You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

“DisakitkanNya kita sekejab tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula, itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya. Dipanggil-panggil kepadaNya untuk meminta itu dan ini. Tuhan amat melayani hambaNya tetapi hamba langsung tidak peduli.”

baca jer mesej ni darik dilah kat ym tadi buat aku terpikir sekejap..tapi memang betullah....kita selalu sangat carik DIA waktu kita susah...dalam hidup waktu senang kita mudah lupa kat DIA.....tapi Dia tetap bagi kita rezeki dan sayang kita selalu....ada lagi satu quote yang aku suka...bagi aku menginsafkan...

"Kasih sayang itu milikNya...dia hadiahkan kepada kita untuk dikongsi dengan insan lain dan Dia berhak untuk menariknya kembali.....bukan kerana Dia membenci kita tapi kerana Dia rindu untuk mendengar rintihan hambaNya..."

tengok tu...memang bila susah kita akan carik Dia dengan penuh semangat...tulah manusia...(termasuklah aku)..tapi yang penting bersyukurlah jugak walaupun susah ja baru kita mencari, sebab tu tandanya kita masih ada iman...cuba bayangkan org yang bila susah ja rasa nak bunuh diri, rasa macam tak nak hidup....ni aku refer pada orang Islamlah....mana peginya pergantungan kita pada yang Pencipta.....nauzubillah, mintak dijauhkan kita semua dari jadi camtu......

waktu study dulu, aku suka bersembang dengan sorang classmate chinese ni...satu hari bercerita pasal sembahyang..dia kata dia sembahyang bila time nak exam ja.......hari2 lain dia pas ja kat mak dia tuk sembahyang bagi pihak dia...erm,nak tergelak pun ada bila dia gtau camtu tapi mana bleh gelak depan dia...pastu dia kata lagi bagi dia apa2 yang dia buat semua atas usaha dia..contoh if nak berjaya dalam exam, klu dia usaha dia dapatlah, if tak klu dia sembahyang pun tak dapat apa2 gak...huhu...tu pendapat dialah...tapi bagi kita yang Muslim ni, apa2 pun yang kita usahakan kenalah diiringi dengan doa dan tawakal pada Allah s.w.t....segalanya adalah milik Dia...Dia ada hak tuk bagi atau tak sebabnya, Dia lebih mengetahui mana yang terbaik tuk kita...

Persandaran makhluk hanya pada Tuhannya..
Tempat dia pasrahkan segalanya..
Jangan bersandar selain daripadaNya....

Pelihara Iman dan Amal.....=)

laskar pelangi....sang pemimpi....edensor....
pengarangnya....AndRea HirATa


ni adalah buku2 yang sangat aku suka....bagi aku sangatlah best citernya..penuh motivation....dan penuh dengan lawak2 yang sangat menyedarkan aku tentang betapa bertuahnya aku berada di Malaysia...

paling aku suka antara 3 buah buku ni mestilah laskar pelangi..tapi yang dua lagi tu pun best jugak..huhu..kesimpulannya ketiga2nya best cuma suka aku terlebih skit kat buku laskar pelangi tu sebab tu buku first yang aku baca......

buku ni adalah cerita benar pasal penulisnya..andrea hirata.....
camana kehidupan dia darik kecik sampailah berjaya abiskan master....citer tentang kawan2 dia yang 10 org yang dipanggil anggota laskar pelangi..semua citer ni berlaku kat pulau belitong dan pastinya kebanyakannya tempat adalah di indonesia kecuali bagi buku endensor yang citerkan pengembaraan tukang tulis buku ni mengembara ke eropah waktu dia sambung master......

aku sangat mengesyorkan kawan2 semua tuk baca buku ni sebab hampa semua akan lebih menghargai kehidupan bila hampa baca buku ni...klu kita rasa susah ada lagi orang yang lebih susah darik kita...buku ni bukannya nak buat kita bersedih tapi nak mengajar kita erti kehidupan dan lebih menghargai kehidupan serta kepentingan sahabat dalam meniupkan semangat2 waktu kita sedang belajar mendaki puncak harapan dan kejayaan.......

bacalah wei.klu hampa rasa tak best gtau aku sebab setakat ni belum ada orang yang aku promote suh baca buku ni kata tak best..tapi stat baca dari laskar pelangi dulu, then klu interested ngan citer tu baru beli sambungannya sang pemimpi dan edensor....dan aku agak yakin yang hampa akan beli buku seterusnya bila dah baca laskar pelangi.....

