You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers


Salam…


Entri kali ni sekadar menceritakan perjalanan yang tak pernah aku impikan dalam hidup. First time dan aku keseorangan kecuali Dia menemaninya bersama iringan doa dari suami tercinta, family dan shabat handai.

Oslo here I come……hehehe….demi tuk berjumpa hasben tercinta, setakat naik flight hampir 13 jam tu apalah sangat kan……=)

Aku mulakan perjalanan dari KLIA dihantaq oleh anak2 sedara beserta ibu bapanya…….jenama syarikat penerbangan yang aku naik…..tak penah aku travel sejauh ni dan sorang2 lah pulak…tapi demi untuk berjumpa suami tercinta, ya, aku kena kuatkan semangat dan tak henti2 berdoa semoga semuanya dipermudahkannya….

Dalam flight, aku rasa tak berada di negara sendiri sebab penuh manusia2 yang sangat asing…..Awal penerbangan, mula2 tgk video, last2 bila sedaq aku dah nak sampai Amsterdam..lama betoi aku tehele……dinner semua aku terlepas, sekadar brekpes tapi tu pun tak sempat sebab waktu soq dah abeh pun…..kesimpulannya aku sekadar minum sky juice ja…..memang betoi2 sky juice lah sebab aku kat sky pun time tu.=)..badan ja kat sky tapi minda aku dah mendarat dulu ke bumi oslo…hehehe…..bila terjaga, sembang2 skit dengan org sebelah, then kepala menerawang kembali apa yang bakal berlaku satg…

B4 landed, Alhamdulillah aku tak payah pening2 nak carik next gate tuk naik flight pi oslo…..info2 yang diberi sangat memudahkan aku….sempat pi toilet sat then continue balik journey aku….adus….punyalah besaq schiphol airport ni…memang xcercise berjalan lebih kurang 1.5km kot….

Ya, dan akhirnya aku masuk ke dalam flight yang akan membawaku ke tempat yang dah hampir sebulan lebih aku menghitung hari……..=)


Dari Amsterdam ke Oslo amek masa dalam lebih kurang 2 jam….tengok awan kat luaq rasa macam nak lompat kluaq n jalan2 atas awan tu…hahaha… Subhanallah memang sangat indah ciptaanNYA…..time ni aku dok terbayang citer kartun pony……tapi yang pasti aku bukan pony ok..so jangan cuba memandai tuk buat apa yang pony buat…itu semua khayalan belaka....huhuhuu

alhamdulillah akhirnya setelah amek beg yang sarat dengan makanan, aku sampai jua ke tempat dituju dan sudah semestinya wajah yang sangat dinanti2 lah muncul dulu bila aku kluaq ja pintu arrival hall tu........fuh, memang hilang terus semua rasa penat naik flight tu.......(sila abaikan muka baru bangun tiodq tu yer, ditambah plak kewangian akibat belum berjaya merasa ayaq free di oslo..=P )
Dan kegumbiraan memang tak terungkap time tu sebab dah dapat jumpa org yang lama ku nanti setelah hampir sebulan setengah tidak ketemu……


Dan aku menghabiskan masa 2 minggu aku di Oslo…..gambarnya nanti aku masukkan dalam entri yang lain sebab kalau masuk entri ni gak panjang sangat jadiknya…..
Setelah 2 minggu, dan sampailah waktu2 yang sangat2 menyedihkan….time to go back to Malaysia..aku bukan sedih nak tinggal Oslo, tapi aku sedih sebab nak tinggalkan hasben aku…nak kena tunggu lagik sebulan setengah untuk dia kembali ke tanah tumpah darah kami…huhuhu….perasaan time ni sangat sukar digambarkan….moga perasaan sebegini akan sentiasa mengingatkan kita padaNya dan supaya kami suami isteri akan sentiasa menghargai antara satu sama lain…….

Dari oslo, aku terbang balik ke Amsterdam airport dan dengan kalutnya aku ke gate tuk amek flight balik ke Malaysia….dahlah masa diberi 30 minit ja…..dengan airport yang besaq tu, semput gak aku berjalan dengan laju……

tgh tunggu boarding tiba2 depa announce ada aircraft prob plak…jadi, KLM terpaksa rearrange balik penumpang2……yang tragisnya akan ada yang tak dapat naik flight malam tu dan kena stay overnight kat Amsterdam. Adus, parah ni…..tunggu punya tunggu, last2 aku tercampak lagik semalam kat Amsterdam…tak pasai2 dapat vacation free lah plak….hotel bagai semua depa tanggung….


nilah flight yang menyebabkan aku tak leh balik malaysia malam tu.......

seb bek aku jumpa dua Malaysian…..aku follow ja depa tuk pi hotel semua…klo tak dak depa memang terpaksa meredah gak bumi yang kalah piala dunia tahun ni…..risau gak wooo, sorang2…klo hilang tak dak sapa sedaq kehilangan aku kat amsterdam tu…..dan time tu memang tak putus2 aku dok gtau hasben aku apa perkembangan yang berlaku…..dan Alhamdulillah akhirnya aku sampai ke hotel dengan selamatnya…..

