You Will Never Walk Alone...(",)

SELAGI ALLAH DI HATIMU, SETIAP MASALAH ITU BUKANLAH BEBANAN TETAPI MERUPAKAN UJIAN DAN TARBIYAH DARINYA..... REMEMBER ALLAH S.W.T ALWAYS, AND YOU WILL NEVER WALK ALONE...


Hafiz & 'Asyikin...=)

Daisypath Anniversary tickers



Minggu lepas, bersama dengan sorang sahabat baik sempat kami mendapatkan sedikit pengisian…huhu…ekceli dah lama sangat tak pegi mana2 program, bukannya bz sangat pun tapi buat2 bz. Sepatutnya waktu2 lapang yang masih ada ni patut dipergunakan dengan sebaik2nya..tapi tulah, manusia memang mudah lupa,alpa,leka,lalai dan apa2 ja lagi yang berkaitan dan aku salah sorang yang tergolong dalam golongan tu. Tapi aku mohon diberi kekuatan agar aku dapat keluar dari golongan2 tersebut..Moga kengkawan semua tidak termasuk dalam golongan2 tersebut..ameen…
Ingat lima perkara sebelum lima perkara

1. Sihat sebelum sakit…
tapi bersyukurlah bila sakit kerana itu merupakan tarbiyah dari Allah untuk kita sentiasa menghargai sepenuhnya nikmat sihat dan mempergunakan dengan sebaik2nya waktu sihat tersebut ke arah jalan yang diredhainya..sabar itu separuh daripada iman..=)

2. Muda sebelum tua…
ini pun kalau kita sempat untuk merasa tua..kerana ajal datang tak dak bagi2 apa isyarat..takdernya aka nada warna kuning kerana bila sampainya waktunya terus sahaja warna hijau dan waktu itu maka terpisahlah roh daripada jasad. oleh itu jangan lah tangguhkan apa2 saja perkara kebaikan yang kita nak lakukan, tapi sentiasalah tangguhkan perkara yang rasa2nya tidak mendatangkan faedah kerana setiap perkara kebaikan itu apabila kita niat sahaja sudah dicatatkan pahalanya tetapi suatu perkara keburukan itu akan dicatatkan dosanya apabila kita telah melakukannya..lihatlah betapa sayangnya Allah pada kita, dia bagi dulu kita kesempatan tuk berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara yang bertentengan dengan apa yang disuruhNya..tapi kenapa kita susah sangat nak ikut apa yang disuruhNya…=)

3. Kaya sebelum miskin…
bersyukurlah dengan segala nikmat yang Allah dah kurniakan dan kalau2 rasa ada rezeki lebih tu mungkin bolehlah kita kongsi2 dengan orang lain yang kadangkala tak mampu...kalau kadang2 rasa macam tak cukup ja duit setiap bulan tu cubalah renung2 orang2 yang berada di bawah kita, tapi kalau ditenung orang yang lebih di atas kita mungkin kita akan susah sikit nak mengungkapkan rasa syukur tersebut..lagi perkra yang boleh kita renungkan ialah bila nak menderma kepada masjid dengan duit rm10 rasa berat sangat, tapi tuk dermakan kepada mana2 cinema tak pulak kita rasa berat, mungkin kita boleh munasabah balik diri skit2 kot.rasa2nya mesti ada tersilap skit mana2 suis rasanya…=)

4. Lapang sebelum sempit…
pergunakanlah dengan sebaik2nya waktu2 yang Allah kurniakan..kalau rasa2nya banyak waktu lapang mungkin boleh dicari ilmu2 bagi mendekatkan diri padaNya..

5. Hidup sebelum mati….
apabila meninggalnya seorang anak adam hanya tiga benda yang dibawanya yang boleh membantu iaitu amal yang soleh, sedekah jariah dan juga doa darik anak yang soleh…rumah indah bak istana,kereta yang cun melecun, atau apa2 sahaja harta dunia lain tidak dapat membantu kecualilah segala harta benda tersebut kita pergunakan ke arah jalan yang diredhaiNya…=)

Huhu..terlupa pulak nak bercerita tentang pengisian program minggu lepas…ceramah berkaitan dengan syahadah cinta dan panel2nya adalah ustaz-ustaz yang memang glamer dengan dakwah kepada non Muslim…ustaz mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz John Lukas…Diaorang cerita tentang pengalaman sebelum dan sesudah mengecap nikmat paling tak ternilai apabila dapat mengungkapkan syahadah dan menyatakan cinta kepada Allah s.w.t dan RasulNya….kebanyakan kita mungkin tidak menghadapi ujian2 yang sebegitu hebat sebelum mengenal Islam kerana kita sememangnya dilahirkan ke dunia sebagai seorang Islam…Selalunya apabila sesuatu benda tu sangat sukar untuk dimiliki dan kita perlu berusaha dengan sepenuh tenaga,hati dan perasaan untuk dapatkannya ni akan lebih membuatkan kita menghargainya apabila kita dah dapat…

Daripada keseluruhan program dapatlah dibuat kesimpulan bahawa akhlak kita adalah merupakan jalan terbaik bagaimana untuk berdakwah kepada golongan non Muslim untuk menjadi Muslim. Rasulullah s.a.w sendiri telah menunjukkan akhlak yang sangat mulia untuk menarik orang kepada Islam. Kalau umat Islam sendiri lebih bangga bila dapat berpakaian macam orang barat, erm…tak taulah apa nak kata kan..camana nak suruh orang bukan Islam respek dan kagum pada indahnya Islam….Rasanya sekarang tugas kitalah sebagai Muslim untuk berdakwah skit2 walaupun tidak secara direct..maksudnya dengan mempamerkan akhlak yang mencerminkan diri kita sebagai sorang Muslim..Kalaupun tak mampu jugak, jangan sampai kita mencemarkan Islam tu sendiri sudahlah…Dah bersusah payah Rasulullah s.a.w berdakwah,berjuang,berperang dan bermacam2 lagik baginda dah lakukan untuk menyebarkan Islam dan supaya manusia dapat merasai nikmat iman termasuklah kita, janganlah kita pulak yang kadang2 tu tak menyumbangkan apa2 tuk Islam tiba2 nak mencemarkan pulak agama suci ni…Dahlah tak dak sumbangan tuk Islam, tiba2 pulak buat onar..huhu..malu rasanya….

Kalau kita sayangkan orang kita akan tunjukkan dengan perkataan,perbuatan dan sebagainya supaya orang tu tahu kita sayangkan dia dan macam tulah jugak kalau kita sayangkan Allah,Rasulullah s.a.w dan jugak Islam…zahirkan pada semua perbuatan kita bahawa kita memang sangat sayang pada Islam…Tunjukkan pada Pencipta bahawa kita sangat mencintaiNya dan kita sangat bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yang dikurniakanNya pada kita….Cuba ikut setiap apa yang disuruh dan tinggal segala apa yang dilarang....moga insyaAllah kita semua tergolong dalam golongan2 mereka yang medapat rahmatNya..

Akhlak itu lambang keperibadian Muslim….=)

2 comments:

salam..
ye betul syikin, kite memang sering lupe..makanye, sama2la saling mengingati;p

insyaAllah..
aku ingatkan hang ingatkan aku...=)