MEMBACA JAMBATAN ILMU....=)

erm..kadang2 terpikir sejauh mana kita ni sebagai seorang muslim atau muslimah mempraktikkan Islam dalam kehidupan dengan sebaiknya2...kalau solat sendiri kita tak jaga, tak yah nak cakaplah pasal benda2 len dalam Islam....klu solat tu betul2 dijaga insyaAllah benda2 lain pun dengan agak automatiknya akan terjaga....aurat, pergaulan dan segala hal yang menggambarkan sebagai seorang penganut agama terulung ini....

last tuesday, aku tertarik sangat dengan pandangan sorang lecturer chinese berkaitan dengan Islam...katanya " dalam banyak2 agama yang dah dia kaji dan lihat, bagi dia Islam adalah agama yang paling bagus dan sentiasa mengajar penganutnya tuk berdisiplin...dalam Islam setiap org wajib solat 5 waktu dan lelaki wajib kena pegi solat Jumaat...kalau agama lain mana ada..klu kristian setakat kena pi church hari ahad ja...."

tengok klu org bukan Islam pun boleh rasa kepentingan solat, kenapa kita yang Muslim ni tak reti2 nak jaga solat...(aku ingatkan diri aku jugak...hhuuuhu..sebab aku pun selalu ralit dengan solat)

lecturer chinese tadik siap pi buat kajian lagi pasai masjid sebab dia kata salah satu cita2 dia adalah nak bina masjid, tapi tak penah dapat walau camana pun dia berusaha tuk dapatkan tender sebab dia ni bukan Islam....tapi memang betullah, klu aku jadi org yang nak bagi projek tu pun, aku takkan bagi tender projek buat masjid tuk org bukan Islam.....yang pasti dia cukup respek dengan cara Islam mendidik penganut dia....

lecturer chinese ni ada firm sendiri, dan keja2 mengajar ni adalah keja2 part time dia ja.....dan dia ada gtau sebab apa dia buat part time padahal dia dah kaya raya pun dengan firm dia..sebabnya dia suka tuk memberi ilmu...dia penah dengar ada sorang Muslim cakap yang kalau kita bagi ilmu dekat orang, sebelah kaki kita dah ke syurga.....aku pun tak pasti pasai ni, tapi yang penting menyampaikan ilmu tu memang amalan yang mulia kalau kita ikhlas....dan paling aku takleh lupa bila dia ada mention yang dia takderlah dapat pun sebelah kaki ke syurga tu sebab dia bukan Islam....

dan aku sedaq bahawa hidayah itu milik Allah s.w.t...sejauh mana pun dia kaji dan respect pada Islam..dia tetap tak kemana selagi Allah tak kurniakan hidayah tu..

Bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai sorang Muslim...sebab bukan semua manusia dikurniakannya..dengan itu peliharalah nikmat iman yang dah dikurniakan tu..cuba naikkannya setiap hari walaupun bagi aku sangatlah susah nak naikkan..nak maintain pun susah..huhu.selalu macam rasa dok jatuh ja cuma belum tahap merudum dan tergolek2 lagi...

erm..aku taklah pandai bercakap bab agama..cuma ni sekadar pandangan aku yang lemah....

assalamualaikum.....

2 hari lepas dapat dua mesej yang rasanya sangatlah unik daripada salah sorang sahabat rapat dari usm.....hasil ciptaan dia sendiri....dan sememangnya klu bab merepek boleh diserahkan pada sahabatku yang sorang ni...bersama2 dengan lin, memang macam2 cerita merepek diaorang boleh merepek....windunya jugak nak dengar depa merepek2 lagi ni....so, kat sini dengan penuhnya bangganya naklah letak mesej2 indah hasil cetusan minda dan ilham farah@chett.....

Walau tak sebanyak SONGSANGAN POPULASI,
Walau tak sepersis TOLOK SKRU MIKROMETER,
Walau SISIHAN RELATIF tak dapat diukur dan RALAT tidak dapat dilihat, Tapi persahabatan kita bak IKATAN KOVALEN yang sukar diputuskan....=)

Persahabatan ala USM....
Semoga persahabatan ini setinggi BUKIT JAMBUL,
Sehijau TASIK HARAPAN,
Semahal lauk TEKUN,
Sesedap meggi goreng SUBAIDAH,
Seluas PADANG MINDEN,
Sejauh KOMTAR,
Sesesak CHOWRASTA,
Sebesar QUEENSBAY dan sebanyak biawak di TASIK AMAN....hehe

Bukan semua orang dikurniakan dengan otak2 kreatif dan aku rasanya salah sorang yang kureng skit bab2 kreatif ni walaupun dulu amik course design mendesign....aku sayang pada semua sahabat2 yang sentiasa ada di sebelah aku waktu aku susah dan kadang2 ada kadang2 hilang waktu aku senang...hehe....waktu aku busy aku plak yang halau hampa bila hampa mai kacau...huhu..moga ukhuwah yang terjalin ni semuanya mendapat REDHA ILAHI......

PrAY HaRd wORk SmArT


lin, farah dan aku di tepi tasik penuh nostalgia....haha..
berlatarbelakangkan banjaran titiwangsa....






assalamualaikum....

setelah sekian lama asyik membaca blog orang..hari ni tiba2 rasa teringin nak start menulis untuk blog sendiri....blog di friendster dah ada tapi kat ofis kena blocklahh pulak...
sekadar untuk perkongsian sesuatu dalam hidup yang tak lah sebest mana pun cumanya rasa teringin tuk menulis..moga cetusan rasa hati ni mampu untuk dimanfaatkan bersama2 dengan sahabat2 di luar.....insyaAllah.....