You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

Assalamualaikum.....

mata belum mengantuk..nak bercerita panjang dalam blog macam belum ada idea....jadik marilah kita update perasaan pada ketika ini terlebih dahulu yer........=)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


miss him so much....tak sabaq nak tunggu esok..
Ya Allah..Kau kuatkanlah ikatan kasih kami sehingga ke syurga...ameen....=)

8.8.2009 - alhamdulillah tarikh ni kami mengorak selangkah lagi ke arah membina masjid =)

8.8.2011 - Alhamdulillah kami mengorak selangkah ke arah membina rumahku syurgaku....




kali ni layan gambaq jerlah dulu yer.....(walaupun memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dalam mengupload...=)

tempat kejadian Vigilands Parken....
ini taman dipenuhi patung2 yang naked....tapi tulah mat2 salleh ni memang suka kot naked2 patung ni sebab klo ada patung ja semuanya mesti tanpa pakaian....

in term of design dan bunga-bungaan memang canteklah...ros pun kembang berseri ja dalam taman ni..... =)







Pertama kali aku menulis blog, sethn yg lalu di mana pertama kali aku jejakkan kaki di bumi oslo ini...
Kali ini, aku kembali lg, tp hanya utk seketika waktu...dan aku kembali menulis blog lagi...
Kenapa aku menulis lagi setelah skian lama berhenti?
Apakah tujuan menulis blog ini? Ternyata aku menulis kerana isteriku :)
Skadar mengupdate keadaanku dan kegiatanku ketika berjauhan...itu pun jika ada masa terluang...
Namun aku menyusun 19 jari setengah sekiranya penulisan ini mengguris perasaan sesetgh individu...setgh jariku telah mengadap illahi 2 tahun yg lalu sbg peringatan buat tuannya ;)
Aku juga membaca byk blog, sesekali terlintas di hati “pada individu manakah mereka tujukan ini?”
“fitnahkan ini?” atau “perlukah menulis suma ini?” atau “smpaikah mesej ini pada org yg ditujui?”
“tak terasa beratkah bahu kiri mereka menulis suma ini?”
Seandainya perkara yg sama terjadi pd blog ini, aku memohon maaf, kerana aku menulis buat kekasih hatiku...
Tetapi skiranya pengalamanku adalah pengajaran hidup buat kita suma, aku mengalukan komen suma skiranya ada yg tidak kena...

Setelah smpai di tpt kerja, aku mengenali seseorg individu...Norweigian, inspector yg akan bekerjasama dgnku...
Tidak byk perlu dibicarakan soal kerja, tetapi apabila waktu senggang, dia byk bertanya...
Melihat aku bersolat, tetiba aku ditnyakan soalan “what is the history of Allah?”
“DUSH!!” Ya Allah apa yg aku nk jwb ini??? Sbenarnya, aku x tahu, tp aku yakin dgn agamaku!
“I’m sorry, to be honest, I don’t know what is the history of Allah, but I know the history of Islam”
Sumpah aku sgt malu dgn jwpn aku, tetapi aku x reti menggoreng menda yg aku x tahu...
Mungkin sbb itu aku hnya mampu menjadi engineer...
Dia tersenyum. Seketika dia berkata “I also don’t know the history of my God. Wait, did I have any?” aku hanya mampu tersenyum...
Kebykan org sini sudah tidak percayakan agama...yup, he’s one of millions of free thinker in Scandinavia!
“The reason I asked because I cannot find it when I google it” ya, mereka sentiasa mencari asas stiap perkara, terkedu aku. Byk perkara yg aku xtahu, sepatutnya aku menjadi sepertinya...
Ini tidak, kenapa doa qunut didiamkan separuh ketika imam membacanya pn aku masih belum mengetahui sedangkan persoalan itu timbul sejak dahulu lg, huhu...Astaghfirullah...
Setelah bersembang serba sedikit psl Islam, kerja menamatkan perbualan kami...
MasyaAllah, mereka mmg byk bertanya...
Terfikir sejenak, kenapa culture kita tidak sebegitu?
Mgkinkah kerana...
“Mak cakap x boleh, x boleh!tak payah nk tnya knapa!!”
“Ayah kata NO, mknanya NO. Discuss mcm mana pun tetap NO!!”
Smoga kita mampu menerangkan segalanya buat anak2 dan semua yg memerlukan penerangan...

Ingin aku bertnya apakah objektif dia hidup di dunia ini, tp tidak sempat...
Kerana soalan itu pernah timbul dlm diriku seketika remaja dahulu...eh, skang pn remaja lg ;p
Apakah tujuan/objektif anda hidup di dunia ini? ;)
Alhamdulillah Allah memberi jwpn dlm Quran “Tidak AKU jadikan jin dan manusia melainkan utk beribadat kepadaKU”
Kita hnya perlu mencari peluang melakukan ibadat2 itu shingga nafas terakhir...
“Ibadatkah ini? Ibadatkah itu?” hanya Allah mampu menilai kerana semuanya bermula dari hati...
Tahukah kita tentang hati kita? Ya, hanya kita dan Allah mengetahuinya...
Tidak guna bersolat dan beribadat jika bukan kerana Lillahitaala atau menunjuk2...
Namun menuntut ilmu tentang ibadat kita, wajib hukumnya...

Setelah hampir smgu bekerja dgnnya, aku dpt rasakan objektif hidupnya mencari “happy”, kegembiraan...
Hidup utk kerja? Itu hanya utk segelintir Malaysian sahaja mungkin, tp apa yg pasti, kerja bkn priority buat mereka...
Mereka inginkan hidup yg gembira, masa happy bersama keluarga dan healthy life style...
Itu sahaja!
Seketika berbicara soal negaranya yg kaya raya ini, (masuk toilet pn 6 hengget!!), dia berkata “we are rich, but I don’t know what’s for?”
“The richest man in Norway has a big body and of course he’s not healthy enough”
“Do you think he’s happy?”
“He has to think how to keep his money safely”. Aku hanya tersenyum mendgr hujahnya...
“If I have 60 billion like he has, I will donate to someone needed as I know I don’t need that much of money for my life”
Dlm fikiranku, alangkah indahnya klo dia beragama Islam...
Dia siap smbung, “even Bill Gate is doing the same thing, donate his money!”
Terus terlintas di fikiranku tentang keperluan dan kemahuan...
Acapkali kita fikirkan kita mahukan itu dan mahukan ini, tp adakah ianya satu keperluan?
Dlm diriku “aku rela melabur RM2 utk brg bernilai RM1 skiranya ia diperlukan, dan tidak akan melabur RM1 utk brg bernilai RM2 klo tidak diperlukan”
Smoga isteri dan anak2ku akan blajar perkara yg sama,amin...
Di sana nnt, hnya 2 perkara yg akan ditnya ttg duit “Dari mana ia datang, dan ke mana ia dibelanjakan”
Utk tujuan itu, aku sentiasa berpesan pada diriku dan isteri agar kami mengetahui pucuk pangkal harta kami...Ya, aku yakin rezeki itu dr Allah, tp kita kena yakini halal br terima...juga ke mana kita laburkan, itu sememangnya within our control ;)
Smoga aku,isteri,anak2 dan keluargaku mampu menjwbnya di sana nnt,amin...
Aku teringt akan pesanan ustaz, apa hukumnya menunaikan haji berkali2 sedangkan umat Islam di negara ini ada yg masih berlapar? Yg wajib hanyalah skali...MasyaAllah, minta dijauhkan...

Berblk kepada cerita inspectorku, weekend ini sbenarnya aku diajak utk berkebun bersama familinya setelah mengetahui aku tiada apa2 plan...
Bkn kerana tidak sudi, cuma aku rasakan ingin merehatkan badanku setelah smgu kurg rest...
Kini aku bekerja di Moss, tgal di Oslo...
Perjlnan dr hotel ke tpt kerjaku memakan masa sejam menaiki train dan 30 minit berjln...itu sehala, jika 2 hala, bayangkanlah...
Ditambah pula dgn waktu solat yg belum biasa bg diriku, sememangnya agak letih kerana tidur sekejap2...maghrib 10.40pm, isyak 12.10am, subuh 2.23am...pukul 6.50am aku terpaksa bekejar ke train station agar aku smpai 8.30am di tpt kerja...adakalanya testing di sini dilakukan sehingga lewat mlm, maghrib baruku tiba di hotelku...maghrib sini kol 10.40 mlm yer, bkn mcm mesia! ;p
Namun aku sedikit gembira kerana dia percayakan aku walopun hanya smgu kenal...
Walopun pada awalnya dia bertnyakan ttg seks bg org muslim...“In Islam, sex without marriage is NOT allowed”terangku
Namun dia menyatakan statistik menunjukkan kebykan kes rogol di sini dilakukan oleh muslim African terhadap perempuan Norweigian mabuk...
Adeh, tersedu kejap aku mendengarnya...nasib baik dia menerima peneranganku bahawa itu adalah kejahatan individu, bkn Islam yg mengajar begitu, malah ada hukuman khusus buat mereka...malu aku dibuatnya...
Sama2lah kita membetulkan keadaan agar keindahan Islam terpancar di mata dunia...
Tidak dinafikan, imej seseorg muslim melambangkan muslim yg lain di negara yg majoritinya non muslim ini,huhu :(
Berckp psl imej, aku sering mengingatkan diriku dan isteriku...
Menutup aurat bgku adalah pakaian yg kita yakini utk dibawa bersolat, x kira laki atau wanita...
Bermakna kata, jika telekung tiada, kaum hawa yakin utk bersolat dgn pakaiannya...
Jgn telekung dijadikan alasan utk tidak bersolat atau telekung awam kotor menjadi penghalang...
Jika kita tidak yakin utk bersolat dgn pakaian yg kita pakai sekarang, maka kita tidak menutup aurat!
Skadar peringatan buat diriku dan org lain...

Smoga Allah menguatkan imanku dan muslim yg lain dlm menjwb pertanyaan2 mereka ttg Islam,amin...

assalamualaikum...

hari sabtu yang lepas (4 jun 2011) sekali lagi suamiku berangkat ke bumi scandinavia untuk mencari rezeki...kali ni pi taklah selama yang sebelum ni....insyaAllah lagi 2 minggu suamiku akan pulang ke Malaysia....doakan suamiku selamat pergi dan balik yer.......=)

("nak sambung belajar ka ni? " mode perasan muda oleh encik suami bila encik kastam bertanya...=P) gambar ni waktu pi first time tahun lepas.....gambar amek dari facebook peja,tq so much yer...

abg, sayang doakan semoga semuanya dipermudahkan olehNYA....semoga kepermegian abg yang sekejap itu akan menambahkan lagi rasa cinta dan kasih sayang antara kita dan padaNYA.....do take a very good care of yourself....sayang abg selalu....=)

assalamualaikum...

kali ni kita sambung kembali journey kita ke bumi oslo..ni adalah tempat pertama yang hasben aku bawak tuk berjalan...sebenarnya dah tak ada aktiviti di pagi raya jadi hasben tercinta bawak jalan2 ke taman botani yang jaraknya mungkin hanya sekangkang kera dengan apartmen yang hasben aku sewa...waktu aku sampai ni masih lagi musim panas, jadi bunga2 masih banyak yang sedang berkembang mekar dan sangat nampak hijau.......mintak maaf yer kalau gambar kurang memuaskan kerana kami hanya menggunakan camera digital biasa dan photographer masih di tahap amatur.....mari kita jalan2 sekitar Oslo Botanical Garden...=)

(pokok kaktus yang kalau pi cameron pun korang leh jumpa)


(hijau kan rumput taman ni....rasa macam nak landing ja tapi rumput ni agak tebal yang menyebabkan aku berfikir berulang kali untuk landing..hehehe)


(setiap 'information board' mesti ada tulisan braille....sangat user friendly....semua orang tak kisahlah serba kekurangan atau tak layak untuk mengetahui apa yang berada di taman ni...tapi tuk orang malaysia macam kita terpaksa belajar bahasa norwaylah baru leh paham...Norwegian sangat mengagungkan bahasa ibunda mereka....)


(pilihan di tangan anda....=)


(ni adalah semak samun yang cantek.......)


(cantek kan bunga ni...?)


(ni plak model yang akan menghasilkan album tak lama lagi..tapi jangan tunggu bila akan muncul albumnya yer.......hehehe...btw, nak tunjuk pokok yang daunnya berjuntai tu.....pokok ni ala2 pokok janda merana tapi rasanya bukan sebab tekstur daunnya agak lain...mungkin boleh dicari apa nama pokok ini...hehe)

(ni plak ada air terjun mini yang cantek....sila abaikan model di depan yer sebab dah tak dak gambar lain yang boleh digunakan......)

(ni adalah rupa sebenar air terjun di atas yang aku dapat daripada encik gugel.......sebab gambar ni pakai kamera canggih, jadinya efek warna nampak lebih menarik....)


(gambar bunga besar kat depan tu sila abaikan dan tolong lihat bunga-bunga lain di sebelah yer...)


