Sekadar coretan buat insan yg bergelar isteri dan bakal2 isteri...
Kami, para suami...
Tidak pernah mengharapkan pengorbanan kami dihargai...
Kerana pengorbanan itu tanggungjawab kami, pengorbanan
itu ibadah kami...
Kerana kami yakin Allah Maha Mengetahui, dan kami yakin janji
Allah itu pasti...
Pengorbanan kami pasti DIA hargai, dan hidup kami bukan
untuk diri sendiri...
Usaha kami, kegagalan kami, kejayaan kami, biarlah Allah sahaja
yg selami...
Kami tidak perlu dipuji-puji...Wallahi, kami tak minta
dihargai...
Namun andai terpacul “abg skrg dah ada pilihan yg lain?” dari
mulut seorg isteri...
Atau “U dah ada org lain ke?”, “Awak ada perempuan lain?”
atau soalan2 yg sama erti...
Sedangkan kami teguh dan utuh pada panji kesetiaan kami...
Ketahuilah olehmu isteri, patah hati kerana kepercayaan diragui
tak mungkin akan diubati...
Kehidupan hari-hari mendatang takkan seperti dahulu lg,
itu sudah pasti...
Kerana kejujuran kami berikan selama ini sudah tiada
nilai lagi...
Kerana pengorbanan kami selama ini bagai tiada ertinya
lagi...
Selaklah diari dari hari pertama kehidupan kami, carilah
bukti pendokong soalan sendiri...
Bukan bukti kpd pengorbanan kami, tp bukti kesetiaan kami
yg kamu ragui...
Andai kata bukti tidak ditemui, berdoalah pada Allah, minta
hatimu dibersihi...
Dan tanya hatimu kembali, kenapa soalan tersebut
timbul melangkaui nikmat yg patut disyukuri...
Juga tepuklah dada sendiri, pernahkah sang suami meragui dirimu wahai sang isteri???
Sentiasa beringatlah dalam diri, dimana letaknya seorang suami
jika Islam betul2 diselami...
Jika kerana Allah kamu sayangi sang suami...
Namun itu bukan lesen besar buat kami bergelar suami...
Untuk meninggi
diri apetah lagi menghukum insan yg disayangi...
Semoga Allah memberkati perjuangan dan pengorbanan kami para suami...
Ketahuilah wahai isteri, sebelum tido kami, kami maafi
dan kami redhai kamu stiap hari...
Kerana andai kata tido kami tidak berjaga lagi esok hari,
Sekurang2nya langkahmu ke syurga tidak terhenti kerana
kami...
Semoga kamu sentiasa berbahagia di sana nnt...insyaallah...
Ini sekadar coretan dikala sepi...
sekadar peringatan buat keluarga sendiri...
tiada kena mengena dgn yg hidup ataupun mati...
namun jika ada soalan ini pernah
ditujui...
maka ketahuilah apa yg dirasai oleh insan bergelar seorg suami...
dan berfikirlah dgn akal dan mata hati, kenapa terdetik soalan
ini...
sedangkan suamimu berkorban demimu dan anak2 setiap
hari...
1 comments:
urban bike
小折
水晶
隔熱紙
汽車隔熱紙
Post a Comment