You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

assalamualaikum....

aku dapat cerita ni darik blog nasrah..tq nasrah...

kalau kengkawan penah kecewa ka dalam bercinta memang elok sangatlah baca citer ni..tak yahlah nak sedey2 sangat sebab apa yang berlaku terkandung hikmah disebaliknya yang perlu kita singkap satu persatu kenapa benda tu berlaku..mungkin jugak disebabkan kelalaian dan kealpaan kita dalam mengharungi kehidupan...moga kita sentiasa diberi petunjuk olehNya...


.
Mana Satu Pilihan Hati
http://www.iluvislam.com/
oleh: aisyahhumaira
.
Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ” Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Saya memintas, “Tak faham..”
.
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
.
Secret Admire
.
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
.
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. .
.
Adakah ia suatu diskriminasi?
.
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
.
Bukan luar biasa
.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
.
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
.
Redha
.
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
~the end~

"Wa makaru wa makarALLAH, wallahu khairul maakirin"
~kita merancang, ALLAH juga merancang, namun, DIA lah sebaik-baik perancang~
.

Selagi Allah di hati hidupkan pasti sentiasa tenang.......=)

Laskar Pelangi The Movie
(darik novel feveret aku...Laskar Pelangi)
assalamualaikum...

citer ni memang membuatkan aku sangat teruja tuk tengok..tapi lambat lagiklah aku akan dapat tengok sebabnya kat indonesia pun 25 september ni baru nak kuaq kat wayang...tapi aku akan bersabaq...hehe...aku tengok trailer pun dah macam best, tapi aku tak nak letak high expectation sangat sebab nanti takut keciwa plak bila tak menarik sangat macam filem ayat2 cinta....novel memang best tapi bila jadik movie agak kureng bagi aku....huhu...alangkah baguihnya kalau penerbit filem malaysia ramai yang buat filem2 yang memang boleh bawak kesan dalam kehidupan masyarakat kita...
.
.
Iran bagi aku memang pandai buat filem pasai kisah hidup rakyat ni..filem "Children of Heaven" (klu aku tak silap memang darik Iranlah...klu salah tolong betuikan) memang menginsafkan betul tentang erti kehidupan bagi orang2 yang kadang2 agak kurang berkemampuan darik segi material...citer pasai sepasang kasut yang dikongsi oleh dua orang adik beradik tapi cukup aku berasa sangat bersyukur dengan segala apa yang aku ada sekarang....erm, klu di Malaysia, filem2 dia bagi aku kadang2 memang tak bagi banyak sangat makna sebabnya lebih kepada hiburan...ops sori terkutuk tapi tu juz pendapat aku yang tak expert pun tentang filem...tapi alangkah baiknya jika setiap filem yang dihasilkan tu mampu tuk mengajak kita mengingati DIA dan bukan sekadar tuk hiburan semata2.....
.
.
huhu..tapi aku pun tengok gak filem afdlin shauki sebabnya aku suka kalau dia berlakon...kawan2 pun pelik klu tengok aku dok gelak ja, padahal kadang2 tu tak daklah lawak sangat, tapi entahlah, afdlin memang best...=) bukan semua orang boleh buat orang ketawa, anugerah Allah jugak tuk dia sebabnya dia ada sense of humor yang sangat menceriakan aku bila tengok dia berlakon...dia berlakon iklan petronas pun aku suka, dalam dok sedih tu pun still aku nampak humor kat dalam diri dia....lagipun setiap orang ada kelebihan masing2...
ni plak adalah link tuk tengok trailer laskar pelangi tu....
.
.
erm, dok citer pasai filem, tak sedaq plak kita skang dah masuk 15 Ramadhan...huhu..cepat betui masa berlalu..tapi aku rasa belum ada banyak perubahan pun dekat diri aku sepanjang 15 hari yang berlalu ni...rasa ralat betui dengan diri sendiri....buat kawan2 yang len, kejarlah betui2 10 malam terakhir tu, sebab tahun depan untung nasib kita belum tahu lagik camana....(peringatan tuk diri sendirik jugak)...apa2pun berusahalah tuk yang terbaik bagi diri sendirik...
"try our very best, and let Allah complete the rest"
.
.
so, tu jerlah entry tuk kali ni...tetiba ja citer pasai filem...tak penah pun aku sangat teringin nak tengok citer2 ni tapi Laskar Pelangi ni memang buat aku teringin sangat nak tengok....
.
.
tambah skit lagik...hehe...ost from laskar pelangi the movie...
.
Lirik Laskar Pelangi (Nidji, Ost. Laskar Pelangi):
......................................................
mungkin adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya
.
laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa
.
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
.
selamanya…
.
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
.
laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi
.
menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia
.
selamanya…
.
dan ni ada skit lagik aku amik plak darik lagu baru fareast duet ngan inteam tajuk explorasi..tapi still cerita pasai pelangi....really meaningful aku rasa..tapi pandai2lah kita tafsir sendiri sebab manusia ni macam2 dan depend macam mana kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku...
.
"Bukan mudah, melukis pelangi di langit yang tertinggi,
tanpa hadir gerimis dan sinar mentari"
.
Selamat menunaikan ibadah di bulan penuh barakah ini...





