You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

assalamualaikum....

rasanya macam dah lama sangat tak menupdatekan blog ni..kadang2 tu idea ada tapi bila dah sampai ja di depan com,dan start menulis macam abis hilang ja idea..so...kali ni letak two image ja..the first image tu memang aku suka sangat..cam sweet ja..hehe..tapi bukannya image tu sangat yang aku nak korang tengok..tapi kata yang ada kat dalam image tu...

Allah Maha Mengetahui....Dan dia akan sentiasa memberikan yang terbaik tuk hambaNya...Kadang2 dalam hidup kita terlalu banyak mengeluh...maybe sometimes we got nothing we wanted but we received everything we needed.....




Hati ini mungkin tidak seteguh Sumaiyah, Jiwa ini mungkin tidak segagah Fatimah, tulus tidak setanding Rabiatul Adawiah, Jasad ini tidak setegap Masyitah, namun harapku berupaya mencontohi sedikit kekuatan jiwanya Sumaiyah, mencontohi perawakan mulia Mariam, mejadi wanita faqihah sebijak Aishah, menjadi mar'ah setabah hati Asiah, menjadi srikandi sehebat jiwa Sumaiyyah,Menjadi insan indah seanggun akhlak Rabiatul Adawiyah,menjadi isteri solehah setulus kasih Khadijah,semoga menjadi wanita dan kekasih idaman setiap kalbu pencinta Ar-Rahman



Namun, sedarnya di bahu kita terpikul beban perjuangan, Justeru memerlukan sedikit keteguhan hati, keberanian dan ketulusan, kegagahan dari setiap insan bergelar sahabat, Agar diri dapat terus istiqamah bersama dalam perjuangan Muslimah hari ini, mungkin kita tak sehebat muslimah solehah srikandi islam terdahulu, namun, kita masih punya upaya untuk mencontohi mereka sekadar termampu kita, terus berusaha bermujahadah dalam meraih redha dan kasihNYA, menjadi neraca sebagai muslimah hari esok, permata indah hiasan dunia sementara, menjadi calon solehah wanita bidadari syurga....insyaAllah..



"Ya Allah kau perkuatkanlah hati2 kami moga kami bisa menjadi penegak agamaMU dalam dunia penuh dugaan ini....Ameen..."



p/s: entry di atas amik dari blog dilah...penuh makna moga kita mampu melaksanakannya tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dengan sebaik-baiknya....

assalamualaikum....

pagi tadi bising sungguh sorang peminat fanatik MU bila MU dah menang bola piala2 juara2 kot(aku tak ingatlah full name piala tu)...apalah yang best sangat ngan MU tu pun aku tak tau....dah ramai sangat sokong MU jadi aku terpaksalah sokong CHELSEA plak walaupun dulu sekolah menengah aku pernah jugak terjebak dalam menyokong MU....haha..walaupun CHELSEA kalah tapi tu semua nasib ja...sebab MU menang pun panalti ja....(fanatic fan MU mesti bengang gila ngan aku...ops...)....setakat beza satu gol penalti tu ja tak dak efek banyaklah...len kali lawan mesti CHELSEA plaklah menang....
cukuplah cerita bola sepak luar..meh citer pasai bola sepak Malaysia....berkobar2 plak menyokong kedah bila tahun lepas dengan bergayanya kedah berjaya dapat 3 piala...Liga super, FA ngan Piala Malaysia...ish..ish.....aku plak yang bangga padahal tiket pun tak pernah aku sumbangkan...hehe...tapi yang best bila kedah tersenarai dalam 350 (klu tak silap) kelab terbaik dunia....berita ni aku cilok daripada utusan malaysia....
Kedah antara kelab terbaik



KUALA LUMPUR - Kejayaan merangkul ke- juaraan Liga Su- per dan persem- bahan cemer- lang dalam Pi- ala AFC membolehkan pasukan bola sepak Kedah berada di kedudukan 145 kelab dunia dalam rangking Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabang- sa (IFFHS).
Lebih membanggakan kedudukan Kedah itu lebih baik berbanding kedudukan kelab bola sepak Eropah yang yang ternama seperti Aston Villa (156), Ajax Amsterdam (169), Manchester City (217) dan AS Monaco (282).

