You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

erm..kadang2 terpikir sejauh mana kita ni sebagai seorang muslim atau muslimah mempraktikkan Islam dalam kehidupan dengan sebaiknya2...kalau solat sendiri kita tak jaga, tak yah nak cakaplah pasal benda2 len dalam Islam....klu solat tu betul2 dijaga insyaAllah benda2 lain pun dengan agak automatiknya akan terjaga....aurat, pergaulan dan segala hal yang menggambarkan sebagai seorang penganut agama terulung ini....

last tuesday, aku tertarik sangat dengan pandangan sorang lecturer chinese berkaitan dengan Islam...katanya " dalam banyak2 agama yang dah dia kaji dan lihat, bagi dia Islam adalah agama yang paling bagus dan sentiasa mengajar penganutnya tuk berdisiplin...dalam Islam setiap org wajib solat 5 waktu dan lelaki wajib kena pegi solat Jumaat...kalau agama lain mana ada..klu kristian setakat kena pi church hari ahad ja...."

tengok klu org bukan Islam pun boleh rasa kepentingan solat, kenapa kita yang Muslim ni tak reti2 nak jaga solat...(aku ingatkan diri aku jugak...hhuuuhu..sebab aku pun selalu ralit dengan solat)

lecturer chinese tadik siap pi buat kajian lagi pasai masjid sebab dia kata salah satu cita2 dia adalah nak bina masjid, tapi tak penah dapat walau camana pun dia berusaha tuk dapatkan tender sebab dia ni bukan Islam....tapi memang betullah, klu aku jadi org yang nak bagi projek tu pun, aku takkan bagi tender projek buat masjid tuk org bukan Islam.....yang pasti dia cukup respek dengan cara Islam mendidik penganut dia....

lecturer chinese ni ada firm sendiri, dan keja2 mengajar ni adalah keja2 part time dia ja.....dan dia ada gtau sebab apa dia buat part time padahal dia dah kaya raya pun dengan firm dia..sebabnya dia suka tuk memberi ilmu...dia penah dengar ada sorang Muslim cakap yang kalau kita bagi ilmu dekat orang, sebelah kaki kita dah ke syurga.....aku pun tak pasti pasai ni, tapi yang penting menyampaikan ilmu tu memang amalan yang mulia kalau kita ikhlas....dan paling aku takleh lupa bila dia ada mention yang dia takderlah dapat pun sebelah kaki ke syurga tu sebab dia bukan Islam....

dan aku sedaq bahawa hidayah itu milik Allah s.w.t...sejauh mana pun dia kaji dan respect pada Islam..dia tetap tak kemana selagi Allah tak kurniakan hidayah tu..

Bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai sorang Muslim...sebab bukan semua manusia dikurniakannya..dengan itu peliharalah nikmat iman yang dah dikurniakan tu..cuba naikkannya setiap hari walaupun bagi aku sangatlah susah nak naikkan..nak maintain pun susah..huhu.selalu macam rasa dok jatuh ja cuma belum tahap merudum dan tergolek2 lagi...

erm..aku taklah pandai bercakap bab agama..cuma ni sekadar pandangan aku yang lemah....

2 comments:

islam .... the only perfect way of life.... sy stuju sgt... sepatutnya kte kena bersyukur sbb kite dilahirkan islam... tp apa yg berlaku xsama dgn ape yg kite ckp... org islam sendri xyakin bahawa islam tu satu cara idup... malah bangga dgn cara idup barat yg sudah nyata n terang x seimbang n xsesuai utk manusia... so keje kite sepatutnya menyakinkan umat islam bahawa islam itu the perfect way of life...

betul tu along...camana org lain nak respect dan hormat pada Islam kalau umatnya sendiri menyisihkannya dalam hidup....