4, 2010

Alhamdulillah........Hafiz & 'Asyikin

Alhamdulillah....majlis kenduri untuk kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan dah setel..bermula dengan nikah pada 22 September 2009 dan seterusnya kenduri sebelah perempuan pada 20 Disember 2009 dan akhirnya kenduri sebelah lelaki pada 2 January 2010......memandangkan dah lama sangat tak upload blog, jadi sajalah nak menempek gambar2 kenangan untuk simpanan dan untuk tatapan sapa2 yang sudi...btw, terima kasey sesangat pada semua yang menghadirkan diri dan meluangkan masa untuk kenduri kami berdua...moga kehadiran kalian memeriahkan majlis ini diberkati olehNya....kami mintak maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis.....Doakan kebahagian kami (Hafiz & 'Asyikin) dunia dan akhirat.....=)


Pernikahan Masjid Ar Rahmah, Kampung Kandai, Alor Setar Kedah
(22 September 2009)



Kenduri Perkahwinan Sebelah Perempuan Kampung Kandai, Alor Setar Kedah (20 Disember 2009)









Kenduri Perkahwinan Sebelah Lelaki Dewan Alwy, FRIM, Kepong
(2 Januari 2010)










Wednesday, December 9, 2009

Kenduri Perkahwinan dan Majlis Kesyukuran

salam...

kepada semua sahabat yang membaca blog ini, saya dengan rendah hati menjemput saudara saudari ke kenduri perkahwinan dan majlis kesyukuran saya Nurul 'Asyikin Binti Mohamed dengan Mohamad Hafiz Bin Abd Halin pada 20 Disember 2009 (Ahad)..Saya mohon maaf pada sahabat yang belum dapat kad sebab kadang2 ada yang terlepas tapi sesungguhnya saya menjemput semua sahabat yang pernah mengenali saya tak kira dimana pun kita pernah berkenalan......jemputlah datang yer =) Doakan kebahagian kami dunia dan akhirat dan semoga urusan majlis ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusannya....=)



p/s : kalau map kat atas ni tak clear, tolong email kat islam_syumul@yahoo.com tuk dapatkan map yang lebih clear yer kengkawan....tima kasey =)

Monday, October 12, 2009

Semuanya hanya pinjaman....

sambungan kepada entri eksiden suamiku last wik....dan ni adalah perkembangan paling terbaru ibu jari kaki kiri suamiku....


keadaan ibu jari kiri kaki suami aku yang terpaksa dibuang pada bahagian kuku sebab dah mula bengkak dah tak boleh tuk hidup.....tapi alhamdulillah bahagian-bahagian anggota badan yang lain sihat dan tak dak luka2 parah.....

kita hanya meminjam kan semuanya dari Dia, dan bila2 masa saja Dia berhak untuk menariknya...

sakit ini adalah ujian..ujian tuk orang sakit dan juga ujian tuk orang-orang yang berada di sekelilingnya....

bagi aku suami aku sangat kuat walaupun sangat sakit dan sedih dan aku jugak jadik kuat sebab kekuatan yang ada pada suami aku......Moga Allah sentiasa memberikan kita kekuatan itu untuk meneruskan kehidupan....=) =)



sehari selepas operation and first dressing...erk...sempat lagik berposing tu encik Mohamad Hafiz.......=)

dan kepada sahabat semua, doakan kesihatan suami aku yer dan semoga cepat sembuh.......

Sunday, October 4, 2009

Allah menguji.......

Al kisah...al kisah tersebut la kisah...sang kancil dtg beramai2 mengadap sultannnn...eh bukan sultan daa...melawat en. hafiz, suamiku...

tanggal 30 sept 2009, tetiba en. hafiz x reply msg aku seperti biasa...namun aku mengetahui yg suamiku akan ke permata, bangi...mgkin smpai2 di bangi, dia terus bz dgn ghejanya...

msg yg kutunggu x tiba2, tetapi aku mendpt phone call dr en. hafiz tp bkn melalui henponnya lebey kurg pukul 8.45pg...

"syikin, abg xdak papa, syikin jgn risau naa" ayat pertama yg kluaq dr mulut suamiku...

apakah???aku terkejut.suamiku xpernah kluarkan ayat mcm tu sblm ini.

"abg accident pg td otw nk p bangi, tp abg xdak papa...luka kecik ja kat kaki...ni idup lg, bleh beckp lg neh, la ni kat spital prince court...tp hp abg rosak sbb accident tu...syikin xblk pn xpa, abg sgt OK" (suara yg cukup ceria!)

namun en hafiz xbleh beckp pjg kerana tepon spital...nnt emergency call nak masuk xbleh plak katanya, haha...

aku xtau pasaipa aku sgt xsedap ati...suamiku xbenarkanku pulang...aku agak tak keruan sbb xleh kontek suamiku dh...dlm 9 lebey adik iparku yg ku panggil 'kak yang' menelefonku...rupanya2 suamiku...dia masih ckp yg dia OK...aku minta kebenaran nk blk kl, tp dia masih suruhku mengajar klas 10pg...setelah beberapa kali tnya, baru la kluaq "klo syikin nk blk, blk laa, tp jgn rush...abg xdak papa pn, series xdak papa...blk la pas klas kol 10 tu, sian kat bebdk kt kolej tu"

aku terus menguruskan cuti dan berangkat ke kl...alhamdulillah smpai di kl kol 12 tghari...


Suamiku yg masih berbaju kemeja gheja dimasukkan ke wad bg menunggu operation ibu jari kaki kirinya...OK ke cmtu???smpai kena operate...aku lega kerana aku berada di sebelah suamiku ketika ini...ujian Allah, namun diseblknya ada peluang yg Allah beri kpdku utk berbakti kpd suami, insyaAllah..




Pertama kali melihat ibu jari suamiku yg masih dlm 'bungkusan' sblm di operate...


Suamiku dimasukkan ke operation theater jam 12.30...lebey kurg 3.15, suamiku tiba di wad kembali, dan ini adalah rupa ibu jari suamiku...dimasukkan dawai kerana tulangnya remuk, masyaAllah...
Antara kenkwn suamiku yg melawat suamiku...terima kasih semua kerana mmberi semangat itu... =)

Antara peluang yg Allah berikan kpdku...
Beginilah rupa ibu jari kaki kiri suamiku...doktor memberitahu ini adalah usaha menyambungkan kembali ibu jarinya, dawai itu utk menyokong tulangnya yg agak hancur...

merenung kesedihan melihat kakinya yang berbalut dan tidak dapat diselamatkan...decision yang dibuat sekarang, ada bahagian ibu jari kaki akan dibuang dan digantikan dengan otot bahagian lain darik badan kerana bahagian ibu jari kaki yang terputus tadi dah tak boleh untuk survive. jika itu yang terbaik untuk ibu jari kaki tersebut, kami redha dengan apa yang Allah berikan....=)
kepada semua, doakanlah kesihatan suamiku dan semoga kita semua dapat mencium hikmah di atas setiap apa yang telah berlaku...ameen.....