You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...

Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

adik..adik ade belon buihla....jom main jom

kite lawan ek sape dpt masukkan buih ni dalam hidung ek bang

dah dah ..kite datang ni nak kejela..kang abah nak bg kamu makan ape

nilah kehidupan mereka...

hanya gembira untuk sementara

namun demi sesuap nasi

demi masa depan mereka

mereka perlu bersama membantu ayah mereka mencari rezeki

Ya Allah.. Ringankan beban mereka


gambar kat atas ni aku amik darik sebuah fotopages orang...klu korang nak tengok buka web ni http://onthespot.fotopages.com/
terkedu sekejap bila tengok gambar tu, sebabnya aku dulu dan mungkin kebanyakan kita tak payah melalui semua kesusahan macam dua beradik ni sebab kita dah banyak diberi kesenangan darik mak ayah..maka bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan...selalunya manusia sewaktu dalam kesusahan dia lebih mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t kurniakan berbanding bila manusia berada dalam waktu senang...memang patutlah sekali sekala kita ditimpakan dengan kesusahan kerana waktu itu kita lebih menghargai nikmat syukur kepada Pencipta...
moga kita semua tergolong dalam golongan insan-insan yang sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t tak kira waktu susah atau waktu senang....

Syukur itu banyak caranya....
taat beribadah, tekun berusaha...
saling membantu, berkasih sayang...
murah senyuman, hulur sedekah....
Marilah kita beramal bersama....
Rasa bersyukur kita tingkatkan....
(amik skit darik lagu Raihan...hehe)

Alhamdulillah di atas nikmat hidup yang Allah kurniakan....=)

salam....

saja ja buat test kat bawah ni...jawablah yer...aku tak kisah pun hampa tau skit,banyak or tak tau langsung pasal aku pun takpa...klu jawab semua salah pun takpa...bukan nya otak kita boleh ingat semua benda pun....
asalkan hampa semua ikhlas berkawan dengan aku dan tak tipu aku tu dah cukup bagus dan aku berdoa moga ukhuwah yang terjalin ni di bawah rahmat dan kasih sayang daripadaNya...ameen

click kat link ni dan jawablah soklan2nya....
http://www.truefriendtest.com/friendtest/1848093

ni plak result tuk org yang dah jawab
http://www.truefriendtest.com/scoreboard/1848093


Ukhuwahfillah.....=)

salam...

saja kali ni nak berkongsi gambar2 waktu aku attend kenduri kawen kawan2 yang agak rapat...moga diaorang bahagia sampai ke syurga dan dapat membentuk keluarga yang penuh sakinah mawaddah warahmah....sayang hampa semua....




hijreen..
stat kenal dia waktu second year dan boleh kamcing sebab otak dia gila2..
dia ni nampak ja ayu tapi brutal gak tu....
yang pasti klu dengan dia mesti asyik dok gelak ja sebab dia memang suka gelak...



yan (nurul azean)..
roomate waktu first year kat usm...
aku paling tak tahan klu tengok dia jalan...(sori yan terkutuk..Huhu) yang best kawan ngan dia sebab aku akan nampak matured bila dengan dia...

haizura...

zura ni memang sangat lemah lembut...cakap pun slow ja...hehe.....kenai dia sebab first year satu group dah tu plak dia ni org utara...

doa aku moga kengkawan aku semua ni menjadi isteri yang solehah...insyaAllah salah satu cara ke syurga itu adalah dengan mentaati suami..huhu...(aku doakan ni tuk diri sendiri jugak =).....)



Satu Misteri........
Brothers Reunited (Brothers ft Waheedah)

Hadirnya bak hembusan bayu
Meniup lembut dan mengusik kalbu
Dibuai lena hingga terlupa
Semuanya ditelan masa

Namun ada yang memelihara
Bunga-bunga cinta disemai dijaga
Kerna percaya pada kembangnya
Yang akan mewarnai dunia

Cinta...
Tersematkah di istana janji dua jiwa
Cinta...
Terleraikah di antara kaca dan permata
Atau saksi buta..
Rintihan hamba di malam yang gelap gelita

Mungkin bukan cinta biasa
Bukan jua helah pendeta
Yang memuja..
Yang terkecewa
Tampak kabus dipinggir senja