Rangking yang diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu menunjukkan kedudukan kelab bola sepak seluruh dunia dan pungutan mata berdasarkan pencapaian kelab di kejohanan utama termasuk liga domestik.

Bulan lalu, Kedah berada di kedudukan 266 dan melonjak 121 anak tangga dengan mengumpul 95 mata berkongsi mata dan kedudukan dengan sebuah lagi kelab ternama di Eropah, Feyenoord.

Dalam pada itu, Perak, turut melonjak 214 anak tangga menduduki tangga ke-264 daripada kedudukan 478 pada bulan lalu.

Sementara itu dua pasukan kelab serantau dari Singapura, Angkatan Tentera Singapura berada di tangga ke-81 manakala Home United FC menghuni tempat ke- 98.

Pasukan Liga Perdana England, Manchester United mengungguli rangking berkenaan di tangga teratas, diikuti Chelsea di tempat kedua dan Barcelona di tangga ketiga.

Kedudukan rangking kelab dunia itu boleh dilayari di lama web www.iffhs.de.
hehe.......aku tak minat bola sangat berbanding badminton tapi aku tetap penyokong kedah n...maybe chelsea gak kot....
Kedah..kedah pantang kalah...
walau sakit jatuh dan rebah...
Bangunlah lantas semula gagah...
mujur lalu melintang patah......(cam salah ja lirik ni)....=)

assalamualaikum...

entry kali ni aku lebih berminat tuk bercerita tentang kekalahan malaysia dalam piala thomas walaupun ada cerita lebih hot iaitu dr.Mahathir kuar darik umno....macam2lah politik m'sia, sejak lepas pr hari tu, kecoh sana sini....asalkan keamanan tetap dipelihara, biaqlah mereka nak bertelagah pendapat pun....=)
akhirnya China jugak yang berjaya bawak pulang piala thomas...walaupun m'sia tak menang tapi pueh hati gak at least m'sia tak kalah dengan bergaya pada china waktu separuh akhir..3-2 bukanlah kekalahan yang sangat memalukan...lagipun china dipenuhi pemain2 no 1 dunia....yang bestnya korea kalah...tu memang aku suka sangat sebab korea dah pakai taktik kotor...kononnya tak nak jumpa china pada perlawanan awal dan korea sengaja mengalahkan diri pada peringkat kumpulan dan yang bestnya korea kecundang jugak kat china waktu final...=p
a big claps tuk lee chong wei ngan beregu (fairuzrizwan(betul ker ar ejaan nama dia..huhu) ngan zakry latif) sebab depa menang waktu lawan China.....dan pasni yang pasti kita sedang mengejar gold medal for olympics.....kien keat ngan boon heong plak apa citer ni...macam banyak kekalahan ja...huhu.....dan hafiz, rasanya kena improve banyak kot...sebab slalu sangat kalah ni...(cakap memang senang..hehe..)
k...apa2 pun harap dapat malaysia nanti bawak balik emas waktu olimpik.....
MaJulaH bAdmintOn tuk MalaYsia....=)

assalamualaikum....
hari ni malaysia lawan China plak...ish..ish...harap2 menanglah yer...
3-2 pun jadilah.....tapi klu boleh 5-0 lagik bagus....chaiyok2 malaysia...


team malaysia....

