You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

assalamualaikum....

pagi tadi bising sungguh sorang peminat fanatik MU bila MU dah menang bola piala2 juara2 kot(aku tak ingatlah full name piala tu)...apalah yang best sangat ngan MU tu pun aku tak tau....dah ramai sangat sokong MU jadi aku terpaksalah sokong CHELSEA plak walaupun dulu sekolah menengah aku pernah jugak terjebak dalam menyokong MU....haha..walaupun CHELSEA kalah tapi tu semua nasib ja...sebab MU menang pun panalti ja....(fanatic fan MU mesti bengang gila ngan aku...ops...)....setakat beza satu gol penalti tu ja tak dak efek banyaklah...len kali lawan mesti CHELSEA plaklah menang....
cukuplah cerita bola sepak luar..meh citer pasai bola sepak Malaysia....berkobar2 plak menyokong kedah bila tahun lepas dengan bergayanya kedah berjaya dapat 3 piala...Liga super, FA ngan Piala Malaysia...ish..ish.....aku plak yang bangga padahal tiket pun tak pernah aku sumbangkan...hehe...tapi yang best bila kedah tersenarai dalam 350 (klu tak silap) kelab terbaik dunia....berita ni aku cilok daripada utusan malaysia....
Kedah antara kelab terbaik



KUALA LUMPUR - Kejayaan merangkul ke- juaraan Liga Su- per dan persem- bahan cemer- lang dalam Pi- ala AFC membolehkan pasukan bola sepak Kedah berada di kedudukan 145 kelab dunia dalam rangking Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabang- sa (IFFHS).
Lebih membanggakan kedudukan Kedah itu lebih baik berbanding kedudukan kelab bola sepak Eropah yang yang ternama seperti Aston Villa (156), Ajax Amsterdam (169), Manchester City (217) dan AS Monaco (282).

Rangking yang diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu menunjukkan kedudukan kelab bola sepak seluruh dunia dan pungutan mata berdasarkan pencapaian kelab di kejohanan utama termasuk liga domestik.

Bulan lalu, Kedah berada di kedudukan 266 dan melonjak 121 anak tangga dengan mengumpul 95 mata berkongsi mata dan kedudukan dengan sebuah lagi kelab ternama di Eropah, Feyenoord.

Dalam pada itu, Perak, turut melonjak 214 anak tangga menduduki tangga ke-264 daripada kedudukan 478 pada bulan lalu.

Sementara itu dua pasukan kelab serantau dari Singapura, Angkatan Tentera Singapura berada di tangga ke-81 manakala Home United FC menghuni tempat ke- 98.

Pasukan Liga Perdana England, Manchester United mengungguli rangking berkenaan di tangga teratas, diikuti Chelsea di tempat kedua dan Barcelona di tangga ketiga.

Kedudukan rangking kelab dunia itu boleh dilayari di lama web www.iffhs.de.
hehe.......aku tak minat bola sangat berbanding badminton tapi aku tetap penyokong kedah n...maybe chelsea gak kot....
Kedah..kedah pantang kalah...
walau sakit jatuh dan rebah...
Bangunlah lantas semula gagah...
mujur lalu melintang patah......(cam salah ja lirik ni)....=)

0 comments: