You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...

Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

Akhirnya...setelah sekian lama tak berupdate...blog ini diupdate oleh Encik Hafiz.....=) tq so much abg kerana menulis...


 Ramadhan di perantauan...


Ramadhan di perantauan...
Alhamdulillah diberi kesempatan melalui Ramadhan tahun ini...
Alhamdulillah dikurniakan isteri yg begitu memahami...
Alhamdulillah terpilih menjalani puasa di pelbagai negeri...
Alhamdulillah puasa di offshore ini lebih mengenali kekuatan dan kelemahan diri...

Ayat pertama tak perlu aku definisikan lagi...
Kerana semua yg memasuki bulan Ramadhan pasti mensyukuri nikmat ini...
Begitu jugalah aku, hamba yg kerdil penuh dosa utk kembali...
Kembali menilai isi ibadatku saban tahun saban hari...
Kembali menadah tangan agar segala dosaku diampuni...
Kembali beribadat, bertaubat dan bersyukur tanpa syaitan disisi...
Adakah ibadatku berbeza sblm ramadhan dan sekarang ini?
“Hari ini lebih baik dari semlm” sentiasa niat di hati ini...
Tp adakah itu benar-benar terjadi?
Astaghfirullahal’azim...smoga kelalaian aku diampuni... ;(

Ayat keduaku bukanlah berniat memuji isteri...
Hanya bersyukur dengan respond yg isteriku beri...
“Abg akan ke offshore bulan posa ni syg” ayat dari seorg suami...
“Tp insyaAllah abg blk seminggu sblm raya” ayat penyedap hati...
‘Kalo mcm tu, abg mungkin raya offshore nnt’ ayat pertama sang isteri ungkapi...
“Huiisshh, awat syg doa lagu tu?” ‘Sepanjang abg offshore, tak pernah abg blk ontime lg’
Alhamdulillah, hampir 5 tahun hidup bersama, aku punyai isteri yg cukup memahami... J
‘Nnt kat offshore abg tgk2lah jenama stroller yg syg pilih tu’ pantun daripada seorg isteri...
“InsyaAllah, abg tgk2 bila ada masa nnt...” cuba mengerti hasrat sang isteri...
Walaupun semua mengetahui, engineer dan architect jarang sependapat sejoli...
Architect lebih kpd cantik itu ini, engineer lebih focus kpd functionality...
Namun isteriku pasti menyedari, keputusan di tangan suami, cuma penjelasanku perlu diyakini...
Mmg la kan, sbb kita yg nak bilang pitihnya nnt, salah bilang mahu aku posa lg... ;p
Cuma peringatan buat kita sang suami, menjaga hati isteri nafkah batin yg hakiki...
Cara nak explain kena hati-hati, silap mengayat nnt, mulut muncung 14 inci...;p
Itulah Islam yg kita pelajari, lebih indah kalo mendalami...;)

Ayat ketiga dan keempat aku rangkumkan sekali...
Supaya kesinambungannya lebih difahami...
30/6 tarikh keberangkatanku ke oversea lg...
Meninggalkan mesia, ibu ayah dan isteri...
Kali ini ke negara Islam yg dahulu disegani...
Namun cabaran politiknya kini, tak siapa berani lawati...
Negara Egypt akan ku jejaki, untuk mencari sesuap nasi...
Tinggal2kan isteri kalo kita sayangi, itulah peluang yg Allah beri ;p
Cuma agak berbeza kali ini, pergiku shari slps Ramadhan, pulangku smgu slps Aidilfitri...
Alhamdulillah, tak semua org menerima peluang sebegini...
Kerana kekuatan diri tak siapa ketahui, melainkan bila kita diuji...
Isteriku? Perrghhh kuatnya hingga “Abg tak kena p offshore lg???” ;p


Antara ayat isteri klo dah lama kt umah aku berhibernisasi...
 
Alamak, mengantuk pulak aku skang ni...
Esok lusa aku sambung lg, tu pun kalo ada masa lg nnt...
Maklumla, Idup offshore mmg sebegini, selalu busy, kekadang ja free...
Nak karang blog bukannya reti, kena tgu masa free br boleh merepek lg...