assalamualaikum.....
entri kali ni memang dari blog org aku amik...http://nisanku.wordpress.com/2008/07/04/lelaki-itu-susah/#comment-79
aku tak kata benda ni betul dan tak plak aku kata salah sebab manusia ni bermacam2 ragamnya...tapi ada gak kot kebenarannya..=P...tapi terpulanglah pada kita camana nak mentafsirkannya......
Wahai kaum hawa, cuba hayati kata-kataku sejenak…
Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya.
Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.
Jika kamu mengatakan hal ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semuaini tidak benar…
Semua manusia tak sempurna...belajar2lah menerima ketaksempurnaan orang lain..=)
Welcome
About Me
- 'AsYiKiN MoHaMeD
- ........Nurul 'AsYikin Mohamed & Mohamad Hafiz Abd Halin....mula hidup bersama dengan izinNYA bermula 22 September 2009/3 Syawal 1430... Anak dan menantu kepada : Pn. Umi Khalsom Mat Hassan & Allahyarham Mohamed Abd Rahman....En.Abd Halin Darus & Pn. Fauziah Hamzah....
senyum mujahid menuju syahid....=)
Today is
Now is......
comments/critics
Blogroll
- afdlin shauki..
- airyd..planning
- akbar...brothers
- amin...inteam
- amiza khusyri....
- assila..
- azhar..jaa
- azri...aero_usm
- dilah..utm
- diyana farid...
- dyana..
- fairuz zainal.....
- faisal tehrani
- gayour
- hafiz hamidun
- ito lara...
- izza...
- kak pah..cupcakes yang comel.....
- kak shana....usm
- kak sue...
- laskar pelangi
- nabil..fareast
- nasrah
- nurin zulkifli.....
- orang lipis
- papan.....
- pyan saujana
- rahim...inteam
- sakina...im...
- salmi..beseri
- sang pelangi....irfan jani
- shu..asasi..
- taha hassan.....
- yan...azean
- zhafran
guest? who...????
FEEDJIT Live Traffic Feed
Labels
- Aidilfitri (2)
- Hikmah Kembara (9)
- Home Sweet Home (1)
- Oslo (4)
- Pertandingan (1)
- Sana Sini (1)
- Ulangtahun (2)
- Walimah (3)
Facebook Badge
saja ja letak gambar cupcake ni...ni memang taraf amatur lah..ekceli aku tolong kak pah dahtu dia bagi aku conteng2 kat cupcake yang lebih2...dan aku bagi hasil tangan aku dekat fai(5)...banyaklah lagi perlu diimprove ni..comot n selekeh ja aku rasa hasil yang aku buat ni...huhu..sorilah kak pah, anak murid ni memang kurang memberangsangkan sangat hasil kerjanya....
assalamualaikum..
hari ni dah hari ke 13 di bulan Syawal..rasanya masih belum lewat kan tuk ucapkan salam aidilfitri buat kengkawan yang membaca blog ni..yang tak baca pun nak jugak mintak maap sebenaqnya..huhu....dan di kesempatan ni jugak, atas rasa diri ni tak penah sempurna dan tak pernah lari dari sebarang kesilapan, aku nak mintak ampun dan atas atas kesilapan kepada semua kawan2 yang penah mengenali diri aku...dalam kita bergelak ketawa, bersembang, berhujah, bercerita, bernasihat, bermain2 dan segala apa juga jenis aktiviti yang kengkawan penah lakukan bersama dengan aku, mungkin dalam tak sedar aku ada mengguriskan hati dan membuatkan korang rasa tak senang.tertoreh kat mana2 aku mintak maap yer...aku mintak agar dapat dimaafkan segala kesalahan yang aku lakukan...kira kita mula kembali dengan 0-0 yer....=)

mendayu suara, meniti angkasa..
lagu atas ni nowseeheart,raihan,rem ngan ajai nyanyi klu tak silap...tak sangka aku leh ingat lagik lirik dia..tapi tak taulah klu tersilap..hehe...
Salam KemaaFan Di AidilFitri...=)

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ” Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Saya memintas, “Tak faham..”
.

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. .
Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
mungkin adalah kunci
laskar pelangi
menarilah dan terus tertawa
selamanya…
cinta kepada hidup
laskar pelangi
menarilah dan terus tertawa
selamanya…


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, Bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang Bulan Ramadhan itu, dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu meraka dan dibelenggu segala syaitan"
Assalamualaikum…
Bulan lepas aku dengan kengkawan sempat menghabiskan masa selama hampir 3 jam jugaklah buat lawatan ke zoo negara. Ni semua idea Kak Malie sebab dia datang kl tuk archidex dan dah boring nak g jalan2 ke mana2 shopping complex. Jadik dial ah yang buat decision nak melawat zoo…mulanya macam pelik gak tapi rupa2nya best gak melawat zoo ni…
Seingat2nya, last skali aku melawat zoo waktu umo 9 tahun kira2 16 tahun lepas..Ya Allah cepatnya kan masa berjalan..klu dikata tempoh 16 tahun tu panjang, aku yang dulu dak sek rendah skang dah abis laja pun sampai dah keja tapi tuk zoo negara tu tak Nampak sangat perubahan yang ketara..rasanya samar2 ingatan aku tetap kata keadaan zoo tu still macam sama dari dulu sampai sekarang..mungkin ada sedikit pertambahan dari segi haiwan2 yang ada kat situ lah kot..klu dulu zirafah tu hanya dua ekor, mungkin jugak dia dah beranak pinak dan ada 2,3 ekor anak….tapi environment zoo tu masih macam dulu, tu bagi akulah..tak taulah kalau korang yang melawat rasa dah tak sama….biaq lah zoo tu tak berubah tapi kita sebagai manusia perlukan perubahan atau dalam bahasa sedap skit reformasi….ops, ni bukan reformasi dalam politik tapi reformasi tuk diri kita sendiri….
camana reformasi tuk diri sendirik, kalau dulu solat slalu di lewat2 waktu sampai solat zohor tu 2,3 minit sebelum azan asar, mungkin nanti benda tu boleh diupgrade kepada lagik 30 minit sebelum asar, kemudian naik sejam, lepas tu satu setengah jam dan lepas tu kepada waktu2 awal bila masuknya time zohor...tu pun dah dikira satu reformasi yang baik...kita sebagai manusia biasa dan iman kita sendirik ada turun dan naiknya...bila rasa2 dah terturun perlu dinaikkan segera..supaya kita tak makin jauh dariNya....bila diuji baru tersedaq betapa dekatnya Dia dengan kita kalau kita selalu mendekatkan diri kita kepadaNya....
sayangilah makhluk2 lain....=)






