You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers

“DisakitkanNya kita sekejab tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula, itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang, namun tidak lama kerana kasihNya. Dipanggil-panggil kepadaNya untuk meminta itu dan ini. Tuhan amat melayani hambaNya tetapi hamba langsung tidak peduli.”

baca jer mesej ni darik dilah kat ym tadi buat aku terpikir sekejap..tapi memang betullah....kita selalu sangat carik DIA waktu kita susah...dalam hidup waktu senang kita mudah lupa kat DIA.....tapi Dia tetap bagi kita rezeki dan sayang kita selalu....ada lagi satu quote yang aku suka...bagi aku menginsafkan...

"Kasih sayang itu milikNya...dia hadiahkan kepada kita untuk dikongsi dengan insan lain dan Dia berhak untuk menariknya kembali.....bukan kerana Dia membenci kita tapi kerana Dia rindu untuk mendengar rintihan hambaNya..."

tengok tu...memang bila susah kita akan carik Dia dengan penuh semangat...tulah manusia...(termasuklah aku)..tapi yang penting bersyukurlah jugak walaupun susah ja baru kita mencari, sebab tu tandanya kita masih ada iman...cuba bayangkan org yang bila susah ja rasa nak bunuh diri, rasa macam tak nak hidup....ni aku refer pada orang Islamlah....mana peginya pergantungan kita pada yang Pencipta.....nauzubillah, mintak dijauhkan kita semua dari jadi camtu......

waktu study dulu, aku suka bersembang dengan sorang classmate chinese ni...satu hari bercerita pasal sembahyang..dia kata dia sembahyang bila time nak exam ja.......hari2 lain dia pas ja kat mak dia tuk sembahyang bagi pihak dia...erm,nak tergelak pun ada bila dia gtau camtu tapi mana bleh gelak depan dia...pastu dia kata lagi bagi dia apa2 yang dia buat semua atas usaha dia..contoh if nak berjaya dalam exam, klu dia usaha dia dapatlah, if tak klu dia sembahyang pun tak dapat apa2 gak...huhu...tu pendapat dialah...tapi bagi kita yang Muslim ni, apa2 pun yang kita usahakan kenalah diiringi dengan doa dan tawakal pada Allah s.w.t....segalanya adalah milik Dia...Dia ada hak tuk bagi atau tak sebabnya, Dia lebih mengetahui mana yang terbaik tuk kita...

Persandaran makhluk hanya pada Tuhannya..
Tempat dia pasrahkan segalanya..
Jangan bersandar selain daripadaNya....

Pelihara Iman dan Amal.....=)

0 comments: