You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...

Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

salam...

kepada semua sahabat yang membaca blog ini, saya dengan rendah hati menjemput saudara saudari ke kenduri perkahwinan dan majlis kesyukuran saya Nurul 'Asyikin Binti Mohamed dengan Mohamad Hafiz Bin Abd Halin pada 20 Disember 2009 (Ahad)..Saya mohon maaf pada sahabat yang belum dapat kad sebab kadang2 ada yang terlepas tapi sesungguhnya saya menjemput semua sahabat yang pernah mengenali saya tak kira dimana pun kita pernah berkenalan......jemputlah datang yer =) Doakan kebahagian kami dunia dan akhirat dan semoga urusan majlis ini berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusannya....=)



p/s : kalau map kat atas ni tak clear, tolong email kat islam_syumul@yahoo.com tuk dapatkan map yang lebih clear yer kengkawan....tima kasey =)

sambungan kepada entri eksiden suamiku last wik....dan ni adalah perkembangan paling terbaru ibu jari kaki kiri suamiku....


keadaan ibu jari kiri kaki suami aku yang terpaksa dibuang pada bahagian kuku sebab dah mula bengkak dah tak boleh tuk hidup.....tapi alhamdulillah bahagian-bahagian anggota badan yang lain sihat dan tak dak luka2 parah.....

kita hanya meminjam kan semuanya dari Dia, dan bila2 masa saja Dia berhak untuk menariknya...

sakit ini adalah ujian..ujian tuk orang sakit dan juga ujian tuk orang-orang yang berada di sekelilingnya....

bagi aku suami aku sangat kuat walaupun sangat sakit dan sedih dan aku jugak jadik kuat sebab kekuatan yang ada pada suami aku......Moga Allah sentiasa memberikan kita kekuatan itu untuk meneruskan kehidupan....=) =)



sehari selepas operation and first dressing...erk...sempat lagik berposing tu encik Mohamad Hafiz.......=)

dan kepada sahabat semua, doakan kesihatan suami aku yer dan semoga cepat sembuh.......

Al kisah...al kisah tersebut la kisah...sang kancil dtg beramai2 mengadap sultannnn...eh bukan sultan daa...melawat en. hafiz, suamiku...

tanggal 30 sept 2009, tetiba en. hafiz x reply msg aku seperti biasa...namun aku mengetahui yg suamiku akan ke permata, bangi...mgkin smpai2 di bangi, dia terus bz dgn ghejanya...

msg yg kutunggu x tiba2, tetapi aku mendpt phone call dr en. hafiz tp bkn melalui henponnya lebey kurg pukul 8.45pg...

"syikin, abg xdak papa, syikin jgn risau naa" ayat pertama yg kluaq dr mulut suamiku...

apakah???aku terkejut.suamiku xpernah kluarkan ayat mcm tu sblm ini.

"abg accident pg td otw nk p bangi, tp abg xdak papa...luka kecik ja kat kaki...ni idup lg, bleh beckp lg neh, la ni kat spital prince court...tp hp abg rosak sbb accident tu...syikin xblk pn xpa, abg sgt OK" (suara yg cukup ceria!)

namun en hafiz xbleh beckp pjg kerana tepon spital...nnt emergency call nak masuk xbleh plak katanya, haha...

aku xtau pasaipa aku sgt xsedap ati...suamiku xbenarkanku pulang...aku agak tak keruan sbb xleh kontek suamiku dh...dlm 9 lebey adik iparku yg ku panggil 'kak yang' menelefonku...rupanya2 suamiku...dia masih ckp yg dia OK...aku minta kebenaran nk blk kl, tp dia masih suruhku mengajar klas 10pg...setelah beberapa kali tnya, baru la kluaq "klo syikin nk blk, blk laa, tp jgn rush...abg xdak papa pn, series xdak papa...blk la pas klas kol 10 tu, sian kat bebdk kt kolej tu"

aku terus menguruskan cuti dan berangkat ke kl...alhamdulillah smpai di kl kol 12 tghari...


Suamiku yg masih berbaju kemeja gheja dimasukkan ke wad bg menunggu operation ibu jari kaki kirinya...OK ke cmtu???smpai kena operate...aku lega kerana aku berada di sebelah suamiku ketika ini...ujian Allah, namun diseblknya ada peluang yg Allah beri kpdku utk berbakti kpd suami, insyaAllah..