Terleraikah segalanya
Satu misteri di dunia yang fana
Namun harus dipelihara
Walau sementara tak mengapa

Yang tiada pernah memungkirinya janjinya...
Yang kekal untuk selama-lamanya...

kengkawan semua pernah dengar lagu ni? haha..mesti korang kata aku jiwang kan bila baca lirik lagu atas ni...tak kisahlah nak kata aku jiwang ka, suka layan blues ka tapi aku rasa penuh maksud tersirat.....

ekceli lagu ni memang citer pasai cinta lah..tapi nasihatnya adalah supaya kita semua pandai mencari,menilai,dan menghargai cinta..dan paling penting hanya ada satu cinta yang akan membuatkan hidup ini terasa indah selagi mana cinta itu ada dalam hati kita.....first time dengar memang aku tercari2 gak apa yang nak disampaikan dari lirik lagu ni, dan lepas dua tiga kali dengar baru dapat tangkap dan fahami....kadang2 walaupun sesebuah lagu tu tak dikategorikan sebagai lagu nasyid tapi selagi lirik yang disampaikannya tu membawa kepada kebaikan tu pun dah dikira dakwah...salah satu contoh lagu too phat ngan yasin tajuk Alhamdulillah tu...klu betul2 peminat lagu2 rap menghayati dan ikut terhadap apa yang disampaikan oleh lagu tu, memang sangat baguslah...

"Manusia meniti diatas cinta ILAHI untuk mencari cinta manusia dan menerima cinta manusia untuk menambahkan cinta kepada ILAHI.. OLeh itu, carilah cinta insan yang membawa kita kepada cinta ALLAH Yang Satu.."

tepuk dada tanyalah iman, cinta mana satu yang hati kita dahagakan belaiannya...=)



Minggu lepas, bersama dengan sorang sahabat baik sempat kami mendapatkan sedikit pengisian…huhu…ekceli dah lama sangat tak pegi mana2 program, bukannya bz sangat pun tapi buat2 bz. Sepatutnya waktu2 lapang yang masih ada ni patut dipergunakan dengan sebaik2nya..tapi tulah, manusia memang mudah lupa,alpa,leka,lalai dan apa2 ja lagi yang berkaitan dan aku salah sorang yang tergolong dalam golongan tu. Tapi aku mohon diberi kekuatan agar aku dapat keluar dari golongan2 tersebut..Moga kengkawan semua tidak termasuk dalam golongan2 tersebut..ameen…
Ingat lima perkara sebelum lima perkara

1. Sihat sebelum sakit…
tapi bersyukurlah bila sakit kerana itu merupakan tarbiyah dari Allah untuk kita sentiasa menghargai sepenuhnya nikmat sihat dan mempergunakan dengan sebaik2nya waktu sihat tersebut ke arah jalan yang diredhainya..sabar itu separuh daripada iman..=)

2. Muda sebelum tua…
ini pun kalau kita sempat untuk merasa tua..kerana ajal datang tak dak bagi2 apa isyarat..takdernya aka nada warna kuning kerana bila sampainya waktunya terus sahaja warna hijau dan waktu itu maka terpisahlah roh daripada jasad. oleh itu jangan lah tangguhkan apa2 saja perkara kebaikan yang kita nak lakukan, tapi sentiasalah tangguhkan perkara yang rasa2nya tidak mendatangkan faedah kerana setiap perkara kebaikan itu apabila kita niat sahaja sudah dicatatkan pahalanya tetapi suatu perkara keburukan itu akan dicatatkan dosanya apabila kita telah melakukannya..lihatlah betapa sayangnya Allah pada kita, dia bagi dulu kita kesempatan tuk berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara yang bertentengan dengan apa yang disuruhNya..tapi kenapa kita susah sangat nak ikut apa yang disuruhNya…=)

