You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...

Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

Sekadar coretan buat insan yg bergelar isteri dan bakal2 isteri...

Kami, para suami...
Tidak pernah mengharapkan pengorbanan kami dihargai...
Kerana pengorbanan itu tanggungjawab kami, pengorbanan itu ibadah kami...
Kerana kami yakin Allah Maha Mengetahui, dan kami yakin janji Allah itu pasti...
Pengorbanan kami pasti DIA hargai, dan hidup kami bukan untuk diri sendiri...
Usaha kami, kegagalan kami, kejayaan kami, biarlah Allah sahaja yg selami...
Kami tidak perlu dipuji-puji...Wallahi, kami tak minta dihargai...
Namun andai terpacul “abg skrg dah ada pilihan yg lain?” dari mulut seorg isteri...
Atau “U dah ada org lain ke?”, “Awak ada perempuan lain?” atau soalan2 yg sama erti...
Sedangkan kami teguh dan utuh pada panji kesetiaan kami...
Ketahuilah olehmu isteri, patah hati kerana kepercayaan diragui tak mungkin akan diubati...
Kehidupan hari-hari mendatang takkan seperti dahulu lg, itu sudah pasti...
Kerana kejujuran kami berikan selama ini sudah tiada nilai lagi...
Kerana pengorbanan kami selama ini bagai tiada ertinya lagi...
Selaklah diari dari hari pertama kehidupan kami, carilah bukti pendokong soalan sendiri...
Bukan bukti kpd pengorbanan kami, tp bukti kesetiaan kami yg kamu ragui...
Andai kata bukti tidak ditemui, berdoalah pada Allah, minta hatimu dibersihi...
Dan tanya hatimu kembali, kenapa soalan tersebut timbul melangkaui nikmat yg patut disyukuri...
Juga tepuklah dada sendiri, pernahkah sang suami meragui dirimu wahai sang isteri???
Sentiasa beringatlah dalam diri, dimana letaknya seorang suami jika Islam betul2 diselami...
Jika kerana Allah kamu sayangi sang suami...
Namun itu bukan lesen besar buat kami bergelar suami...
Untuk meninggi diri apetah lagi menghukum insan yg disayangi...
Semoga Allah memberkati perjuangan dan pengorbanan kami para suami...
Ketahuilah wahai isteri, sebelum tido kami, kami maafi dan kami redhai kamu stiap hari...
Kerana andai kata tido kami tidak berjaga lagi esok hari,
Sekurang2nya langkahmu ke syurga tidak terhenti kerana kami...
Semoga kamu sentiasa berbahagia di sana nnt...insyaallah...

Ini sekadar coretan dikala sepi...
sekadar peringatan buat keluarga sendiri...
tiada kena mengena dgn yg hidup ataupun mati...
namun jika ada soalan ini pernah ditujui...
maka ketahuilah apa yg dirasai oleh insan bergelar seorg suami... 
dan berfikirlah dgn akal dan mata hati, kenapa terdetik soalan ini...
sedangkan suamimu berkorban demimu dan anak2 setiap hari...



Smgu di Cairo puasaku seronok walopun agak lama...(16 jam je pun!;p)
Stiap kali berbuka, pasti ada yg ajak bersama...
Terima kasih bos-bos dan rakan sekerja...
Terima kasih isteri2 bos yg masakkan mkanan asia...
Jasa kalian hanya Allah yg boleh membalasnya...
Sekurang2nya 3 pinggan aku belasah selamba..;p
Kalo berbuka di restoran pula, nasi arab la mknannya...
Sepinggan nasi arab aku sorg saja, kuangkat muka nmpak bos terbeliak mata,
Hang mkn ka mentekedarah depa tnya, aku senyum smpai telinga, pastu malu tak semena-mena...
Itulah terjadi kalo makan tak ingat dunia, dalam hati takmo membazir mknan yg depa belanja... ;p
 Yg pasti berbuka dgn rakan2 semalaysia...
Alhamdulillah, syukur tak terkata...terasa hidup seperti 1 keluarga...

Minggu kedua cabaran puasaku bermula...
Idupku offshore kali ini bukan di atas kapal dari Malaysia...
Utk pengetahuan semua, klo kapal Malaysia mknannya halal belaka...
Itu keutamaan Petronas utk semua pekerja-pekerjanya...
Tp kapal kali ini flag Norway, bermakna kata halal not their way...
Kapal ini bukan Petronas yg sewa, jd halal haram cerita kedua...
Maka berdepanlah aku dgn ujian, sahur dan berbuka blum tentu bersajian...