assalamualaikum...
Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya dapat lagi kita semua bertemu dengan Ramadhan dalam keadaan sihat walafiat..dan kita masih diberikan peluang untuk mendekatkan diri kepadaNya, memohon keampunan dan membuktikan rasa cinta kepadaNya....

bercakap tentang Ramadhan, mesti tak dapat lupakan saat waktu berbuka dan bertarawih,dan kenangan paling best adalah zaman2 belajar di usm...aku dengan kawan2 suka jugak berbuka di masjid usm sebab makan free kan..hehe..tapi ekceli bukan makan free tu yang sepatutnya kita kejar sangat dan yang patut dikejar adalah masa-masa yang lebih banyak dapat dihabiskan tuk beriktikaf di masjid...kitaorang akan ke masjid biasanya pukul 6.30 dan lepas dah amik makanan, banyak masa leh habiskan tuk membaca helaian2 suci yang kadangkala di bulan2 biasa hanya beberapa helai dapat kita baca dalam satu hari dan kadangkala tu hanya beberapa ayat saja sempat dibaca..huhu....


.makanan tuk berbuka sememangnya adalah nasi berlauk yang memang terasa sangat nikmatnya walaupun kadang2 bila pi lewat ke masjid nasik dah nak abis pun lauknya dan tinggal kuah ja..tapi kuah dan nasik pun dah rasa sedap sangat sebab tengah lapar...mungkin time nilah boleh mengajar kita macam agaknya perasaan org yang kadang2 makan pun tak cukup...lepas ja berbuka, semua akan solat maghrib berjemaah dan majoriti student yang tak dak apa2 hal urusan akan terus berada dalam masjid untuk menunggu waktu bagi menunaikan solat isyak dan tarawih....waktu2 nilah boleh dilakukan dengan pengisian2 yang sepatutnya....tarawih kat usm dulu 8 rakaat ja tambah dengan 3 rakaat witir...dan biasanya akan ada sedikit tazkirah selepas solat sunat selesai.....dan paling tak boleh lupa kitaorang ada jugak ustaz kegermaran tuk jadik imam..memang sejuk ja dengar bacaan ustaz tu....aku rasa kawan2 aku still boleh ingat ustaz mana satu tu...
.
dan bersahur plak, selalunya kitaorang bersahur kat bilik jalah....untuk sepuluh malam terakhir, ada jugak disediakan makanan tuk bersahur sebab masjid usm akan dihidupkan dengan qiyamullail....aku tak sempat nak merasa malam2 terakhir ni disebabkan oleh beberapa sebab2 tertentu...huhu.....memang rasa rugi sangat....kadang2 aku ngan kengkawan bersahur jugak kat kedai2 mamak terpilih yang dekat2 dengan usm dan pilihan kitaorang semestinyalah subaidah...hehe....makanan feveret plak, sungguh kurang berkhasiat..apa lagi klu bukan megi goreng subaidah...setakat ni dah banyak kedai mamak aku try megi goreng tapi belum lagi jumpa sebest tukang masak subaidah tu goreng...harap2 tak daklah dia jampi apa2 pun kat megi goreng tu sampai aku dah teraddicted...huhu......


memang bulan Ramadan sangat mengingatkan aku pada usm sebabnya kami belajar macam2 benda dalam bulan ni..berjihad tuk mencarik ilmu di bulan barakah ini walaupun tidaklah setanding dengan bagaimana Rasulullah berjihad di medan perang dalam bulan Ramadhan, namun ianya tetap sedikit sebanyak mengajar aku pada erti kesabaran...berbuka dengan seadanya berbanding kalau berbuka kat rumah yang memang banyak hidangan akan terhidang, bersahur pun kadang2 bangun, kadang2 sedar dah azan subuh....huhu..tapi semua pengalaman indah zaman2 menuntut ilmu.....
.
Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun, seharusnya kesempatan yang ada ni kita pergunakan dengan sebaiknya...mungkin jugak ini adalah Ramadhan terakhir tuk kita...
.
Sabda Rasulullah s.a.w
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, Bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang Bulan Ramadhan itu, dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu meraka dan dibelenggu segala syaitan"
Lastly..tahniah buat usm yang muncul sebagai universiti apex pertama di Malaysia setelah bersaing dengan universiti-universiti lain..bangga jugak sebab penah belajaq kat sana...=) apa2pun biaqlah pembangunan akademik seiring dengan pembangunan akhlak...klu lahir generasi cerdik pandai pun yang seiring dunia akhirat....