(lastly, port yang aku dan hasben paling suka.....entah kenapa kami rasa pemandangan ni sangat cantik...di tambah plak dengan dua orang model dihadapan...(mode perasan..=p) gambar ni disnap oleh seorang minah norway yang baik hati yang penah sampai ke malaysia....hehehe..femes malaysia ni kat negara luar...)

untuk kali ni rasanya itu sahaja dulu kot...alhamdulillah dapat merasa keindahan negara orang dan moga bertambahlah rasa kesyukuran dan kekaguman kita pada penciptaNYA.....=)

assalamualaikum..

wah..lamanya tak updet blog ni...ingat ni baru nak berjinak2 kembali lah menulis dalam blog...selamat membaca......=)

assalamualaikum....

tuk kali ni mari kita bercerita tentang pasai puasa dan hari raya di oslo..puasa dan raya pertama bersama suami serta pertama kalinya tak beraya bersama famili di malaysia.....
aku sempat berpuasa sehari ja di oslo memandangkan kat sini raya lebih awal..oslo raya hari khamis dan malaysia raya hari jumaat....aku sampai oslo hari rabu jadi sempatlah berbuka bersama suami di bulan Ramadan buat pertama kalinya sejak menjadi suami isteri...tapi rasanya macam puasa hampir 24 jam jugak sebab waktu m'sia dan norway yang berbeza.stat naik flight dari klia dalam pukul 12 malam waktu m'sia dan sampai ke oslo dalam pukul 9 waktu norway...beza masa oslo n norway adalah 6 jam waktu tu...bila sampai ja oslo aku berpuasa sampai pukul 8 malam...jadi bila dikira2 rasanya adalah dekat 25 jam tak makan...sepatutnya ada diner dalam flight tapi memandangkan aku terhele awal jadik terpaksalah berpuasa tanpa sahur...(tu salah diri sendiri) tapi alhamdulillah taklah rasa lapar sangat dan dapat menyempurnakan ibadat tersebut.
ni adalah menu pertama aku di bumi oslo.....burger ayam dari sweden dengan salad yang sangat sedap ditambah cheese dan sos cili bawa dari m'sia serta air suam memang sangat menyelerakan...gigitan pertama tu memang sangat nikmatlah rasa ditambah plak ni hasil tangan air suami..lagiklah sedap rasanya....=)

hari raya kali ni makan yang simple2 ja...aku sempat buat rendang menggunakan perencah daripada kedai mak cik kat jasin..tapi memang sedap...then ada rebus ketupat skit tuk kami berdua...rendang ni sempat gak bawak tuk kak mar n famili sebab nak beraya kat rumah dia malam tu....
kat atas adalah menu kami di pagi hari raya...ekceli sepatutnya makan waktu berbuka tapi memandangkan burger dah membuatkan kami sangat kenyang jadik kami makan ni di pagi raya b4 pi solat sunat....sayur kubis dengan sambal udang yang dimasak oleh chef Hafiz..=) sangat sedap tapi agak pedas sebab cili2 kat sini semuanya pedas..bayangkan cili padi tu depa jadikan cili kering...adus, 5 biji ja pun dah buley berasap rasanya...tq so much abg ;-)
ni plak biskut raya kami....sebab apa banyak sangat almond london? sebabnya encik Hafiz sangat suka makan kuih daripada cekelat n kacang2....almond london aku buat dengan kak not....semperit mak buat dan popia simpul tu mama buat......sangat sedap semuanya....=) lupa plak tart nenas tu beli dengan adik assila....

ni kami di pagi raya tengah bersiap2 nak pi solat sunat aidilfitri.....


siang raya kami memang tak kemana2 sekadar bergambar dekat taman botani then lepas tu dok rumah sambil makan2 n tengok fb..hehehe...tapi malam tu baru pi beraya ke rumah kak mar...rumah kak mar ni ala2 malaysia hall gaklah kat oslo ni...kat norway tak dak apa2 pejabat kedutaan atau pesuruhjaya tinggi dan kalau ada pun kat stockholm sweden...jadiknya umah kak marlah tempat berkumpulnya semua orang2 malaysia kalau nak buata ap2 event....famili kak mar ni memang ramah tamah........malam tu gerak pi rumah kak mar n tido kat sana sebab esoknya kak mar nak buat makan2 skit sempena aidilfitri....alhamdulillah time ni dapatlah jumpa ramai orang malaysia....=)

sekitar majlis makan2 sempena aidilfitri....tuan rumah yang berbaju melayu maroon...

ni bersama sebahagian orang malaysia kat oslo...tuan rumah yang berbaju hitam putih dan bertudung hitam....yang lain2 tu semuanya stay kat oslo sebab depa kawen ngan orang norway....
ni plak anak kak farah....bapak mat norway mak minah malaysia lalu lahirnya anak yang sangat cute ini.....
keseokannya pada hari sabtu ada plak makan2 kat rumah kak ayu (yang membelakangkan kamera tu)...alhamdulillah meriah jugak raya kami kat oslo walaupun sedey jugak sebab jauh darik famili....alhamdulillah kami diberikan pengalaman yang berharga untuk beraya di bumi orang...walaupun tak semeriah di malaysia tapi aku hepi sebab dapat beraya bersama suami untuk kali pertama setelah kami dinikahkan pada raya ketiga tahun sebelumnya..Alhamdulillah.....=)
lepas ni kita jalan2 sekitar oslo plak yer.....=)
to be continued....