Pertama kali melihat ibu jari suamiku yg masih dlm 'bungkusan' sblm di operate...


Suamiku dimasukkan ke operation theater jam 12.30...lebey kurg 3.15, suamiku tiba di wad kembali, dan ini adalah rupa ibu jari suamiku...dimasukkan dawai kerana tulangnya remuk, masyaAllah...
Antara kenkwn suamiku yg melawat suamiku...terima kasih semua kerana mmberi semangat itu... =)

Antara peluang yg Allah berikan kpdku...
Beginilah rupa ibu jari kaki kiri suamiku...doktor memberitahu ini adalah usaha menyambungkan kembali ibu jarinya, dawai itu utk menyokong tulangnya yg agak hancur...

merenung kesedihan melihat kakinya yang berbalut dan tidak dapat diselamatkan...decision yang dibuat sekarang, ada bahagian ibu jari kaki akan dibuang dan digantikan dengan otot bahagian lain darik badan kerana bahagian ibu jari kaki yang terputus tadi dah tak boleh untuk survive. jika itu yang terbaik untuk ibu jari kaki tersebut, kami redha dengan apa yang Allah berikan....=)
kepada semua, doakanlah kesihatan suamiku dan semoga kita semua dapat mencium hikmah di atas setiap apa yang telah berlaku...ameen.....
















i've found my second half..alhamdulillah...

bersyukur sangat......

He completes me...=) =)

we've been thru lots of thingssssssss.(suka, duka, gumbira n macam2 lagi b4 sampai ke tahap ni...) dan selepas nikah aku bertambah2 gumbira dengan apa yang berlaku dan aku dapat sekarang...really unsangkarable =) =)

insyaAllah dis is da beginning of our new life....may Allah Bless us alwez..ameeen...

pray for us....=)

kepada kengkawan semua, ni nikah ja, walimahnya insyaAllah bulan 12 ni...akan aku sebarkan2 kad nanti....=)Klo nanti andai rasa kenai aku dan tak dapat jemputan, mailah jugak na.....kadang2 tu dalam ramai2 ada jugak yang terlupa..yang tak kenai nak mai jugak punboley ja...insyaAllah cukup ja makanan...(harap2nyalah..klo tak cukup pun mesti ayaq tu ada gaklah)..hehehe

Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedang ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
kali ni sekadar nak berkongsi sebuah lagu yang lirik nya yang sangat.......(pandai2lah nilai sendiri yer...hehe) ya bukan semua kan akan diuji.....kadang2 kira rasa ujian kita dah berat tapi ada lagik orang yang lebey berat ujian dari kita...setiap kali duji cubalah memandang ke bawah, pada orang yang lebey teruk ujiannya.....aku nasihatkan diri aku jugak sebab aku sendiri tak pasti aku ni sekuat dan setabah mana andai apabila ujian itu melanda....yang pasti ujian itu adalah tarbiah daripadaNya...
senyumlah diwaktu susah tanda ketabahan.......
senyuman itu tanda keimanan......

alhamdulillah...
hari ni bertambah lagik setahun usia aku.....lantaklah klo ada orang nak kata aku tak malu promote besdey sendiri =P tapi yang pasti, sekali seumur hidup ja aku akan merasa tarikh yang cantek ini....aku berusia 26 tahun pada 26 Ogos 2009 =) dan insyaAllah starting next year, (kalau dipanjangkan usia) aku akan bertukar status.tahun ni pun status dah bertukar jugak cuma tahun depan insyaAllah lagik kukuh pertukaran itu =) hehehe..dan tahun ini juga besdey aku dalam bulan yang penuh barakah......
.
n today..i've got a big suprise.......from someone who always make me feel perfect...=) insyaAllah.....moga Allah permudahkan jalan kita....=)
tq soooooooooooooo much......(i know, u know who you are...=)
.
n for those yang wish dan doakan aku, tima kasey banyak2 yer........dan sama2 kita mendoakan kebahagian kita bersama.......moga kita semua sentiasa di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang Nya...ameen....=)
.
..............=) =) =) =)............




salam....
dah nak masuk Ramadhan....selamat menunaikan ibadah di bulan penuh barakah ini...rebutlah peluang yang ada sebab kita tak tahu adakah kita akan sentiasa berpeluang.....=)






ni lagu kucing biru version melayu..kucing biru, bulat suka makan kuih donut...=P

Pada suatu petang...
Nobita jalan-jalan...
ternampak sekor kucing berwarna biru....

badannnya bulat-bulat...
suka makan kuih donut...
pabila nampak tikus ia pun melompat...

