You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

assalamualaikum...

aku terbaca sebuah blog yang mana penulisnya telah kembali ke rahmatullah...al-fatihah..
link direct to this blog http://kalam-puncak.blogspot.com/ moga dia bahagia di sana....

(dipetik dari http://tazkirah-umum.blogspot.com/2006/04/amalan-yang-dibawa-selepas-mati.html )
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu
sedekah jariah atau
ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau
anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Pertama "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:
(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(2) Mendirikan - atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya.
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum.
(4) Mendirikan rumah "musafir khanah" untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya.
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur'an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.Amalan "waqaf" dalam Islam ini telah bermula semenjak zaman Rasulullah s.a.w.(3) dan telah berkembang di negara-negara Islam hingga hari ini dan seterusnya, malah ada yang datang membentuk "Kementerian Waqaf di negara masing-masing.Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka tuan punya harta itu akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
.
Kedua: "Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya.Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati.
.
Ketiga: "Anaknya yang soleh yang berdoa untuknya"Doa anak kepada kedua ibu bapanya, sama ada anak itu orang yang soleh atau sebaliknya adalah baik dan berguna. Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadithnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.Serentak dengan itu kedua ibu bapa akan mendapat rahmat disebabkan usahanya mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya dan mendapat rahmat pula disebabkan doa anaknya yang soleh itu.



assalamualaikum...

pelik sangat ka nama tempat Bukit Katil...sekali dengaq n baca aku rasa cam besa ja..tapi tiba2 ada sorang hamba Allah ni membuat andaian2nya camana Bukit Katil dapat nama......Bukit Katil ni nama salah satu tempat kat Melaka yer kawan2.....

first :

mungkin kerana atas bukit tu ada katil (ni biasa ja)

second :

mungkin sebab penduduk dia tidoq bertindan menyebabkan katil2 tersusun bentuk bukit (ni pun agak biasa n agak tak logik kot)

third :


mungkin penduduk kat situ katil depa bentuk bukit sebab penduduk situ tidoq tertonggek.....suatu hari, ketua kampung terkezut dengaq berdas2 tembakan meriam waktu malam sebab penduduk dia lawan tembak ketika tonggek (hahaha..yang ni memang sangat luar biasa n sangat kelakar..tapi aku tak penahlah lagik tengok kewujudan katil bentuk bukit..hehehe...)


hampa ada idea camana terkeluaqnya nama bukit katil? kot2lah idea hampa lagik canggih manggih kan.....hehehe


katil ni leh diconsider bentuk bukit dak? haha..pelik gilos katil double decker ni..tapi agak menarik...tapi katil ni tak dok tepi bukit..dok tepi laut...hehehe...

p/s:sekadar hiburan diwaktu tengah bosan..tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia....=)







assalamualaikum...

entry kali ni adalah entri saja2 setelah tak dak kheja kat opis..hehehehe....

tempat : kafe kolej..

aku(dalam ati) : eh...akak ni nak buat pa plak ngan ayam goreng tu..siap dia soh adik cafe tu potong kecik2 lagik...takkan dia nak makan lagik kot..banyaknya dia makan....dalam pinggan dia ni pun dah ada seketul ayam..takkan dia nak bagi aku plak lagi kot......

tiba2..aku tengok akak tu bagi ayam goreng yang dah dipotong2 kecik tu kat kucing2 yang ada kat sebelah kafe tu.....

wah.... mulianya hati dia...aku tak penah pun nak beli ayam goreng semata2 nak bagi kucing makan....huhuuu...setakat bagi lebihan aku tuk kucing makan adalah......

a lesson for today...sayangilah binatang2 awalaupun dia tak dak akal tapi bila dia sakit dia tetap akan rasa...jadi janganlah tanpa pasai2 tertentu, kita plak yang pi cari pasai dengan dia.saja2 dok menyepaklah, menendang lah n membunuh plak(erk..tu memang lagi kejam)..klo dia tak kacau hidup kita, tak yahlah kita kaco hidup ia.....lenlah klo ia memang membahayakan dan menyusahkan hidup kita tu sangat logiklah tuk kita mengapa2kan ia....=)

tapi aku agak kureng dengan kucing...walaupun kureng tapi tak daklah aku rasa nak sepak2 kucing tu cuma aku agak geli klo nak pegang2 n membelai kucing....tapi klo terpaksa pegang aku pegang gaklah.......aku agak kagum ngan orang2 yang boleh membela binatang dan sangat sayang dengan binatang ni.......
.
mesti semua orang penah dengaq pasal sahabat Rasulullah s.a.w yang sangat sayang dengan kucing..."Abu Hurairah" (bapa kepada kucing)
.
kat sini sekadar renungan aku letakkan camana beliau mendapat nama Abu Hurairah...sumber ni aku amik dari http://nasikerabupetro.blogspot.com/2008/04/abu-hurairah-kucing-usrah.html dan dari mana sumber cerita-cerita tersebut tak dak plak dinyatakan.....
.
Kisah I - Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu
Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengangelaran Abu Hurairah r.a.
.
Kisah 2 - Sumber : KotaSantri.com (website Indonesia)
Pada masa Jahiliyah orang memanggilnya Abdu Syams (budak matahari). Setelah Allah memuliakannya dengan Islam, Rasulullah SAW bertanya, "Siapa nama anda?""Abdu Syams," jawab Abu Hurairah singkat.
"Bukannya Abdur Rahman?" tanya Rasulullah.
"Demi Allah, anda benar. Nama saya Abdur Rahman, ya Rasulullah!" jawab Abu Hurairah setuju.
Tapi, mengapa yang lebih popular nama Abu Hurairah, bukan Abdur Rahman? Padahal nama itu pemberian Nabi SAW.
Nama Abu Hurairah adalah nama panggilannya waktu kecil. Waktu itu ia punya seekor kucing betina yang sering diajaknya bermain-main. Oleh karena itu teman-temannya menjulukinya Abu Hurairah.
Setelah Rasulullah SAW tahu asal-muasal panggilan itu, beliau sering memanggilnya Abu Hirr sebagai panggilan akrab. Dan sebenarnya, Abu Hurairah sendiri lebih suka dipanggil Abu Hirr berbanding Abu Hurairah. Konon, hirr itu artinya kucing jantan, sedangkan hurairah kucing betina. Menurut Abu Hurairah, kucing jantan lebih baik dari kucing betina.
.
btw,gambaq2 kucing kat atas ni memang comel and nampak sangat manja....hehehe.....



sod baa raa........=) =)
sabar aku ada limitlah sebab aku manusia biasa, tapi insyaAllah aku akan terus berusaha untuk bersabar....
ujian tukan tarbiyah dari Allah..untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran hambaNya....=)




Cinta
Jika ia sebuah cinta
ia tidak mendengar, namun sentiasa bergetar

Jika ia sebuah cinta
ia tidak buta namun, sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta
ia tidak menyiksa namun, sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta
ia tidak memaksa namun, sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta
ia tidak cantik namun, sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta
ia tidak datang dengan kata-kata namun, sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta
ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa, hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta
ia tidak hanya berjanji, namun sentiasa coba memenangi.

Jika ia sebuah cinta
ia mungkin tidak suci, namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir kerana permintaan, namun hadir karena kebutuhan.

Jika ia sebuah cinta
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan, namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.
(",)

konfem2 memang bukan aku yang mengarang ayat2 kat atas ni sebab aku tersangatlah tak pandai nak berpuitis camtu...hehehe..diambil dari http://nahwannur.hadithuna.com/ (dilah akak copy masuk sini na) hampa penah rasa...=) =) =) =)