3. Kaya sebelum miskin…
bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah dah kurniakan dan kalau2 rasa ada rezeki lebih tu mungkin bolehlah kita kongsi2 dengan orang lain yang kadangkala tak mampu...kalau kadang2 rasa macam tak cukup ja duit setiap bulan tu cubalah renung2 orang2 yang berada di bawah kita, tapi kalau ditenung orang yang lebih di atas kita mungkin kita akan susah sikit nak mengungkapkan rasa syukur tersebut..lagi perkra yang boleh kita renungkan ialah bila nak menderma kepada masjid dengan duit rm10 rasa berat sangat, tapi tuk dermakan kepada mana2 cinema tak pulak kita rasa berat, mungkin kita boleh munasabah balik diri skit2 kot.rasa2nya mesti ada tersilap skit mana2 suis rasanya…=)

4. Lapang sebelum sempit…
pergunakanlah dengan sebaik2nya waktu2 yang Allah kurniakan..kalau rasa2nya banyak waktu lapang mungkin boleh dicari ilmu2 bagi mendekatkan diri padaNya..

5. Hidup sebelum mati….
apabila meninggalnya seorang anak adam hanya tiga benda yang dibawanya yang boleh membantu iaitu amal yang soleh, sedekah jariah dan juga doa darik anak yang soleh…rumah indah bak istana,kereta yang cun melecun, atau apa2 sahaja harta dunia lain tidak dapat membantu kecualilah segala harta benda tersebut kita pergunakan ke arah jalan yang diredhaiNya…=)

Huhu..terlupa pulak nak bercerita tentang pengisian program minggu lepas…ceramah berkaitan dengan syahadah cinta dan panel2nya adalah ustaz-ustaz yang memang glamer dengan dakwah kepada non Muslim…ustaz mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz John Lukas…Diaorang cerita tentang pengalaman sebelum dan sesudah mengecap nikmat paling tak ternilai apabila dapat mengungkapkan syahadah dan menyatakan cinta kepada Allah s.w.t dan RasulNya….kebanyakan kita mungkin tidak menghadapi ujian2 yang sebegitu hebat sebelum mengenal Islam kerana kita sememangnya dilahirkan ke dunia sebagai seorang Islam…Selalunya apabila sesuatu benda tu sangat sukar untuk dimiliki dan kita perlu berusaha dengan sepenuh tenaga,hati dan perasaan untuk dapatkannya ni akan lebih membuatkan kita menghargainya apabila kita dah dapat…

Daripada keseluruhan program dapatlah dibuat kesimpulan bahawa akhlak kita adalah merupakan jalan terbaik bagaimana untuk berdakwah kepada golongan non Muslim untuk menjadi Muslim. Rasulullah s.a.w sendiri telah menunjukkan akhlak yang sangat mulia untuk menarik orang kepada Islam. Kalau umat Islam sendiri lebih bangga bila dapat berpakaian macam orang barat, erm…tak taulah apa nak kata kan..camana nak suruh orang bukan Islam respek dan kagum pada indahnya Islam….Rasanya sekarang tugas kitalah sebagai Muslim untuk berdakwah skit2 walaupun tidak secara direct..maksudnya dengan mempamerkan akhlak yang mencerminkan diri kita sebagai sorang Muslim..Kalaupun tak mampu jugak, jangan sampai kita mencemarkan Islam tu sendiri sudahlah…Dah bersusah payah Rasulullah s.a.w berdakwah,berjuang,berperang dan bermacam2 lagik baginda dah lakukan untuk menyebarkan Islam dan supaya manusia dapat merasai nikmat iman termasuklah kita, janganlah kita pulak yang kadang2 tu tak menyumbangkan apa2 tuk Islam tiba2 nak mencemarkan pulak agama suci ni…Dahlah tak dak sumbangan tuk Islam, tiba2 pulak buat onar..huhu..malu rasanya….

Kalau kita sayangkan orang kita akan tunjukkan dengan perkataan,perbuatan dan sebagainya supaya orang tu tahu kita sayangkan dia dan macam tulah jugak kalau kita sayangkan Allah,Rasulullah s.a.w dan jugak Islam…zahirkan pada semua perbuatan kita bahawa kita memang sangat sayang pada Islam…Tunjukkan pada Pencipta bahawa kita sangat mencintaiNya dan kita sangat bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yang dikurniakanNya pada kita….Cuba ikut setiap apa yang disuruh dan tinggal segala apa yang dilarang....moga insyaAllah kita semua tergolong dalam golongan2 mereka yang medapat rahmatNya..

Akhlak itu lambang keperibadian Muslim….=)