Termasuk aku, org muslim ats kpl ini hanya tiga...
Dua org Egyptian, sorg hero hensem Malaya... ;p
Bukan niatku utk menjaja cerita, cuma tersemat sekelumit kecewa...
Kedua dua mereka makan apa saja, kerana mereka yakin halal semuanya...
Namun boss aku pernah berkata, pak arab x kisah dan darurat pd mereka...
Jadi tak hairan jika mereka belasah apa yg ada...tp blum pernah ada ba alif ba ya...
Kini tinggallah aku seorg diri, membawa diri dgn mazhab shafie...
Yg mana boleh dielak, aku elaki, namun pinggan mangkuk aku tak berdaya nak samak di sini...
Yer lah, nama dok tgh laut, mana ada tanah yg aku nak kaut...huhu

Aku terus mengkaji, dari mana kapal ini sebelum tibanya ia di sini...
Mana tau kot2 pembekalnya diyakini, boleh aku mkn klo ikan tidak dihidangi...
Scotland tpt terakhir persinggahnnya, tentu dr sana juga pembekal makanannya...
Aku sorg diri yg dok gundah gulana, bekalan mereka ada cop halal ka?
Namun Alhamdulillah syukur pada yg Esa, setiap waktu sahur dan iftarku ada rezeki drNYA...
Stiap kali sahur roti dah ada, mmg sedap makan dgn nutella,
Hanya ikan kucari waktu berbuka, jd vegetarian klo seafood tiada...
Aku bersyukur pada yg Esa, kerana di sini kugapai pengalaman berharga...
Dapat merasa mknan tanpa rasa, dapat pengalaman xlalu nak mkn sekali sekala...
Jadi vegetarian khidupan biasa, walopun sayurnya direbus sahaja...
Tp yg pasti rezekiku sentiasa ada, jika dibandingkan dgn muslim di Gaza... L

Tukang masak asal dr Filipina, katanya mknan terhidang halal semua...
Tp aku sorg kurang percaya, sijil halal ku cari tak jumpa2...
Depa yg berdua tak kira apa, punyalah sedap mkn segalanya...
Hari ke 7 jelas kebenarannya, kunampak menu “Pork sour stew” di whiteboard tertera...
Itu menu bg mereka syif mlm, ketika aku sahur depa lupa nak padam...
Dalam hati bertambah geram, muka tukang masak kurasa nak hentam...
Mana dia blajaq pork tu tak haram, sat lg aku flying kick, dlm laut hang tersembam...(fuyoh!!)
Bukan dek kerana Pork yg aku rasa semacam, tp dek mempermainkan nilai halal buat aku merah padam...
Tp maklumla aku ni limited ketinggian, takut nak flying kick muka terkena pinggan...(t’ganu yer sbb nk akhiri dgn an ;p)
Klo dibandingkan saiz badan, saiz pehaku hanya depa punya lengan...
Cuba bayang saiz peha depa klo melawan, mau kat spital aku posa sebulan...
Jadi aku postpone dlu ku punya angan2, lepas sahur setel baru aku pikirkan...
Nasib baik Islam mengajar jgn berdendam, kemarahan td dalam hati kupadam...

Aku kaji bekalan makanan, selalunya stiap 2 mgu akan ada bekalan baru...
Bekalan mknan dr Egypt sudah tentu, kerana tempat terdekat kami di situ...
Hari ke 8 ku dapat tahu, kapal bekalan mknan sedia menunggu...
Namun laut bergelora terpaksa tunggu, sblm transfer bekalan mknan baru...
Nampaknya ada sedikit harapan, utk cari mknan halal dimakan...
Andai ada sijil halal sbg kepastian, bekalan lama abis dlu akan kupastikan...
Barulah yakin utk aku makan, barulah bertambah sket lemak di badan...;p
Bukan kerana tak ckup berat badan, skadar nak cari penebat sejuk tahap gaban...
Klo dilihat muscle yg ada ni pun boleh tahan, sikit lg nak sama dgn Salman Khan... ;p
Tp bila pakai bju tebal org tak perasan, depa dok kata aku tak ckup keberatan...
Al-maklumlah muscle ku mcm tuan, nak kluaq depan2 jd malu segan... ;p
Tu yg nyorok dlm pakaian, hanya kluaq bila diperlukan... ;p

Cukup di sini entry kali ini, kalo ada ms nnt kutulis lg...
Doakan aku disini lalu nak makan, utk jlni sisa2 baki Ramadhan...
Semoga tahun ini lebih baik dr thn kemudian, smoga puasa kita suma dapat keberkatan...
Mohon maaf pengakhiran perkataan, andai ayatku mengganggu perasaan...


Akhirnya...setelah sekian lama tak berupdate...blog ini diupdate oleh Encik Hafiz.....=) tq so much abg kerana menulis...


 Ramadhan di perantauan...


Ramadhan di perantauan...
Alhamdulillah diberi kesempatan melalui Ramadhan tahun ini...
Alhamdulillah dikurniakan isteri yg begitu memahami...
Alhamdulillah terpilih menjalani puasa di pelbagai negeri...
Alhamdulillah puasa di offshore ini lebih mengenali kekuatan dan kelemahan diri...

Ayat pertama tak perlu aku definisikan lagi...
Kerana semua yg memasuki bulan Ramadhan pasti mensyukuri nikmat ini...
Begitu jugalah aku, hamba yg kerdil penuh dosa utk kembali...
Kembali menilai isi ibadatku saban tahun saban hari...
Kembali menadah tangan agar segala dosaku diampuni...
Kembali beribadat, bertaubat dan bersyukur tanpa syaitan disisi...
Adakah ibadatku berbeza sblm ramadhan dan sekarang ini?
“Hari ini lebih baik dari semlm” sentiasa niat di hati ini...
Tp adakah itu benar-benar terjadi?
Astaghfirullahal’azim...smoga kelalaian aku diampuni... ;(

Ayat keduaku bukanlah berniat memuji isteri...
Hanya bersyukur dengan respond yg isteriku beri...
“Abg akan ke offshore bulan posa ni syg” ayat dari seorg suami...
“Tp insyaAllah abg blk seminggu sblm raya” ayat penyedap hati...
‘Kalo mcm tu, abg mungkin raya offshore nnt’ ayat pertama sang isteri ungkapi...
“Huiisshh, awat syg doa lagu tu?” ‘Sepanjang abg offshore, tak pernah abg blk ontime lg’
Alhamdulillah, hampir 5 tahun hidup bersama, aku punyai isteri yg cukup memahami... J
‘Nnt kat offshore abg tgk2lah jenama stroller yg syg pilih tu’ pantun daripada seorg isteri...
“InsyaAllah, abg tgk2 bila ada masa nnt...” cuba mengerti hasrat sang isteri...
Walaupun semua mengetahui, engineer dan architect jarang sependapat sejoli...
Architect lebih kpd cantik itu ini, engineer lebih focus kpd functionality...
Namun isteriku pasti menyedari, keputusan di tangan suami, cuma penjelasanku perlu diyakini...
Mmg la kan, sbb kita yg nak bilang pitihnya nnt, salah bilang mahu aku posa lg... ;p
Cuma peringatan buat kita sang suami, menjaga hati isteri nafkah batin yg hakiki...
Cara nak explain kena hati-hati, silap mengayat nnt, mulut muncung 14 inci...;p
Itulah Islam yg kita pelajari, lebih indah kalo mendalami...;)

Ayat ketiga dan keempat aku rangkumkan sekali...
Supaya kesinambungannya lebih difahami...
30/6 tarikh keberangkatanku ke oversea lg...
Meninggalkan mesia, ibu ayah dan isteri...
Kali ini ke negara Islam yg dahulu disegani...
Namun cabaran politiknya kini, tak siapa berani lawati...
Negara Egypt akan ku jejaki, untuk mencari sesuap nasi...
Tinggal2kan isteri kalo kita sayangi, itulah peluang yg Allah beri ;p
Cuma agak berbeza kali ini, pergiku shari slps Ramadhan, pulangku smgu slps Aidilfitri...
Alhamdulillah, tak semua org menerima peluang sebegini...
Kerana kekuatan diri tak siapa ketahui, melainkan bila kita diuji...
Isteriku? Perrghhh kuatnya hingga “Abg tak kena p offshore lg???” ;p


Antara ayat isteri klo dah lama kt umah aku berhibernisasi...
 
Alamak, mengantuk pulak aku skang ni...
Esok lusa aku sambung lg, tu pun kalo ada masa lg nnt...
Maklumla, Idup offshore mmg sebegini, selalu busy, kekadang ja free...
Nak karang blog bukannya reti, kena tgu masa free br boleh merepek lg...