You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedang ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
kali ni sekadar nak berkongsi sebuah lagu yang lirik nya yang sangat.......(pandai2lah nilai sendiri yer...hehe) ya bukan semua kan akan diuji.....kadang2 kira rasa ujian kita dah berat tapi ada lagik orang yang lebey berat ujian dari kita...setiap kali duji cubalah memandang ke bawah, pada orang yang lebey teruk ujiannya.....aku nasihatkan diri aku jugak sebab aku sendiri tak pasti aku ni sekuat dan setabah mana andai apabila ujian itu melanda....yang pasti ujian itu adalah tarbiah daripadaNya...
senyumlah diwaktu susah tanda ketabahan.......
senyuman itu tanda keimanan......

6 comments:

sy juz nk bgtau, tunang awk tersenyum baca entry ni :)
(sebenarnya byk menda yg awk buat tunang awk slalu tersenyum!)

dia bgtau kat sy,
"winning horse doesnt know why it runs in race, it runs bcoz of beats and pains...
Life is a race, ALLAH is your rider...
so, if u're in pains, think ALLAH wants u to win...ALLAH know where should u heading to" :)

dia bgtau kat sy lagi,
"as we sail through life, dont avoid storms and rough waters...
calm seas never make skillful sailors" :)

dia ckp lg, sbg tunang awk, dan bakal sum1 dlm idup awk, dia sgt2 bersyukur adenye insan spt awk hadir dlm hidupnya...alhamdulillah
haih, tunang awk ni xreti nk smpaikan seniri ke? ;p

sy hnye menyampaikan aje ;p

smoga hidup kita suma diredhai ALLAH sentiasa, amin :)

This comment has been removed by a blog administrator.

hahahaaa kak syikin.kt baru nk komen yg ala2 syahdu gak, sbab entri kak yg ni agak mgharukan..tp xjadi nk komen ala2 serius, sbab komen kat atas tu *lawak*..
kalo tunang kak senyum baca entri kak, kt lak dah gelak xingat skrg tgk 'kawan' tunang kak punye komen..

okeh, back to the main subject, semua org akan diberi ujian, Tuhan tahu kita mampu, sbab tu kt diuji. well, every cloud has its silver lining (nak ckp omputeh gak~~)
semua org dapat bahagian masing2.

nota kaki : bile pengkomen hat atas tu nk merevealkan identiti..hahahaa

September 14, 2009 4:34 PM

s@k : terharu sangat2 dengan komen awak pasai tunang saya tu...alwez make me smile...=)

sil : hahaha..hang kena tanya s@k bila dia nak merevealkan diri sendirik...tapi hang gelak pun still sopan ja akak rasa walaupun hang rasa nak guling2......
apa makna hidup tanpa ujian dan camana nak mengukur sejauh mana bersyukurnya kita kalau kita tak diuji kan? setiap yang berlaku ada hikmahnya....=)

Assalamu'alaikum kak,

sudah lama menjadi pembaca senyap yang tak berapa sunyi dekat blog akak.

Dan sesekali rasa nak 'pukul' jugak s@k ni sebab mesej yang dia selalu sampaikan as behalf of tunang akak, bisa buat saya amat cemburu. Huhuhuhu. s@k jangan marah ya :)

Yuhuu, ade orang tu sangat bahagia sampai lupa kawan lama dia kat sini la. Hehe. Jaga Sil tu bebaik. Pok je kalau dia nak gelak guling2 walau nampak sopan, sebab nabi gelak 3 harkat sahaja :p

Between, indah sungguh kata-kata yang tertancap di blog ini samada post entri akak mahupun tukang pengkomen. Dan saya tiadalah tahu berbahasa Inggeris sehebat itu :D

Salam di dalam kemuliaan syiam dan qiam. Dan salam aidulfitri buat akak dan family dan selamatlah untuk perancangan lepas raya ni ya :)

Wassalam

fadilah janganlah rasa nak pukui s@k tu, dia memang cenggitu..pemalu orangnya...

btw, entri kat blog fadilah pun sangat menusuk ke kalbu ayatnya..akak suka baca gaya fadilah berbahasa...tinggi betoi bahasanya...=) teruskan usaha fadilah berdakwah melalui blog