sedeynya dalam hati, kalau ku tahu flight akan delay camni, lebih baik aku stay lagik semalam kat oslo, at least ada suami di sebelah……..huhuu…tapi tulah kita merancang, Dia juga merancang dan Dia adalah sebaik2 perancang…..


hotel buley tahan tapi klo dah sorang memang tak bermakna ketahanannya....basah katil tu dengan lelehan ayaq mata + ayaq hinguih skali kot...=(


skit2 pemandangan kat amsterdam yang aku sempat snap dalam bas n area dekat2 hotel aku tidoq......bunga tulip yang femes kat holland tu memang tak daklah sebab aku tau aku tercampak kat Amsterdam ja tapi tak tau Amsterdam part mana..maybe aku kat ulu Amsterdam kot....


cakap flight delay ni rupa2nya ada dekat 100 org yang kebanyakannya Malaysian yang tak dapat balik malam tu….oh, masih ramai lagi rupanya….btw, tima kaseylah sesangat pada 2 malaysian yang tolong aku kat Amsterdam itu..sorang lelaki melayu, n sorang lelaki india…siap belanja aku makan lagi……Alhamdulillah ada kedai menjual makanan halal kat Amsterdam airport..jadik tak daklah aku kelaparan….klo tak pun, aku nak telan biskut yang dibekalkan suami aku semalam ja….
bergambaq sat bersama baju yang dah diapakai hampir dua hari....
kat Amsterdam ni disediakan tempat tuk solat....tapi depa buat tuk semua agama.....yang pasti tuk Muslim punya bahagian solat, depa sediakan sejadah, Al-Quran n tunjuk arah kiblat dengan jelas...
Dari Amsterdam, aku kena naik flight ke Bangkok dulu...aku naik KLM…dari Bangkok ke KLIA aku naik Lufthansa…ni first time aku dengaq nama ni..pelik gak..ingat Thailand punya airlines dan aku dok terpikiaq maybe flight pun macam firefly kot tapi jangkaan ku meleset…bley tahan besaq gak aircraft yang aku naik ni….

suvarnabumi airport yang buley tahan gak besaqnya.......yang ni lagik letih berjalan dari Amsterdam Airport aku rasa...2km kot aku jalan2 dalam airport tu.....

setelah hampir 16 jam perjalanan termasuk waktu transit kat Bangkok, Alhamdulillah akhirnya aku sampai ke KLIA dengan selamatnya jam 6.30 pm hari rabu 22 September 2010……..sepatutnya hari ni adalah first anniversary kami berdua mengikut kalender omputih….klo calendar hijrah jatuh pada hari raya ke 3..insyaAllah ada rezeki tahun depan leh celebret kot......

Untuk semua, janganlah rasa gundah gulana sangat andai apa2 pun yang terjadi…yakinlah bahawa Dia sentiasa ada bersama2 kita……..
tiba2 terngiang2 plak lagu mirwana hikmah kembara kat telinga....
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur
di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia
setiap yang berlaku ada hikmahnya........=)

7 comments:

best gila gila! gila pun x best camni. nanti kita kumpul duit banyak2 travel around the world in 80 days eh. haha tetiba.

wah2... seronok nye hang dapat jalan2 a.. bile la aku lak nak dapt jalan luar negara mcm hang.. sambil2 melihat kebesaran-Nya kan.. hurm...

sgt syok!!!ermm..btol kata asil tuh!!!round the world in 80 days..hahahhahaa..i likes that!!!kna kumpul wet nehhh..hehehe

kak...ni ainol tunang firdaus(btul ke pggl kak ni?hehe)sy excited tgk gmbr2...sy pon ske travel kak..insyllh i want to go to oslo one day..

salam syikin...
selamat pulang kembali ke malaysia...alhamdulillah dah selamat sampai... kira status kita samalah sekarg ni..PJJ hehehe..moga sentiasa tabah.sebulan lebih tu sekejap je:) gunalah skype hari2 boleh tgok muka hehe..:) itulah penghubung utama kitorang anak beranak sekarang ni. jimat dan sgt berbaloi..nway moga jarak akan lebih mendekatkan hubungan suami isteri ..take care ye

This comment has been removed by the author.

sil: tak yah tunggu nanti, kita kena mulakan mengumpul dari sekarang....klo nanti2 kita leh beli globe ja tuk travel around the world in half minutes...hehehe

adam: insyaAllah nanti adalah rezeki hang....tapi kena usaha..aku tersampai semua kerana suamiku yang mencari rezeki nun jauh di sana....btw, klo macam hang bestlah skit leh snap gambaq cantik sebab hang ada camera canggih....=)

kak lin: ya..tingkatkan usaha anda bermula darik sekarang...insyaAllah mimpi leh jadi nyata (erk, macam pertandingan realiti tv plak)

ainol: betol lah tu panggey akak..memang lagik tua darik ainol pun..hehehe..insyaAllah nanti ainol pun leh sampai gak

kak ian: wsalam...alhamdulillah sampai akhirnya....
tulah nasib kita sekarang dah sama....tapi akak at least ada anak2 menemani....memang selalu sangat skype pun, bila skype rasa dekat gaklah...=)
insyaAllah moga jarak yang jauh ni lagi membuatkan kita sangat2 menghargai time bersama dan sentiasa diredhai dan dirahmatiNYA...tq kak ian...=)