assalamualaikum....

setelah sekian lama ni baru rasa ada semangat tuk mengupdet blog ini....dah lama sangat dok umah rasa malas mencengkam untuk menupdet blog..tapi sebagai kenangan di masa hadapan..lalu kugagahkan juga untuk menupdet blog kami ini....=) banyaknya gambaq2 jalah kot dengan sikit2 penerangan tuk dikongsi bersama semasa berada di bumi asing...hehehehe..btw, sorilah klo ada setengah cerita tu telah diceritakan oleh Encik Hafiz...repeat dua, tiga atau empat kali pun takpa kan....=)

tengok yang belakang tu ada rupa2 masjid dak? mostly masjid kat sini memang attach ngan bangunan lain dan biasanya kat corner2 ja..tapi masjid depa nampak ja macam tu dalam Alhamdulillah besaq n muatlah nak menampung jemaah tuk solat jumaat..yang aku sempat pi masjid Pakistan waktu solat hari sunat hari raya aidilfitri tapi bukan masjid dalam gambaq ni...aku pi masjid lain....memang sangat asing rasanya berada dalam masjid bersama2 ngan orang yang lain tapi Islam menyatukan semua manusia tak kisahlah apa pun warna kulitnya...kebanyakannya Muslim kat sini orang Pakistan tapi yang tak bestnya depa pun macam ada berpuak2 jugak....huhuhu...

inilah tempat pertama yang hasben aku bawak tuk berjalan2 di pagi raya..memandangkan tak dak rumah sapa2 nak diziarah lagik tuk hari ni so kami mengambil keputusan melakukan ziarah ke sekitar taman botani yang terletak kira2 5 minit dari apartmen kami....cantek gak sebab ni dah hujung2 spring n nak masuk autumn...daun masih belum berguguran dan time spring tak environmentnya hampir sama ja ngan Malaysia cuma suhu ja lebih sejuk dari Malaysia..rasanya macam kalau kita dok kat Cameron Highland ja suhunya....

yang belakang tu apartmen yang suami aku sewa..rasanya gambaq apartmentnya dah ada dalam entri hasben aku yang terdahulu....tingkat empat tu...sangat bagus tuk exercise..bila turun rasa tak nak naik dah...dan bila naik rasa malas nak turun2...hehehehe.......tapi tuk berjalan2 di sekitar oslo ni agak best sebab selalunya cuaca tidak terlalu panas...ala2 suam2 kuku gitu...(erk ada ka term tu tuk suhu =P)
next adalah entri pasai raya kami di oslo....later i'll update k.....=)
to be continued.....................................................



Sempena hari lahir abg yang ke 28, sayang harap semoga hidup kita bersama sentiasa diredhai dan dirahmatiNya...
Alhamdulillah sayang sangat bahagia bila kita dapat hidup bersama dalam erti kata hasben n wife yang sebenaqnya selama hampir sebulan setengah lalu...kita mangkit pagi n bila nak tidoq malam dapat menghadap muka yang sama =)

insyaAllah harapnya suatu hari nanti kita akan dapat kembali merasai kehidupan seperti itu untuk sepanjang hidup kita.....=)

pejam celik, pejam celik tak terasa masa yang berlalu walaupun sebenarnya dah hampir 1 tahun 4 bulan kita disatukan sebagai suami isteri....rasa macam baru semalam jer nikah...hehehe...setakat ni dah macam2 kita lalui dan share bersama....moga kebahagian kita ini akan sampaia ke syurga...dan alhamdulillah dah macam2 kita belajar dalam saling mengenali antara satu sama lain serta meneruskan kehidupan bersama di muka bumi ini...

insyaAllah syg sentiasa menanti kepulangan abg dan semoga kerja2 abg disana berjalan dengan lancar dan sentiasa dipermudahkanNYA......ameen......

Selamat Hari Lahir Encik Mohamad Hafiz Bin Abd Halin...2.1.2011
Suamiku dunia dan akhirat......
Moga kebahagiaan kita bersama sampai ke syurga....
syg sangat suka gambaq ni sebab bila tengok abg happy syg pun rasa sangat happy....=)
p/s : sori entri ni sangat lambat sebab besdey abg dah lama lepas...huhuhu..tapi sayang nak letak gak supaya nanti bila belek2 blog ni kita akan sentiasa ingat kan....=)