Kerana Cinta
Album : Kerana Cinta
Album : Kerana Cinta
In-Team, Mestica
Cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan
dan jangan pula kerana bercinta
kita pun leka entah kemana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama
cinta yang sejati
hanya cintakan Illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
hanya sementara
cinta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..
ni lagu yang selalu aku dok layan klu nek keta aimi...walaupun sora tak sedap tapi aku ngan aimi akan tetap dengan bangganya menyanyi bersama2(sorilah gee klu hang terpaksa dengaq gak sora tak best kami tu. tapi tak penah lagik hujan turun mencurah nak dengaq kan..hehehe....)...dan aku rasa sedap gak kan sora kita kan aimi....hahaha....memuji diri sendiri (sebab tak dak orang nak puji)..aku akan slalu windu hang nanti.....huhuu
sebenaqnya bukan lah pasai aku dan aimi suka nyanyi yang aku nak ceghita....tapi di sebalik lirik tu yang aku rasa sangat baguih tuk di ambil diiktibar....dan aku memetik kata2 ni dan aku tak pasti ni adalah hadith atau sekadar kata2 hikmah(correct me if i'm wrong)
"cintailah insan kau sayangi dengan sekadarnya, kerana kelak pada suatu hari mungkin kau akan membecinya....
dan jika kau membenci insan juga bencilah dengan sekadarnya kerana kelak mungkin pada suatu hari nanti kau akan menyanyinya..."
apa2pun dalam hidup.....benci dan sayang orang biaqlah seadanya....tapi kalau cinta pada Allah biaqlah berlebihan dan tu sememangnya sangat bagus......
"Manusia meniti diatas cinta ILAHI untuk mencari cinta manusia dan menerima cinta manusia untuk menambahkan cinta kepada ILAHI.. OLeh itu, carilah cinta insan yang membawa kita kepada cinta ALLAH Yang Satu.."
=)=)=)=)
p/s:sapa nak dengaq lagu kerana cinta ni tinggai ja email kat comment nanti aku bagi..=) btw, ada ka org baca blog merepek ni..hehehe
0 comments:
Post a Comment