Nobita ketawa lalu bertanya...
"Uik, takut tikus ka?..."

ang..ang..ang....Doraemon...bla..bla...(aku tak tau dah dia sebut apa =P)


p/s..kalau hampa nak nyanyi kena nyanyi ngan penuh perasaan tau......baru lagu ni jadik sangat menarik....
(u alwez make me smile n laugh...tq sooooo much.....=) =) =)

salam...
entri kali ni adalah entri pasai kaktus.....aku suka nak bagi orang kaktus,sebab agak senang tuk jaga cactus ni...tapi klo nak mati gak nak wat camana kan..ajal maut di tangan Dia....=)
.
.
CACTUS PLANTS

A cactus (plural: cacti or cactuses) is any member of the spine plant family Cactaceae, native to the Americas.

They are often used as
ornamental plants, but some are also crop plants.

Cacti are distinctive and unusual
plants, which are adapted to extremely arid and hot environments, showing a wide range of anatomical and physiological features which conserve water.

Their stems have expanded into green
succulent structures containing the chlorophyll necessary for life and growth, while the leaves have become the spines for which cacti are well known.

Cacti come in a wide range of shapes and sizes.

The tallest is
Pachycereus pringlei, with a maximum recorded height of 19.2 m, and the smallest is Blossfeldia liliputiana, only about 1 cm diameter at maturity.

Cactus
flowers are large, and like the spines and branches arise from areoles.

Many cactus species are night blooming, as they are
pollinated by nocturnal insects or small animals, principally moths and bats. Cacti range in size from small and globular to tall and columnar.



kaktus ni aku bagi dekat sorang hamba Allah tu...hidup subur jugalah cactus ni...=) =)










Subhanallah...cantek kan ciptaan Allah....aku paling suka gambaq last tu.....=)
.
dan kat sini aku terjumpa beberapa quotes yang menarek....saja nak share ja.....=)
.
“Other people may be there to help us, teach us, guide us along our path, but the lesson to be learned is always ours.”
.
“It hurts to love someone and not be loved in return, but what is the most painful is to love someone and never find the courage to let the person know how you feel.”
.
“If you wait to do everything until you're sure it's right, you'll probably never do much of anything.”
.
“Only a life lived for others is a life worth while.”
.
semua quotes ni aku amek darik http://thinkexist.com/ memang aku nak karang sendirik tak ghetilah.....hehehe....


venue: dok makan2 kat hotel tempat berkursus...tima kasey kawanku tuk perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini.....

aku : eh, tak habih ka makan tu? (sambil aku tengok pinggan kawan aku yang masih banyak ngan lauk pauk)
kawan 1 : erm, aku dah tak larat nak makan....tak bley dah nak telan

kawan 2 : eh, tak elok tu tak habeh....tu tanda2 orang riak

aku : erk, tanda2 orang riak? camana tu....

kawan 2 : yerlah, tu mengikut perangai firaun..firaun kan riak....

aku : ooo..ya ka...tak tau plak aku....camana kata klu tak habeh makanan tu riak n ikut perngai firaun plak?

kawan 2 : erm, firaun asalnya sorang yang tak penah membazir time makan....kiranya klo dia makan memang licin lah pinggan dia.....tapi tiba2, satu haghi tu pembantu dia kata..klo nak menunjukkan kegagahan kena makanan banyak2 atas meja...baru nampak kata dia kuat n gagah.....makan tak habeh pun takpa...stat haghi tu, firaun pun hidang makanan atas meja makan dia walaupun dia makan tak habeh pun....baru nampak dia berkuasa....

aku : ooo....patutlah klo tak habeh makanan dia kata riak..kira macam nak tunjuk yag kita ni mewah, makan skit pastu yang lebey tu tak sentuh pun takpa...hehehe..baru aku paham.....yerlah membazir tu kan amalan syaitan gak........

kawan 1 : yerlah, nanti aku amik makanan skit2 ja kat hotel ni walaupun banyak yang dihidang....

moral of the story : klo nak makan kat hotel tu tambah2 dihidang buffet, amik sekadar apa yang nak makan jalah...jangan ikut nafsu sangat walaupun presentation makanan tu memang buat kita terliur.....

"makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang" =)

aku : eh, hampa nak pi parkson ka? nak ikut lah....

hosmet aku : tempat letak kereta anak lelaki.....

aku : hahahaha......apa sila? akak nak pi tempat letak kereta anak pompuan lah plak.....kui..kui....

Subhanallah..........

"a PiCture Speaks a Thousand Words"

salam..

ni plak kenduri fai dengan shahir dekat kluang...gambaq2 ni darik kamera adik aku yang kupinjam...hehehe....fai ni kawan kat matrik, pastu masuk usm sama2...school sama tapi dia amek qs aku amek architecture......tahniah fai....jaga diri n shahir lek lok...=) =) sowi tak dan nak tunggu tengok hang bersanding, tapi sempat tengok hang menikah.....

hang macam anak patung lah...hehehe....
.
.
bersama pengapit fai tuk bersanding...alamak, terlupalah nama dia...huhuhu.....sowi.
.
.

mah ayah pengantin perempuan n lelaki....


salam....
alhamdulillah...aimi dan mahyuddin dah selamat bersatu 7.6.2009...mahyuddin aku kenai waktu kat beseri dan aimi aku kenai waktu kat usm.....so hepi for both of u =)....doakan kami plak lepas ni...=)=)=) gambaq2 ni semua aku amik darik nurin....tq so much nurin bagi aku grab gambaq2 ni darik fb....insyaAllah hang bakal jadik photographer berjaya nanti...hehehe.....



aimi dan mahyuddin....8.6.2009......26.7.2009
.
.



hang memang nampak sangat lain puan aimi...hehehehe

.
.
.


hehehe..tak leh langsung berenggang ngan mahyuddin....=P
.
.
.

mahyuddin, encik hafiz, aku n aimi....=)
bersama pengantin yang tersangatlah hepi........
.
.
.


gambaq ni darik cik nurin yang ayu terkepit di tengah2 jejaka jejaki tu...hehe....tq so much....


assalamualaikum...

aku terbaca sebuah blog yang mana penulisnya telah kembali ke rahmatullah...al-fatihah..
link direct to this blog http://kalam-puncak.blogspot.com/ moga dia bahagia di sana....

(dipetik dari http://tazkirah-umum.blogspot.com/2006/04/amalan-yang-dibawa-selepas-mati.html )
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu
sedekah jariah atau
ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau
anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:
(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.
(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing.Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
.
Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
.
Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.



assalamualaikum...

pelik sangat ka nama tempat Bukit Katil...sekali dengaq n baca aku rasa cam besa ja..tapi tiba2 ada sorang hamba Allah ni membuat andaian2nya camana Bukit Katil dapat nama......Bukit Katil ni nama salah satu tempat kat Melaka yer kawan2.....

first :

mungkin kerana atas bukit tu ada katil (ni biasa ja)

second :

mungkin sebab penduduk dia tidoq bertindan menyebabkan katil2 tersusun bentuk bukit (ni pun agak biasa n agak tak logik kot)

third :


mungkin penduduk kat situ katil depa bentuk bukit sebab penduduk situ tidoq tertonggek.....suatu hari, ketua kampung terkezut dengaq berdas2 tembakan meriam waktu malam sebab penduduk dia lawan tembak ketika tonggek (hahaha..yang ni memang sangat luar biasa n sangat kelakar..tapi aku tak penahlah lagik tengok kewujudan katil bentuk bukit..hehehe...)


hampa ada idea camana terkeluaqnya nama bukit katil? kot2lah idea hampa lagik canggih manggih kan.....hehehe


katil ni leh diconsider bentuk bukit dak? haha..pelik gilos katil double decker ni..tapi agak menarik...tapi katil ni tak dok tepi bukit..dok tepi laut...hehehe...