JiKa KAu FikiRkAN kaU boleH,
Kau Pasti BoLEh MElakUkan...
JikA kAU FikiRkAN RAgu2,
UsAHA Mu TIDak Menentu....=)

assalamualaikum....

tiba2 hari ni nak bercerita pasai badminton plak...walaupun tak terrer men sangat..tapi aku suka men badminton...

salah satu sebab yang menyebabkan aku suka badminton ialah nilah satu2nya game yang slalu aku men dengan arwah waktu aku kecik2....darik dia jugak aku blajaq camana nak pandai men badminton....dan bila time piala thomas, kami akan tengok tv sama2....dan yang aku ingat, waktu aku tengok dulu penah m'sia menang..time tu m'sia jugak yang jadik tuan rumah.....

(Al-fatihah..Moga arwah ayah sentiasa dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman....ameen)

memandangkan skang ni tengah hangat citer piala thomas ngan piala uber kat indonesia, tiba2 aku pun jadik teruja balik nak men badminton...tapi aku lagi teruja nak tunggu keputusan..riso ni klu m'sia kalah..tapi adatlah dalam permainan, klu dah ada yang menang mesti ada yang kalah...klu m'sia tak menang pun at least biaqlah dapat masuk final pun...tapi klu dah final mestilah nak menang kan....hehe...(tah hapa2 aku cakap ni)

setakat aku edit entry ni m'sia dah berjaya sampai suku akhir....klu menang nanti dapat masuk separuh akhir..... oklah tu dah separuh akhir....

pasni harap2 masuklah separuh akhir...

BeRsUkaN MenYihatkaN Tubuh Badan...insyaAllah...=)

“DisakitkanNya kita sekejab tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula, itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya. Dipanggil-panggil kepadaNya untuk meminta itu dan ini. Tuhan amat melayani hambaNya tetapi hamba langsung tidak peduli.”

baca jer mesej ni darik dilah kat ym tadi buat aku terpikir sekejap..tapi memang betullah....kita selalu sangat carik DIA waktu kita susah...dalam hidup waktu senang kita mudah lupa kat DIA.....tapi Dia tetap bagi kita rezeki dan sayang kita selalu....ada lagi satu quote yang aku suka...bagi aku menginsafkan...

"Kasih sayang itu milikNya...dia hadiahkan kepada kita untuk dikongsi dengan insan lain dan Dia berhak untuk menariknya kembali.....bukan kerana Dia membenci kita tapi kerana Dia rindu untuk mendengar rintihan hambaNya..."

tengok tu...memang bila susah kita akan carik Dia dengan penuh semangat...tulah manusia...(termasuklah aku)..tapi yang penting bersyukurlah jugak walaupun susah ja baru kita mencari, sebab tu tandanya kita masih ada iman...cuba bayangkan org yang bila susah ja rasa nak bunuh diri, rasa macam tak nak hidup....ni aku refer pada orang Islamlah....mana peginya pergantungan kita pada yang Pencipta.....nauzubillah, mintak dijauhkan kita semua dari jadi camtu......

waktu study dulu, aku suka bersembang dengan sorang classmate chinese ni...satu hari bercerita pasal sembahyang..dia kata dia sembahyang bila time nak exam ja.......hari2 lain dia pas ja kat mak dia tuk sembahyang bagi pihak dia...erm,nak tergelak pun ada bila dia gtau camtu tapi mana bleh gelak depan dia...pastu dia kata lagi bagi dia apa2 yang dia buat semua atas usaha dia..contoh if nak berjaya dalam exam, klu dia usaha dia dapatlah, if tak klu dia sembahyang pun tak dapat apa2 gak...huhu...tu pendapat dialah...tapi bagi kita yang Muslim ni, apa2 pun yang kita usahakan kenalah diiringi dengan doa dan tawakal pada Allah s.w.t....segalanya adalah milik Dia...Dia ada hak tuk bagi atau tak sebabnya, Dia lebih mengetahui mana yang terbaik tuk kita...

Persandaran makhluk hanya pada Tuhannya..
Tempat dia pasrahkan segalanya..
Jangan bersandar selain daripadaNya....

Pelihara Iman dan Amal.....=)