p/s:sekadar hiburan diwaktu tengah bosan..tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia....=)







assalamualaikum...

entry kali ni adalah entri saja2 setelah tak dak kheja kat opis..hehehehe....

tempat : kafe kolej..

aku(dalam ati) : eh...akak ni nak buat pa plak ngan ayam goreng tu..siap dia soh adik cafe tu potong kecik2 lagik...takkan dia nak makan lagik kot..banyaknya dia makan....dalam pinggan dia ni pun dah ada seketul ayam..takkan dia nak bagi aku plak lagi kot......

tiba2..aku tengok akak tu bagi ayam goreng yang dah dipotong2 kecik tu kat kucing2 yang ada kat sebelah kafe tu.....

wah.... mulianya hati dia...aku tak penah pun nak beli ayam goreng semata2 nak bagi kucing makan....huhuuu...setakat bagi lebihan aku tuk kucing makan adalah......

a lesson for today...sayangilah binatang2 awalaupun dia tak dak akal tapi bila dia sakit dia tetap akan rasa...jadi janganlah tanpa pasai2 tertentu, kita plak yang pi cari pasai dengan dia.saja2 dok menyepaklah, menendang lah n membunuh plak(erk..tu memang lagi kejam)..klo dia tak kacau hidup kita, tak yahlah kita kaco hidup ia.....lenlah klo ia memang membahayakan dan menyusahkan hidup kita tu sangat logiklah tuk kita mengapa2kan ia....=)

tapi aku agak kureng dengan kucing...walaupun kureng tapi tak daklah aku rasa nak sepak2 kucing tu cuma aku agak geli klo nak pegang2 n membelai kucing....tapi klo terpaksa pegang aku pegang gaklah.......aku agak kagum ngan orang2 yang boleh membela binatang dan sangat sayang dengan binatang ni.......
.
mesti semua orang penah dengaq pasal sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat sayang dengan kucing..."Abu Hurairah" (bapa kepada kucing)
.
kat sini sekadar renungan aku letakkan camana beliau mendapat nama Abu Hurairah...sumber ni aku amik dari http://nasikerabupetro.blogspot.com/2008/04/abu-hurairah-kucing-usrah.html dan dari mana sumber cerita-cerita tersebut tak dak plak dinyatakan.....
.
Kisah I - Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu
Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengangelaran Abu Hurairah r.a.
.
Kisah 2 - Sumber : KotaSantri.com (website Indonesia)
Pada masa Jahiliyah orang memanggilnya Abdu Syams (budak matahari). Setelah Allah memuliakannya dengan Islam, Rasulullah SAW bertanya, "Siapa nama anda?""Abdu Syams," jawab Abu Hurairah singkat.
"Bukannya Abdur Rahman?" tanya Rasulullah.
"Demi Allah, anda benar. Nama saya Abdur Rahman, ya Rasulullah!" jawab Abu Hurairah setuju.
Tapi, mengapa yang lebih popular nama Abu Hurairah, bukan Abdur Rahman? Padahal nama itu pemberian Nabi SAW.
Nama Abu Hurairah adalah nama panggilannya waktu kecil. Waktu itu ia punya seekor kucing betina yang sering diajaknya bermain-main. Oleh karena itu teman-temannya menjulukinya Abu Hurairah.
Setelah Rasulullah SAW tahu asal-muasal panggilan itu, beliau sering memanggilnya Abu Hirr sebagai panggilan akrab. Dan sebenarnya, Abu Hurairah sendiri lebih suka dipanggil Abu Hirr berbanding Abu Hurairah. Konon, hirr itu artinya kucing jantan, sedangkan hurairah kucing betina. Menurut Abu Hurairah, kucing jantan lebih baik dari kucing betina.
.
btw,gambaq2 kucing kat atas ni memang comel and nampak sangat manja....hehehe.....



sod baa raa........=) =)
sabar aku ada limitlah sebab aku manusia biasa, tapi insyaAllah aku akan terus berusaha untuk bersabar....
ujian tukan tarbiyah dari Allah..untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran hambaNya....=)